"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Tuesday, January 31, 2012

Sinopsis Penuh Vanilla Coklat Tv3


SINOPSIS VANILLA COKLAT



Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.

Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.

Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana (Nabila Daly) sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.

Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.


Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.


Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.


Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?



Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat,

Monday, January 30, 2012

Yunalis Zarai u'r owesome !


Penangan anugerah juara lagu ke-26 yang bertemakan air memang sangat gempak dan kretif. aku puji yang tu! aku sanggup ponteng prep malam ni sebab nak tengok AJL26 dekat hostel.. derr.. biasa dah. setelah puas menikmati setiap persembahan dan di akhir persembahan aku sangat yakin yang lagu Penakut-Yuna boleh dapat anugerah.. seriusly, persembahan yuna untuk lagu penakut sgt2 owesome dan memang aku tengok yuna nyayi xlepas ah.. tapi mcm hampeh jea. bila nama para pemenang diumumkan, nama yuna langsung xdisebut.. grrr.. memang xpuas hati sangat-sangat ! Btw, para-para pemenang yang memenangi anugerah memang semuanya hebat-hebat belaka r.. tapi aku tetap xpuas hati sebab lagu penakut xmenang langsung ! 


Kat sini aku nak komen sikit pasal juara lagu kita malam ni. .siapa lagi kalau bukan Hafiz-Awan nano (unt yg xtahu lagi ah) btw,unt pengetahuan korang hafiz dapat dua anugerah. Pertama Vokal terbaik dan kedua Juara lagu . kira hebatt la tuhh.. komposer unt lagu ni adalah M.Nasir. so memang layak lah kan. xboleh nak kata apa dah r.. tapi aku mcm xpuas hati jea dengan pakaian yang hafiz pakai masa buat persembahan awan nano . tahu x dia pakai baju apa?! dia pakai t-shirt kosong biasa dengan seluar trek + berkaki ayam ( sebijik mcm budak kampung)   yg xboleh blah tu seluar trek yg dia pakai tu turut disenteng . ala-ala mcm banjir gitu. grrr.. sempoi giler.. aku xpernah tengok lagi pakaian yg seringkas  tu sepanjang anugerah-anugerah di Malaysia ni. mana ada lagi penyayi yg pakai pakaian seringkas mcm tu dalam anugerah yg rasmi mcm AJL nie. dok sedap jea aku mengutuk pakaian dia dalam hati.. tetiba diumumkan yg dia adalah juara lagu AJL26.grrrr. xboleh blah betul.. arhhh! penangan dari johan dan zizan ah ni ! xpon penangan dari ombak rindu !. xgitu wahai hafiz?! btw, dari segi vokal si hafiz memang aku ngaku r dia hebatt.. mmg xdpat disangkal lagi.cuba aku xleh terima pemakaian dia tuh.. aku tahu ah pemakaian dia tu kesinambungan dari video tue..tapi, xda cara lain kea?!..Ini AJL yg rasmi kan?...grrr..sebab aku rasa mcm pelik jea seorang finalis juara lagu yg ditonton oleh seluruh Malaysia mahupun di seluruh dunia melalui live streaming bertanding dengan hanya memakai baju t-shirt kosong bersama seluar trek sukan yg disenteng paras lutut dan berkaki ayam?? bagi aku itu terlalu sadis unt pertandingan seperti AJL yg ditonton oleh bepuluh ribu mahupun ratusan ribu penonton  .. hurm, maybe aku ni mengharapkan AJL yg perfect . dan itu je yg aku xpuas hati. aku bukan pertikaikan kemenangan hafiz .. aku cuma beri pendapat mengenai pemakaian dia.. xsalah bukan? ini hak aku sebagai penonton yg setia menonton rancangan ni... Btw, M.Nasir sendiri cakap yg kemenangan ini adalah nasib jea wut? so Alhamdulilah lah. rezeki kau la Hafiz oii..



Untuk yuna, yuna, malam ni persembahan ko memang semua all out . tapi sayang ko xmenang. kita hanya boleh cakap yg ni bukan rezeki ko kot. tapi xpew yuna. byk lagi award yg ko boleh kutip k.. kat luar negara nanti.. ok ;) senyum ;p @always support yuna music ! 


Erm, bukan aku sorang jea yg xpuas hati bila yuna xmenang AJL malam ni.. ramai lagi, korang boleh tengok trend twitter di Malaysia sekarang 30.1.12 @12.30am (masa diambil) #team yuna dapat no.2 kot.. kalah awan nano tuh. semua pakat dok twett psl xpuas hati yg yuna xmenang.. btw, memang xdapat disangkal lagi yg yuna memang ramai peminat di luar sana ;) . Rasa terharu jea masa lagu penakut berlangsung . ramai penonton dekat stadium yg bersorak nama yuna ! warrrhhh! suka sangat time tu ! aku pun turut bersorok tadi.. kekawan aku semua pandang jelik jea kat aku bila aku sorok unt yuna.. sebab diorang xminat yuna..grrr. sedih T_T




# Untuk persembahan terbaik aku lebih prefer pilih Aizat-Sungai Loi daripada kisah hati-alyah.. memang bapak kretif r persembahan aizat ! lukisan yang dibelakang tu sangat owesome !  baju yg alyah pakai sangat cantik dan adegan ending bersama dengan adam (Nur kasih) sgt sweet !


#Unt lagu cinta muka buku. najwa latif agak gugup dan nyayian dia agak laju.. rasa mcm dia nak habiskan cepat jea.. huhu. dan aku paling geram masa persembahan najwa latif ni kamera man xpandai nak handle.. jd tunggang terbalik. tp btw. ok jea ;)


#Thank to matlutfhi90 sebab dari dialah aku boleh minat lagu penakut oleh yuna ni. 
(dia letak lagu ni dalam video dia)
agak-agak mat lutfhi kecewa x yuna xmenang mlm ni ek?

Sunday, January 29, 2012

Dia menang ANUGERAH JUARA LAGU 26 2011 | FINAL AJL 26 2011

CrhF1 SENARAI 12 LAGU FINALIS AJL 26




1.  Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan    Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)  Kalau berpacaran- Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet

2. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)

3.  Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

4.   Sedetik Lebih oleh Jac (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

5.  Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)

6.  Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

7.   Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

8.  Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

9.  Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)

10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)

11.  Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

12.  Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)



Ok,.hari ni sampai jugak akhirnya. heartbeat aku dah mencapai >130 kot.. mcm aku lah yg bertanding.. over3! ! btw, aku sokong nama-nama yg aku tebalkan di atas. aku harap diorang menang !



Friday, January 27, 2012

Ayat bila nak kembali ke hostel setelah lama bercuti


Assalamualaikum dan hi ;p


Siapa dekat dunia ni yang tak suka pada cuti adalah orang yang berpenyakit mental . Seriusly ! cuba hang tanya aku. apa erti cuti bagi aku?! .erti cuti bagi aku adalah hari bahagia daripada serangan assignment, mulut murai jenab (kekawan kolej) dan penyakit ! Wait, wait.. penyakit? why?.  ok, batch aku ada 106 orang dan kiteorang berkongsi kelas yang sama sepanjang kuliah berlangsung . jus bayangkan bertapa ramainya manusia dalam kelas aku.. bila seorang dapat batuk or selsema dalam kelas mulalah sebarang virus berlaku kepada manusia-manusia lain yg berada dalam kelas tu, eh! termasuk aku lah. so apa boleh buat derr? Lecture aku cakap, makan vitamin c untuk kuatkan imunisasi badan untuk elak jangkitan.. yeah! itulah yang aku buat sekarang. even masam kelat vit.c tu terpaksalah ambik jugak . ; )


Berbalik kpd cuti . sempena tahun baru cina ni aku dapat cuti selama seminggu dan malangnya hari ni adalah sisa cuti terakhir aku.. grrr. T_T  . kenapa cepat sangat doh masa berjalan.  aku baru rasa mcm semalam jea aku baru balik dari kolej. selalunya bila hari terakhir cuti menjelma otak aku akan berbisik begini 

Malam terakhir sebelum tidur. 'Adoi.. malam terakhir.. malas nak tidur awal.. lebih sayangkan masa yang masih berdetik.. rugi nih kalau aku tidoq awal ! 

Bangun pagi . ' la awat cepat sangat aku tidoq nihh! baru nak merasa kenikmatan tidoq di katil aku.. ahh! benci! benci! hari ni dah kena balik kolej dan tidur di katil hostel yang .....!^&$^&&!

Pukul 8am 'Masa ada lagi sebelum bertolak ke kolej.. gunakan masa d
dengan bijak !

Pukul 2pm.sebelum start enjin kereta ' Huh, aku harap kereta ni rosak dan perjalanan balik ke kolej xberjaya !!'

Dalam kereta 'Bro! xpayah pandu laju-laju , bawak slow jea.. lambat sikit sampai kolej . kolau boleh aku nak akulah orang terakhir yg masuk pintu pagar kolej'

Bila sampai kolej ' Mengeluh sambil tengok kelender , haih 60 hari lagi sebelum cuti yang akan datang... ;(

Ok, aku xrasa mcm aku sorang ja yang pernah terdetik mcm ni . betul kan ?! haha tipulah kalau otak hampa xpernah terpikiaq mcm aku fikir nih . sebab kita semua manusia normal derr. kan. bila terfikir balik , kalau cuti panjang di rumah pun mcm buang masa jea.. aku tengok mak, mak tengok aku balik dan mak akan cakap ' Mai tolong mak masak aih kat dapoq ni, tutuplah komputer tu !! seharian hang dok main komputer ja .. mai kass! jangan dok jadi penyegan sangat!! kadangg-kadang mak xcakap pun mcm tu tapi aku dapat baca dari experesi muka dia kat aku. grrrr. ada lagi.. selalu bila aku dok sedap ja layan drama korea/Running man dalam lappy mak mulalah... ' Ni tolong belikan mak garam haluih dengan rempah babas jap kat kedai depan tu.. mak nak masak untuk tengahari ni.. cepat sikit nah..mak nak masak ni ' aku yang tengah dok syok gelak tengok running man terus kembali serius.(haih potong line sunggoh ah!) aku mulalah buat muka mahu xmahu buat apa yg mak aku suruh . aku buat tapi lambat aikit ah .xpa mak dah paham peragai aku.


kalau dok kat hostel.. xda dah arahan berbunyi mcm tu dan aku dapat bermain komputer dengan aman tapi... stress r berbanding dekat rumah. kat kolej aku kena mengadap Assigment.. peragai lecture yang mcam 4 musim dan kadang-kadang panas jea.. kena dengaq perempuan gediks yang menjerit dekat hostel,ditambah pulak dengan kes-kes misteri yang berlaku kat hostel .. santau merasuk la, bilik 3A la, misteri laluan tandas la.. arhhhh! wut the helll! aku menyampah betoi dengan benda-benda ni semua.. bising siok!. aku hanya nak aman jea!. tolonglah jangan pekik kat telinga aku derrr! jadi disebabkan ini aku lebih suka bila cuti! boleh la hilangkan stress dari semua ni.


.dan aku lagi xsabar nak habiskan lagi setahun 5 bulan ni. lepas habis.. aku dah boleh start kerja dan bermulalah episod baru hidup aku . arhh! memang xsabar !




#xdapat terima lagi, yang pukul 2pm (27.1.12) aku akan bertolak balik ke kolej !!
esok dah start kelas.

Sapphire blue of  I-CITY,Shah Alam ! seriusly aku nak pergi sini..

Tuesday, January 24, 2012

[INFINITE-BTD] Tarian Kala Jengking yang betul-betul Owesome !!


Assalamualaikum dan hi ;p


1st nak cakap , Alhamdullilah. Mak dah discharge dari hospital dan kesihatan dia dan kian pulih. Terima kasih bagi yang ambik berat ;)


Ok, mungkin xterlambat unt mengucapkan selamat tahun baru cina unt semua warga cina di malaysia dan juga penyokong Namewee ! Gong Xi Fa Cai. Ramai orang tanya aku mcm mana sambutan tahun baru cina di penang. diorang cakap mesti meriah gila sebab ramai penduduk cina dekat sini.. Erm , meriah la. ada tanglong di sepanjang jalan.. ada ni.. ada tu.. ala, mcm tempa hampa jugak tapi bezanya sini penang dan tempat hampa.. tempat hampalah ;)  setiap malam bunyi mercun xberhenti.. nak join main mercun sekali sayang nak tinggal lappy dan blog ;p kononyaaa..


Ya udah, lari tajuk.. sebenarnya dalam entri ni aku nak cakap pasal tarian kala jengking .. Perhh! Gempak! hampa mesti tengok video ni.. Btw, tarian ni daripada klip video artis group kpop Infinite -Before the Dawn . Mesti diantara kalian yang baca entri ini adalah peminat kpop dan pasti ada yang dah tahu pasal tarian ala-ala scorpion ni.. kalau dah tahu silalah say 'booo' unt orang yg xtahu lagi tuh ! ;p Omaigod!  jahatnya.. ooop! xjahat tapi nakal sikit jea ;p



INFINITE - BTD MV (DANCE Ver)



Btw, aku xminat group Infinite nih.. siapakah?! apakah?! dimanakah?! asalmanakah?! berapaorangkah?! stop! jangan tanya aku pasal tu sebab aku xtahu.. silalah goggle unt meningkat pengetahuan kpop anda ;p. Aku jus nak cakap tarian scorpion diorang ni memang betul-betul buat aku teruja dan memang aku suka ah! hehe.. berulang kali aku tengok.. ada hati nak belajar tarian ni tapi bila pikir 3x.. aku rasa boleh ka aku angkat bontot aku mcm tu sekali..  grrrr.. beban ! beban ! tunggulah aku habis diet dulu yea ;p


#berapa kali aku nak cakap.. aku suka Super Junior jea dan aku adalah Elf ! (hehe) dengar rumor yg donghae akan masuk we got married ?? ada yg tahu x?


Opss! sebelum terlupa dan dilupakan.. Mat Lutfhi ada upload video terbaru.. ni dia #lalang
^__________^

INFINITE - BTD [Scorpion Dance Compilation]


 

Dah tengok tarian scorpion tuh? jadi apakah pendapat anda selepas tengok? rasa mcm sekelip mata jea diorang angkat kaki ala-ala mcm scorpion tu @_@


#

Best-best ! nak suruh Super Junior buat cover dance diorang boleh x?! Awak! tolong sambungkan panggilan saya kepada manager super junior, please!.



Sunday, January 22, 2012

Insyaallah , mak akan sihat nanti


Assalamualaikum .


Aku doakan korang semua sihat-sihat aja.. larat buat kerja.. makan lalu.. ada mood, memandangkan cuaca hari ni pun baik so apa lagi.. g la keluar hangout dengan kekawan lama kea.. (!) bila lagi nak keluar sekali kalau bukan masa hujung minggu mcm ni.. xpon keluar dengan family.. dapat jugak tengok mak, ayah dan adik beradik tersenyum di depan anda.. family come first yooo ; )


Btw, aku kini dah dua hari berada di rumah.. hari khamis petang lepas aku berangkat balik dari kolej ke rumah dan sekarang aku berada di dalam bilik aku di rumah . masa aku balik ni.. mak aku dalam keadaan xberapa nak sihat.. dia cakap dia dah 2 minggu sakit kepala (nausea and vomitting) dan dia ada pergi ke hospital unt check dan doktor suruh dia stay dekat wad tapi mak aku xnak.. dia nak tunggu aku balik baru dia nak masuk wad.. (dia starting sakit around 2 minggu sebelum aku balik) aku balik hari khamis lepas dan keesokkanya hari jumaat aku check in dia masuk wad dekat hospital berdekatan dengan rumah aku.. btw, aku consider ok lagi bila dia xnak masuk wad masa mula-mula hari tu sebab mak aku ni xda demam,xda darah tinggi, gula dalam darah pun normal, muntah tu jarang dan dia hanya pening kepala dan sakit telinga.. 2 minggu bertahan dengan makan ubat yang farmasi hospital berikan.. nak kata bergantung pada ubat xda jugak sebab pening kepala mak aku ni x berkurang pun jadi disebabkan itu ah hari jumaat lepas aku hantar mak aku ke hospital dan lepas doktor check dia kena tahan di wad sehingga sekarang .


Doktor diagnosis mak aku sebagai 'Vertigo'  .
 Sakit pening kepala sehingga tidak dapat mengawal keseimbangan badan . pesakit tidak dapat melangguk ke atas atau bawah kerana pesakit akan berasa pening dan sampai satu tahap dia akan rasa nak muntah. Sakit ini disebabkan jangkitan kuman pada bahagian dlm telinga , gangguan saraf dalam otak dan beberapa sebab lain. (lebih kurang mcm migrain tapi vertigo serius sikit)



Jadi, dalam 2 hari ni aku asyik berulang dari rumah ke hospital jea.. dah la motor xda.. semuanya abang-abang aku guna jadi aku terpaksa berulang dengan kereta laa.. nasib baik aku dah ada lesen.. jadi xda hal lah klu nak naik kereta pun.. hurm, nak dijadikan cerita.. dekat rumah aku sekrang ni dah mcm rumah orang bujang.. xda sapa nak masak.. aku nak masak? hurm .. aku?aku.. aku tengah belajar masak dan buat kerja suri rumah.. erm, nak cakap yg aku letih r.. boleh x? huhu.. letih ke xletih ke kena buat jugak.. sebab aku belajar tinggi mana pun nanti aku tetap akan jadi suri rumah unt suami aku nanti.. lainlah kalau aku xnak kahwin.. kan?!



Pasal mak aku tu , dia still kena tahan kat wad.. ujian darah , ECG dia semua dah keluar dan keputusanya normal jea.. so sekarang ni juz dalam pemerhatian doktor jea.. Alhamdullilah. aku harap ini bukan tanda-tanda awal simptom sakit kronik.. hum, syukurlah aku ambik course jururawat.. boleh la aku tahu mengenai penyakit yg mak aku alami dan lakukan penjagaan terhadap dia bila perlu .



#Nasib baik mak aku masuk wad masa aku cuti panjang... Alhamdullilah.



Jom buat kerja rumah , jangan harapkan mak kita jea.. nanti kalau dia sakit sapa nak buat semua tu??.. syukurilah apa yang ada.. hidup ini adalah anugerah .

Sunday, January 15, 2012

Alor Star Bandaraya ku !


Assalamualaikum dan hi ;p


Menguap sebijik mcm badak sumbu ;p... aku tidur overtime kot pagi tadi.. Hari ni ahad kan.. sepatutnya student dari kedah mcm aku ni masuk kelas hari ni tapi boleh plak tidur overtime yea?! heh,hang ponteng kelas kaa? jangan suka-suka hati jea cakap aku ponteng kuliah derr.. Kedah hari ni cuti umum yo.. eh! terkejut? xtahu kea yg hari ni kedah cuti ??.. LOL. ok, dalam kelender Malaysia mengatakan yang 15.1.2012 adalah hari Keputeraan Sultan Kedah . jadi.. disebabkan itulah aku cuti hari ni.. oh yeah !! disebabkan hari ni cuti.. otak aku agak blur hari ni.. mulut cakap xpayah update blog, tapi tangan ni xberhenti menaip ni haaa.. jadi aku terpaksa lah update dengan rela.. ;p .. hari tu aku ada janji nak upload gambar masa aku outing dekat bandaraya Alor Setar.. jadi.. ni janjinya..


Balai Seni Negeri  Pepagi lagi dah sampai sini.. matahari baru nak muncui kami dan terpacak tang sini yoo.. ;p waktu ni salji turun sebab tu ah gambar jd mcm ni ... ^^ sejukk mcm kat korea ! kononyerrr.. (Aik! dah la ada matahari ada pulak salji ! ;p)

Balai Besar Kedah ..  xdapat masuk sebab sampai terlalu awal.. btw, binaan istana ni sangat unik dan kreatif ! aku akan pastikan yang aku akan datang dan masuk istana ni nanti.. wait yah ..

~Pulun nak bergambar depan kereta sewa ~ kereta sewa pertama yg aku bawak !

Depan Masjid zahir . Masjid tertua di Kedah 

~Dalam menara Alor Setar~

~Still dalam Menara Alor Setar~


lepas keluar jea dari menara aku dengan minah terus berlari masuk ke taman permainan di sebelah menara..  berebut nak main duii ni ^^ .. dulu masa kecik2 xpuas main duii ;p

Gambar menara dari bawah.. masa aku pergi tuh.. ada salji turun sebab tu ah gambar mcm ni.. waaah! giler best ! mcm dekat  seoul tower # aku memang tipu ! derr kat Malaysia mana ada salji doh ! ini edit jea ;p

~Seronok beb main duii dekat sini ~

Nie gambar semalam.. aku dengan member-member aku dapat jemputan untuk pergi ke majlis bacaan yassin di Masjid Zahir bersama dengan Sultan Negeri Kedah.

~Membe-membe aku yg turut pergi bersama aku ~ (Ditengah tu Pengajar aku)

V-pose ! selcaa ;p


Btw, tempat-tempat yang aku pergi ni semuanya sebelah menyebelah jea.. semuanya sekitar Bandaraya Alor Setar.. bila aku bawa kereta sendiri baru aku sedar yang bandaraya Alor Setar ni xdalah jauh mana dari kolej aku.. derrr.. sebab selalunya kuar naik teksi jea.. manalah sedar.. haih.. mcm xberbaloi jea tambang teksi mahal bila pergi bandar . 




# Stop blogging ! Assingment berlambak weii . k bye!


Friday, January 13, 2012

Hari Ini Saya Update !


Assalamualaikum dan hi ;p


Sejak seminggu ni.. masa aku dipenuhi dengan menghadiri kelas kuliah dan xtvt kolej. nak update blog pun dah jarang dan sekarang aku dah mula malas dengan blog dan laman sosial yang lain.. facebook aku dah lama berkurun x update.. sebab? aku mungkin dah jadik anti sosial kot.. arhh.. malas nak fikir.. renyeh! 



Hari-hari aku on lappy.. on internet tapi kurang minat unt update blog seperti dulu.. aku juz layan drama korea dan running man ja.. on internet sebab nak download Ep. Running Man yang terbaru jea.. Ep.1-Ep.76 dah full donwload.. so sekarang tengah tunggu kshownow.net kuarkan RM ep.77.. btw, tadi baru habis tengok RM ep.76..  Killer vs Running Man dan komen aku unt ep. ni adalah xbest! RM sekarang ni dah macam kekeringan idea jea.. ntahla.. maybe aku dah mula bosan sebab aku asyik ikut kshow RM jaa..Dlm masa yg sama plak, budak-budak sem aku sekarang dah semakin ketageh dengan RM dan fenomena RM semakin menular dikalangan budak-budak kolej aku.. grrr.. sebelum ni xda sapa pun layan RM.. Aku sorang jea tergelak sorang-sorang dalam bilik.. mcm kera luku jea. aku ajak roomate aku layan RM dengan aku dia xnak  (sebab dia pasif dengan korea) kwn2 aku yang lain semuanya masa tu kuat layan kdrama jea.. RM tu hape pun diorang xtahu.. lps tu bila start ada membe aku copy RM dari aku bermulala episod penularan RM dikalangan budak-budak sem aku.. semua pakat nak copy RM dari aku.. arhhh! kononya.. bajet mcm aku lah punca penularan RM dikalangan budak-budak ni.. ! ;p 




Ok, aku dah mula belajar sejak seminggu nih..dengan assigment berlungok ;[ sebab tu ah sibuk sikit.. blog pon xupdate ! tapi xkisahla pasal blog sebab aku bukanya full time blogger pun dan aku ni bukan berblogging unt femes derr.. so chillex sudah.. hampa nak baca, xnak baca entri blog aku ikut suka hampa laa.. mana-mana pun aku xkisah.. btw, unt pengetahuan hampa semua aku sekarang dah menduduki tahun 2 semester 2 (sem 4) sebagai jururawat pelatih (JP) so maknanya  aku tinggal dalam setahun setengah jea lagi sebelum aku graduate nak jadi misi.. grrr.. Insyaallah.




Sem 4 aku belajar Surgical,Medical,Penyakit berjangkit dan Komuniti dan yang paling best unt sem kali ni aku dapat posting (praktikal) komuniti dekat klinik kesihatan luar. sebulan kot.. masa posting, aku xtinggal kat kolej.. aku tinggal dekat rumah yang kolej berikan.. so bila kat sana tu kira bebas sikit r berbanding dekat kolej.. memang xsabar ! btw, renyah jugak bila cakap nak p posting luar.. nak kena kemas barang bagai la. arhhh! leceh ah.. tapi xpew.. nak kutip pengalaman dok luar kolej katakan.. hoho. aku dapat klinik kesihatan area Kedah jea.. ;p



#Start seminggu ni , aku dah mula berdiet dan bersenam untuk kurangkan berat badan serta meningkatkan kecerdasan badan ;p. Aku g gim dekat kolej.. harap-harap.. diet dan senaman aku ni kekal la unt beberapa  bulan sebab aku mesti kurangkan berat badan !! Mesti! btw, setelah seminggu menjalani latihan ni..baru tahu yg letih jugak kalau nak jaga berat badan kan.. BMI aku normal jea tapi aku tetap kena kurangkan lemak di bahagian tertentu.. kalau aku biaq ja.. berlipat la kulit aku.. ;p



Saturday, January 7, 2012

Memandu tanpa GPS susah !

Ditulis pada 6/1/2012 @11.45pm bersamaan hari jumaat


Assalamualaikum dan hi ;p


Sekarang zaman semua IT jea.. kurang dah guna otak berbanding orang dahulu.. dahulu semuanya bergantung pada kepandaian dan kretiviti diri sendiri.. xda sapa nak tolong hang.. tapi zaman sekrang tidak lagi.. hang usaha sikit jea semuanya dah berjalan selancar sistem Android.. eh!? kononyaa..



Ok, hari ni hari jumaat, so kedah cuti umum. kalau aku dok penang hari jumaat xcuti lagi tapi best ah kalau hari jumaat sebab bila jumaat jea semuanya balik awal.. cth-sekolah.ok, lupakan pasal penang sekarang aku berada di kedah !> hari ni cuti jadi aku dengan membe-membe baik aku kuar outing.. kali ni xseperti biasa.. bukan pemandu teksi atau bas yg bawa kiteorang tapi aku yg menjadi pemandu..kiteorang sewa kereta ! lagi jimat dari naik teksi.. dan lagi happening yoo.. nak bawak kenderaan sendiri xdibenarkan oleh pihak kolej jadi kalau sewa aku rasa xjadi masalah kot.. mampus la kalau nak jadi betul jea kan.. bukannya kami ni kecik lagi ;p



Nak dijadikan cerita. aku ada lesen kereta.. membe-membe aku ni semuanya masih xda lagi lesen kereta jadi diorang ni semua bergantung kepada aku la sebagai pemandu.. jadi aku la yang bawak tadi.. xjadi masalah pun benda tu cuma penat sebab xtahu jalan mana nak masuk bila nak pergi sesuatu destinasi tuh.. aku ni bukannya orang Alor Setar.. sebelum ni keluar area Alor Setar pakcik teksi jea yg tolong bawakkan dan memang aku xpernah plak nak perati betui2 jalan tu bila bersama dengan pakcik teksi ;p oit, aku banyak bersembang jea dlm teksi daripada tengok jalan.. dan tadi.. jalan yg aku masuk tu just fikir ikut jalan familiar jea.. sampaikan tersesat dan kena pusing dekat jalan yg sama 2,3 kali.. huhu.. teruk ah aku rasaaa. stress! itulah.. jalan xtahu ada hati nak memandu kereta yea?! tapi sampai bila nak tahu jalan tu kalau xtry.. betul x? kita kena kutip pengalaman dulu, dari situ kita akan lebih matang ^^



Disebabkan duk ambik jalan yg salah jea.. aku pun buka ah GPS henset aku.. akhirnya! baru nak buka sebab aku xnak buka awal-awal nanti bateri henset habis sebelum sampai kolej.. kalau jadi apa-apa ka..kan teranaya tuh! so aku bajet r yg masa awal-awal tuh xnak guna GPS lagi ,last-last terpaksa buka ah sebab aku xnak buang masa dan minyak dekat jalan yang sama jea.. grrr.. bila buka jea GPS semuanya jadi senang.. Ikut jea petunjuk yang Mrs.GPS bagi.. mesti sampai punyalah! comfirm!. GPS memang memudahkan pemandu yg mcm aku ni.. yuhhhU! 



