"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Showing posts with label demam denggi. Show all posts
Showing posts with label demam denggi. Show all posts

Friday, June 27, 2014

Deman Denggi

Kes denggi di hospital aku keja dah mencapai tahap melampau lampau. ianya dah berjuta-juta lemon sampai hospital aku xboleh nak tanggung. hanya satu wad je yg diprovide unt pesakit denggi yg leh menampung max pesakit 40 org dlm satu masa tpi sekarang dah mencapai dkt 100org pesakit denggi dlm wad tu. woow. hebat seh. staf di wad lain ditarik unt kerja di wad denggi unt cover keja staf sedia ada. err. xtahu la nk ckp mcm mna.. ini dah jadi kes disaster da ni. dekat emergency.. setiap masa kes denggi baru masuk. mmg xberhenti setiap masa . errr. kerajaan dan kkm tolonglah buat sesuatu untuk kes denggi di selangor.. sesuatu yg boleh kurangkan kes denggi ni. beberapa minggu ni plg drastik kes denggi naik melampau-lampau.

Apapon kami akan berikan perkhidmatan yg terbaik. maaf kalau ada yg terkurang .

Sunday, February 17, 2013

Posting Hosp. Daerah & Leptospirosis



Kawasan hospital dari asrama pelajar .

Posting hospital daerah..
untuk kali pertamanya..
3minggu d sini
selama ni aku praktikal di hosppital besar HSB je
perasaan aku?
bebas , sebab xtinggal di asrama kolej,
aku tinggal di luar , kuarters hospital
minggu pertama di surgical ward
kedua, medical ward
ketiga, Emergency department
so, minggu ni baru minggu pertama so aku di surgical wad,
sebenarnya kt sini xda pon pecahan wad medical&surgical
yg membezakan hanya wad lelaki dan perempuan.
so? emm, pon boleh .
so aku sekarang di wad lelaki ,
pesakit xramai mcm hospital besar ,
< 15 patient per/shift
byk kes leptospirosis (kencing tikus) dan denggi ,
so strict i/o chart,
hari pertama dah kena sound dengan sn sebab xbuat dengan betul strict i/o
dikata budak2 sn freshie sekrang kebanyakkan xpandai/malas buat i/o bila kerja
n kteorang pun bakal mcm tu ,
oh men..
aku xkan jadi mcm tu ,
xkan xreti padahal dari sem 1 aku dah belajar pasal 1/o
geram bila dilabel xpandai/malas
ego remaja mcm aku tercabar tp ini adalah proses pembelajaran semasa praktikal
so rilex lah
kata hati.
dekat wad , nama aku  yg sering dipanggil oleh sn
selalu aku yg kena ,
kena buat tu dan buat ni
kadang rasa dipercayai dan dihargai,
kadang rasa 'apa pulak kali ni'
kadang aku dimarah , ditegur
kadang aku melawan balik dgn point di pihak yang benar
tapi , sampai satu tahap
aku kena berdiam diri sbb aku sedar siapa aku ,
dan inilah kehidupan,
dari situ aku memang byk belajar ,
 so selamat berjaya korie di tempat baru!


Asrama ,
semua okay ,
cuma xda tv dan peti ais ,
xpea, ada bilik yg selesa itu dah memadai
cuma , asrama sini sunyi sangat,
dengar bunyi angin je petang-petang ,
kawasan kuarters sangat lapang dan sunyi,
nak g kerja pagi -pagi buta pun rasa berdebar ,
nasib baik ada member ,
kalau x, berlari dah aku ,
siapa berani berjalan sorang diri di kawasan hospital yang gelap.
grrr ,
itulah hakikat .




Antara faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit Leptospirosis

  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Rawatan yang biasa digunakan untuk penyakit ini ialah ubat – ubatan seperti Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis - Sumber



Trivia
Artis Din Beramboi meninggal disebabkan oleh jangkitan kuman leptospirosis .




Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !