Tadi dekat wad O&G aku jumpa Dr.Z. Baca entri yang bawah untuk mengenali siapa Dr.Z
Dia Pakar On Call dekat wad aku hari ni.. wad obstetric and gynae
semua patient antenatal dan pos-natal masuk wad aku.. (pesakit yang tunggu beranak dan sudah beranak).
- Aku terserempak dengan dia masa dia on da way nak g kaunter.. terkejut gak aku.. btw, aku buat biasa-biasa jea.. bila kiteorang selisih.. aku senyum jeala.. senyuman aku ni sebenarnya mengharapkan dia masih ingat akan aku.. tapi dia jalan terus jea.. dia pandang aku pastu balas senyuman aku dan lalu begitu jea.. yang aku ni dalam hati dah nak tegur dia tapi xjadi sebab dia busy dengan M.O dan H.O dalam wad.
- Btw, aku duk ikut jea dia tapi xberpeluang nak tegur. last-last aku give up jeala.. malas dah nak tegur sebab dia sibuk dengan kerja dia aku pun busy dengan kerja aku.. ada jea kerja yang staf nurse suruh buat.. aku sebenarnya nak tanya dia pasal tarikh temujanji dengan klinik O&G.. aku kena pergi khamis ni tapi malas nak pergi sebab masalah aku dah ok.. so malas dah nak buat checkup bagai tu.. dah la masa tu ada exam.. grrr.. so memang aku xnak pergi la.. xpe kot ek.. agaknya kalau aku xpergi dia kisah x? haha.. mesti dia xperasan yang aku ni pesakit dia.. tarikh temujanji ni pun Dr.Z yang tetapkan.. waduh.. waduh.. bikin pusing ini mcm..
Jawatan Dr.Z adalah Dr. Pakar.. kalau jawatan dalam hospital diantara yang paling tertinggi.. tengok ni.. aku senaraikan mengikut jawatan dalam setiap hospital
Jurururawat masyarakat > Jururawat Terlatih >Sister> H.0> M.O> Pakar
jawatan aku? just student nurse jea.. itu pun xbanyak pengalaman lagi..
Best r kalau kerja mcm Dr.Z.. Pakar dalam bidang sakit puan.. hurm, aku ingat nanti aku nak sambung pos basik dalam pebidanan la.. ;] terjamin masa depan.. nanti kerja sambut baby jea.. ;] hehe.
- Hum, nak cerita ni .. pasal baby.. ada seorang baby ni.. mak dia xboleh nak menyusu dia sebab baru post-op (bedah) . Jadi baby dia ni diletakkan dalam bilik menyusu.. guna susu formula.. dah ada baby dlm bilik ni aku pun selalu la masuk bilik ni.. saje.. suka belek muka baby yang cute tu.. dah tengok mesti r sentuh kan.. golek-golek sikit tangan baby tue.. kononya geram kemain la.. baby kan.. comel jea.. yang bestnya.. baby ni tengah tidur.. bila aku datang sentuh dia terus dia sebeb pastu nangis.. grrr.. aku tepuk2 dia xnak diam jugak.. grrr.. lama2 tu baru dia diam.. pastu kali kedua aku datang..kacau sikit jea terus nangis.. adoiyai.. kacau bilau betul baby ni.. pegang sikit nangis.. nangis.. grrr.. xpew. pastu dia diam balik.. kali ketiga dia nangis terus..last2 bila aku check pampers dia.. rupanya dia dah berak.. penuh feses dalam pampers.. yang bestnya.. dia BO tiga kali kot.. cuci,ganti.. 3 kali berturut-turut kiteorang buat.. patut la nangis jea bila kena pegang.. baby nak suruh akak-akak ni basuhkan berak yea.. huhu ;] ouw.. pandai yea.. xpew.. berak jea selalu.. nanti akak cucikan yea ;] tapi tolongla jgn nangis-nangis lagi yea.. bingit telinga akak.. hahah.. baby oh baby..nasib baik kau baby dan aku jururawat pelatih ;]
Nota Jjinbbang : Bestnya mengandung... dapat usap pegang perut yang ada baby.. tapi nak beranak Ya Allah.. Sakitnya.
bestnya dpt tgk baby setiap hari..comel...then bau baby sgt wangi..:)
ReplyDeleteBest tak jaga bby org? Msred seronok jaga bby sendiri, kalu bby org msred selalu takut nak pegang...
ReplyDeleteBest tak jaga bby org? Msred seronok jaga bby sendiri, kalu bby org msred selalu takut nak pegang...
ReplyDelete