Tadi aku dan membe pergi City plaza-->Pekan rabu--> muzium negeri kedah--->masjid zahir----> City plaza--->Shahab perdana---> Tesco Mergong--->Menara Alor Setar----> Pasar malam taman nuri---> Kolej bersama Mrs,GPS. Pengalaman bawa kereta dekat semua destinasi ni memang perhhh! kawww r.. mcm-mcm jadi tadi.. dengan kereta buat hal.. aku masuk jalan orang.. masuk jalan One way.. grrr.. 1st time tersilap buat mcm ni.. xtahu jalan punya pasal.. grrr.. bukan apa.. x biasa lagi dengan jalan kat sekitar Alor Setar ni jadi aku kekok sikit r.. btw, overall memang hari aku belajar banyak r mengenai jalan sekitar Alor Setar nih so lepas ni xjadi masalah r nak bawak kereta lagi ^^. Insyaallah.



Tip nak bawak kereta.. mcm mana pun anda stress, serabut semasa memandu kereta tolonglah bertenang semasa memandu dan fokus kepada pemanduan.. jadi semuanya akan berjalan lancar.xsemestinya kena ada GPS dalam hidup ni.. barulah adventure betul x?.. aku pakai pun sebab dalam otak aku xda goggle maps !



#Bayaran masuk Menara Alor Setar RM 6.00

#Banyak gambar yang aku ambik tapi malas nak upload sini.. nantilah bila aku free banyak masa sikit.. ok. yg penting update !


Thursday, January 5, 2012

Elak berhimpit dalam lif kalau tidak inilah akibatnya.....

Ditaip pada : 4 Januari 2012 @ 11.45pm


Assalamualaikum dan hi ;p


Ok, hari aku nak cerita satu peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran seumur hidup.. peristiwa ni berlaku depan mata aku sendiri pada beberapa jam yang lepas..



Apabila kelas kuliah aku tamat , semua budak kelas aku pakat balik la ke asrama termasuk aku.. kamilah diantara yang balik awal ke asrama hari ni.. seawal-awal aku ada lagi yang lagi awal..disebabkan sem aku ditempatkan di asrama bertingkat 3 dan 4 jadi membe-membe aku ni pakat berebut la nak naik lif .. sebab lif dekat situ ada satu jea.. jadi sapa cepat dialah yang dapat masuk.. disebabkan nak cepat sangat balik bilik membe-membe aku nie ni pakat masuk ke dalam lif.. ramai ah.. bukan sikit.. penuh muatan sehingga yang belakang terhimpit.. aku perasan semua tu sebab aku lalu depan diorang unt naik tangga dkt sebelah lif sebelum pintu lif tertutup..  aku nampak penuh gilerr.. 'Arhhh' dalam hati aku berbisik.. eh dorang ni.. giler apa.. tersekat dalam lif baru tahu.. ' disebabkan kejadian berhimpit ramai-ramau dlm lif tu dah selalu jadi.. jadi aku xkata apa r.. aku xrasa benda buruk nak jadi.. cuma dlm hati jea terdetik.. so aku naiklah tangga..biarlah kat diorang.


`Muka cemas aku~ kononya laaa


Masa aku sampai ke tingkat dua nak naik tingkat 3 aku perasan yang lif td tu berhenti di tingkat 2 dan xberjalan.. stuck dekat tingkat  2 pastu dekat lif tu tulis 'Out of service' grrr.. bukan aku sorang jea yang perasan.. kawan-kawan aku yang turut naik tangga semua perasan ah benda ni.. pastu kiteorang semua cemas r..sebab kiteorang tahu yang ramai membe-membe kitaorang dlm tuh.. xtahu nak buat apa ni. aku mula-mula tu aku dan gelak lagi dan mulut jahat ni siap kata 'Ah! padan muka! dah tahu lif dah mampat masuk lagi ramai-ramai ! dah la lif tu kecik jea.. '!! grrr.. lps tu.. kiteorang pun cuba r buka lif tu.. tapi xboleh.. dalam 5 minit cubaan membuka pintu lif dengan tangan xberjaya.. mereka kat luar ni siap guna batang kayu dan sebagainya unt buka pintu lif yang tertutup rapat tu.. aku blurr jea.. xtahu menda nak buat jadi aku tengok jea tapi muka nie cemas r..nak tolong buka pun dah ramai yang ada.. membe-membe aku yang bersama aku masa tu cuba berkomunikasi dengan membe-membe yg tersekat dlm lif.. takut jadi apa-apa r.. mula-mula tu xdengar apa pun suara dari dalam lif  dan lepas dengar betul-betul baru ada suara.. arhhh! pintu lif memang tebal.. lepas dengar suara diorang baru rasa lega sikit.. kiranya dorang still ok ah..


