"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Friday, September 16, 2011

Buku Indahnya Hidup Bersyariat Patut Dibaca !

Salam,
  • Baru balik dari kerja.. mcm biasa penat tapi dah biasa.. lepas rolecall tadi aku singgah jap bilik kawan aku ni. Si A.Niat saja jea singgah.. mana tahu bila masuk jea dijamu makanan jadi memang aku menyelam sambil minum ayaq ler.. best best.. serve free..


Si A tengah baca buku 'Indahnya Hidup Bersyariat
Buku ni  bagus sebab mengajar kita mengenai fardu ain yang wajib kita ikuti dari kisah bayi hingga ke mati..  sepatutnya semua ni dah ada dalam diri hidup seorang muslim tapi yealah, manusia mudah lupa dan leka dengan dunia .. dan ada masanya juga kita xtersedar yang kita dah mengikut jalan yang salah... jadi buku ni mengajar kita untuk kembali bersyariat dalam kehidupan..

Aku : Eh! Buku tu.. kawan baik sekolah aku dulu ada buku ni.. dia suruh aku baca.. dia cakap buku ni bagus!
Si A : Buku ni memang bagus, memang patut dibaca..
Aku : Baru beli la yea..
Si A : A'ah baru semalam.

lepas tu..

  • Si A berbicara mengenai Agama.. yea si A seorang kawan yang banyak memberi nasihat kepada aku dan yang lain.. dia lebih berilmu dalam bidang agama ni.. orangnya sangat baik, lembut dan sopan jea.. xdapat nak dibandingkan dengan aku.. input yang dia berikan kat aku hari memang buat aku rasa something yang perlu aku ubah dalam hidup aku ni.. berubah kepada yang lebih baik..  banyak benda yang aku tahu berdosa bila aku buat tapi aku tetap buat.. benda yang kita tengok simple jea tapi dosa tetap dosa.. contoh : pakai baju t-shirt lengan pendek, seluar jeans yang ketat, kaki xpakai stoking... oh! semua ni aurat ni.. aku tahu berdosa kalau aku buka aurat tapi aku dah biasa dengan benda ni.. 


  • Sedar tu memang sedar ... semua perempuan islam pernah terdetik nak jadi solehah.. betul kan? hurm, jawab kat aku.. pernah ke korang xterfikir langsung pasal ni.. xpernah kan?.. mesti pernah terdetik nak berubah tapi.. tetap xberubah.. tetap jadi diri yang sama.. kenapa ek? aku sedang tanya dekat diri aku sendiri.. kenapa aku xnak berubah.. kenapa degil sangat padahal tuhan dah beri petunjuk di depan mata.. dah buka cahaya didepan mata tapi ruginya bila x diikut.. sayangnya.. masa yang diberi ni aku xgunakan dengan betul.. sangat merugikan.. inilah peluang yang ada.. kenapa mesti dipersiakan.. kenapa aku masih xboleh nak berubah.. mcm tu jea..


  • Si A cakap.. nak berubah xpayah secara drastik.buat slow-slow pun xpa..lagi bagus... yang penting niat tu mesti tegang jangan longgar.. hurm.. betul kan.. aku teringin sangat nak jadi perempuan yang baik dari segi hamba Allah, Anak, Pelajar dan segalanya tapi xsemuanya perfect kan. tapi kita mesti cuba buat yang terbaik.. 


  • Selagi kita menimba ilmu Allah.. selagi tu kita akan rasa banyak salah dan silap kita terhadapNYA.Kenapa? sebab Ilmu Allah tu luas sangat.. sangat meluas.. seluas alam semesta.. tiada tandinganya.. rugi sangat kalau kita xambik peluang ni untuk menuntut ilmu untuk akhirat nanti.. 



Jom cuba berubah dari sekarang... challenge demi akhirat nanti



Nota Jjinbbang : Tadi ada baby tu berat dia 4.3 kilo.. wuuu.. montok giler.. sygnya xsempat nak cubit pipi dia 


3 comments:

  1. Sedang cuba berubah ke arah kebaikan....mmg payah tapi msred tamau putus asa...nak juga kearah kebaikan....

    ReplyDelete
  2. btul! kite mmg kne berubah ke arah yg lebih baik...tp slowly la...bia perubahan ke arah baik tu kekal... :)

    ReplyDelete
  3. buku ni memang bagus pun . even dulu tak berapa minat nak baca buku macam ni , then bila nak try banyak yang boleh kita perolehi :)

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !