Salam,
- Selepas selasai semi-final selama 3 hari.. hari ni bermulanya episod baru perjalanan praktikal aku di wad yang baru.. sebelum ni aku berada di wad O&G.. dan sekarang aku ditempatkan di wad padietric ataupun wad kanak-kanak. Dan entri ini adalah mengenai hari pertama aku berada di wad ini..
- Ok.. xnak cerita lebih selain yang satu ni.. aku bersama dengan 4 lagi rakan sesem.. seperti biasa.. setiap pagi.. selepas bed making.. Observation akan dimulakan.. para-para student aku mula menarik troli observation untuk lakukan pemeriksaan .. dari segi. suhu, tekanan darah , pulse , tahap kesakitan dan bo & pu.. jadi as a student kita pun buat seperti biasa.. dari katil ke katil.. agak rumit jugak sebenarnya nak lakukan pemeriksaan pada kanak-kanak.. (bayi---> dewasa ) yang bayi akan menangis dan meronta untuk menanggalkan thermometer yang diletakkan di ketiak.. begitu juga dengan cuff (bp set) .. ahh.. sangat rumit sebenarnya.. tapi syukurlah setiap kanak-kanak mempunyai penjaga yang sentiasa menemaninya di dalam wad. jadi khidmat penjaga memang membantu kiteorang untuk menyiapkan observation ini.. ;]
- Ok.. destinasi terakhir.. maksud aku pesakit yang terakhir.. bilik yang paling akhir dalam wad tu.. aku dengan kawan-kawan aku terjah la.. aku masuk 1st.. dia merupakan pesakit padietric yang mempunyai diagnosis down syndrome, kidney disease , dan jangkitan pada paru-paru.. pesakit ini ditemani mak dia sisi.. masa kiteorang masuk kami disambut dengan senyuman dari mak dia.. jadi semangat kiteorang lagi bertambah ;] aku dan kekawan banyak bertanya mengenai pesakit dan kisahnya.. banyak kisah yang diceritakan oleh mak dia.. dan sepanjang perbualan kiteorang ni si pesakit hanya diam dan menunduk.. dia langsung xtengok muka aku dan kekawan.. dia langsung xberi reaksi bagi setiap patah perbualan yang kiteorang bualkan dengan mak dia.. senang cerita memang dia buat dert jea.. kiteorang pon biasa jeala..
dan.. cerita yang serius ini bertukar hanya dalam 10 saat ....
Mak dia cakap yang anak dia ni suka sangat dekat Faizal Tahir ala artis lelaki pofular tanah air kita ni.. lepas kiteorang dengar.. kawan aku si M pon respon la mcm ni..
M : Eh! minat faizal tahir.. yeke.. saya pun minat dia jugak.. hahaha..
Aku : Faizal tahir..... ouw.. aku bertanya ke si M .. aku teringatkan sesuatu... apa tu.. maha karya cinta.. cam mana ek lagu dia?..aku lupa r..
M : Maha karya cinta? errrr.. xhingat dah.. yang aku ingat lagu gemuruh ..
Aku : A'ah.. lagu gemuruh.. (aku suka tengok my starz LG dulu..)
dan.. aku terus nyayi pada part ini 'Gemuruh jiwa semangat membara n lalalalala ' dengan bengongnya..
dan tetiba..
pesakit tu terus berpaling tengok aku dah cakap 'SUMBANG !' dalam keadaan muka yang serius..
..
- Aku terkejut giler bila tiba-tiba dia berpaling kat aku dan bercakap dengan aku.. hahah.. siyes..lepas dia cakap 'sumbang' aku terus keluar dari bilik tu dan rengah gelak di luar.. weiii!.. dia kc respon kat nyayian aku.. mcm xpercaya jea.. aku gelak sebab terkejut dia boleh beri respon mcm tu kat aku sebabnya sebelum tu.. masa kiteorang berbual dengan mak dia.. dia langsung xberi respon apa-apa.. seolah-olah jiwa dia xda kat situ.. badan dia jea.. dan tetiba jea bila aku nyayi dia kc respon.. perhh! terkejut beruk aku derr.. sangat terkejut.. xtipu ni.. hahahaha. aku keluar dari bilik dan gelak xsudah.. hahaha.. kekawan aku dan mak si pesakit pun gelak xsudah.. hahahah.. xsangka betul kan.. nasib baik sempat habiskan observation kat pesakit tu.. hehe.. malu jugak aku.. tapi xpewla.. just for fun.. ok la tu.. aku berjaya buat dia cakap walaupun hanya satu patah perkataaan.. aku dah pemenang already..
...
Kesimpulannya...
- Masa di wad O&G dulu..selalu bercakap dengan baby.. tp xda respon.. bila di wad ni.. hambik kau! sekali aku cakap.. 10 kali budak-budak ni balas.. hahahah.. derrr.. sabar jeala..bising bebenor.. tapi sangat enjoy! sebab budak-budak kan.. diorang selamanya cute ! dan aku mula perasan nama budak-budak sekarang bukan main androidnya.. xda dah nama melur , sanah , fatimah , khamariah dan seangkatan dengannya.. semua nama dah mcm nama hero&heroin dalam novel cinta sudah. sedap jea ;]
hehe.. tapi xda pula yang bernama korie !
Nota Jjinbbang : Dik, terima kasih yea sebab cakap nyayian akak sumbang.. akak xmarah.. akak suka sebab adik kc respon dekat nyayian akak tadi.. hehe. dan disebabkan itu terlahirnya entri yang sangat bermakna bagi akak untuk hari ni ;] Sedapnya dapat tidur petang tadi.. hilang penat ;] dah la semalam tidur lambat ..
nampaknya anda tidak layak untuk masuk mystar LG
ReplyDeletehaha~..siann awk, dia gurau je tuu..ehe..
ReplyDeletemesti rase merdeka gle ble dah hbis exam kan?
ReplyDeletehahaha. 'sumbang'.. adoii klakar XD
ReplyDelete