Assalamualaikum Warahmatullah.
Terima kasih ya Allah swt kerana memberi aku kesempatan untuk melihat bertapa hebatnya kuasamu..
Subahanallah.. Allah maha besar.
by `girltripped |
- Penantian aku untuk melihat ibu mengandung melahirkan anak akhirnya berakhir pada hari ni.. pagi tadi aku berjaya masuk labour atas urusan yang ditugaskan oleh staf nurse..
- Aku xberseorangan.. kawan aku cah menemani aku.. pergi sekali r.. ini kali kedua aku masuk labour room pada hari ni... masa 1st xda pun ibu yang nak bersalin.. yang menunggu untuk bersalin ramai.. kecewa pada kali pertama.. untuk kali kedua.. aku pergi memang on time ! masuk jea.. ambik borang yang dipesan staf nurse wad aku pastu masa jalan nak balik tu.. cah tarik aku masuk sebuah bilik ni.. intip disebalik tirai.. rupa-rupanya ada ibu yang sedang bersalin.. so, mcm biasa memang bilik tu penuh dengan doktor dan stafnya.. aku dengan cah tanpa diundang terus masuk untuk menyaksikan ibu nak bersalin.
- Grr.. masa aku dan cah masuk tu.. masa tu memang waktu agak kritikal jugak r.. baby dah nak keluar... aku dengar r doktor-doktor tu sibuk berkata.. push lagi kak.. push lagi.. sikit jea lagi ni... oh! ini memang real bukan aku tengok melalui youtube ataupun drama or iklan kat tv.. aku tengok jea.. sambil tu tangan ni pegang tangan cah.. waduh. terseksa rasa.. memang sakit sangat dah.. ibu tu push.. push.. push .. lagi dan lagi.. dengan bantuan sejenis alat dipanggil vacum ..... akhirnya aku nampak kepala bayi.. dan dengan perlahan-lahan keseluruhan kepala bayi berjaya keluar.. keadaan ibu waktu tu memang tersangat letih. btw, semua berjalan lebih lancar apabila kepala bayi berjaya dikeluarkan.. push diteruskan dan akhirnya keseluruhan badan bayi berjaya dikeluarkan..
- Masa keluar-keluar tu.. tali pusat dipotong antara sambungan ibu dengan bayi dan dilekatkan dengan klip (bekas potongan pada bayi) dan seterusnya doktor tepuk belakang bayi untuk keluarkan cecair yang berada dalam bayi dan buat bayi tersebut tersedak.. lepas tersedak baru kita akan dengar bayi tersebut menangis.. aku mula-mula tu pelik jugak sebab lepas keluar xdengar pun bayi tu menangis.. rupanya kita kena sedakkan dia dulu.. bila dia muntah air baru dia akan menangis.. hurm ;] tahu x.. bayi yang baru bersalin warnanya silver.. waktu ni kita xtahu lagi warna kulit dia apa.. sebab xnampak lagi.. lepas beberapa minit selepas bayi dibersihkan warna kulit akan beransur-ansur nampak.. itupun merah-merah lagi.. tapi xda dah le kaler silver tu..
by ~kenz927 |
- Wah,rsa seronok sangat bila boleh tengok ibu bersalin secara real.. wah, untungnya aku rasa.. bukan senang semua orang nak merasa mcm ni.. tadi masa proses bersalin si suami turut menemani ibu untuk memberi sokongan emosi.. hanya si suami yang dibenarkan masuk bila si isteri nak bersalin di dalam labour room. so, bila isteri dalam proses meneran.. sokongan si suami sangat diperlukan untuk memberi semangat kepada si isteri untuk melahirkan anak.. ;]
- Aku xdapat bayangkan.. bertapa besarnya kuasaNYA.Seorang bayi dilahirkan dengan keadaan sempurna memberi kehidupan yang baru kepada kepada si suami dan isteri.. bertapa indahnya kehidupan selapas mendapat ahli baru ini..
- Masa aku tengok tu xdalah rasa pitam ke apa.. maybe sebab secara tiba-tiba jea kiteorang terjah tengok dengan perasaan ingin tahu yang tinggi membuatkan kiteorang excited nak tengok
- Rasa bersyukur sangat bila dapat tengok bayi dilahirkan. terus teringat dekat mak di rumah ...mak dah melahirkan 5 orang anak..dia yang membesar kami berlima.. Thank mak!..terima kasih sangat-sangat..rasa mcm nak peluk mak jea sekrang.. Insyallah saya akan menjadi anak yang berguna untuk membalas jasa mak dan ayah.
Ya Allah kau berikanlah aku kesihatan yang baik, masa depan yang baik dan kehidupan yang baik.aku mohon sangat Ya Allah. Aku teringin nak membalas jasa ibu dan ayahku..buat mereka gembira sudah cukup bagi aku.. berikanlah aku kekuatan dan keazaman yang berkekalan sehingga ke akhir.. Moga doaku ini diperkenankan. Amin.
Nota Jjinbbang : Alhamdullilah
wahhhh serornoknya.
ReplyDeleteterimngin nak tengok juga tapi tak berkesempatan. hihi
sgt takjub kan..sudah merasai sendiri bagaimana melahirkan..tp macam gerun nk turut serta klu org lain yg bersalin..apa pun nurse semua bertuah kerana berpeluang menyaksikan detik indah itu..:)
ReplyDeletepengorbanan ibu takde tandingannya
ReplyDeletepengorbanan ibu takde tandingannya
ReplyDeleteberuntungnya dapat tgk live :)
ReplyDelete