Aku mula fikir bukan-bukan !!


Masa tu aku mula teringat babak dalam drama korea secret garden waktu si hyun bin yang  berpenyakit claustrophobia tersekat dalam lif sehingga sesat nafas dan hampir nak mati sebab kekurangan oksigen.. bila aku fikir babak tu jea aku dah mula fikir benda buruk berlaku kat membe-membe aku yang tersekat dalam lif tu ! gila ah! risau aku.. membe-membe aku kot.. btw, siren kecemasan dari dalam lif dah ditekan dan pengajar aku dah tahu mengenai kejadian ini dan selepas tu diorang sampai.. cubaan membuka pintu dengan kayu,batang dan semua yang ada ah kat situ xberjaya jugak.. lepas tu.. lepas 6 minit mcm tu.. pengajar aku datang bersama dengan technician untuk selamatkan mangsa-mangsa yg terperangkap dlm lif.. sementara technician nak lengkapkan persiapan menyelamat.. pengajar aku bersama membe-member aku yang lain  cuba membuka pintu lif dengan menggunakan kayu dan batang tadi dan cubaan itu berjaya setelah kerahan tenaga diberi sepenuhnya untuk menarik pintu lif bagi dibuka.. pintu lif terbuka sedikit.. dalam 7 cm mcm tu ah.. waktu tu barulah keadaan sedikit stabil.. aku yang terbayang babak dalam secret garden terus rasa lega bila nampak muka membe-membe aku dalam lif tu masih ok lagi.. ahhh.. lega rasa.. sebab aku dah fikir mcm-mcm.. lama kot cubaan membuka pintu lif tu.. dan akhirnya terbuka jugak dalam 7cm... cukup ah.. untuk laluan oksigen dari luar masuk ke dalam lif.. takut diorang di dalam sesak nafas jea..


~aku turut terfikir mcm ni~


Bila ditanya.. berapa orang dlm tu.. semuanya berjumlah 19 orang yg berhimpit dalam single lif tu.. arhh.. bila pengajar aku dengar jea.. dia cakap apa.. hah! itu ah.. aku baru jea pesan jangan naik lif ramai-ramai.. nanti lif rosak terperangkap dalam lif boleh buat hampa pengsan ! dia kesal r sebab dia baru jea pesan kat kiteorang 2 hari lepas pasal kes lif tersekat ni dan orang yg tersekat tu boleh mati kalau dibiarkan berterusan dalam lif sebab kekurangan oksigen.. tengok-tengok benda ni terjadi kat batang hidung kiteorang.. hambik kau! adoii.. masin betul mulut dia.. 


dan akhirnya aku terfikir begini... 


k, lepas beberapa minit technician melakukan kerjanya.. akhirnya pintu lif terbuka sepenuhnya dan semua membe-membe aku dalam tu keluar dengan muka berpeluh dan dlm keadaan penat.. Ambulance waktu tu dah dipanggil untuk  prepare kalau ada mangsa yang pengsan dalam lif tapi Alhamdullilah la.. xda yang pengsan dan xda yang perlu dibawa ambulance.. semua ok jea suma penat sikit jea.. semua muka merah jea.. dan nasib baik ah xda benda buruk berlaku dalam tuh.. diorang tersekat dalam 10 minit mcm tu r.. kalau ikutkan diorang semua dah pengsan dalam tu tapi nasib baik ah lif tu ada ciri-ciri keselamatan ketika waktu kecemasan.. dlm lif tu ada kipas yang mengeluarkan mengeluarkan udara dari atas jadi  keperluan oksigen masih x terbatas.. kalau xda.. aku xtahu lah apa yg jadi kat diorang.. grr.. dah la semua membe-member satu sem dengan aku.. grrr. Btw, syukurlah semuanya selamat jea.


Alhamdulilah la.. semua membe aku yang jadi mangsa tu selamat.. xda sebarang kecederaan berlaku.. dan perkara ni aku harap xkan berulang lagi dan bagi hampa yang minat sangat nak naik lif walaupun muatan dah penuh jauh-jauhkanlah niat tu.. sebab katakan lif tersekat.. bantuan lambat sampai.. korang boleh mati ooo.. xmustahil ok!.



Monday, January 2, 2012

Tango dan Scene of Woman !!


Assalamualaikum dan hi ;p


Mcm mana celebrate tahun baru semalam.. ada bunga api meloncat kt atas kepala hampa x? Oiy.. hebatnya.. ;p


Ok, hari ni.. maksud aku 1 haribulan aku dah start kelas.. kira tadi aku masuk kuliah la. ada buat reflective writting dengan lecture f. haha.. untunglah sem kali ni aku dapat lecturer f sebagai pembantu penyelaras sem aku.. happening kot. aku ingat dia ni kalau masuk gelanggang raja lawak boleh pergi jauh ni. ;p okeh, x gurau. dia memang lawak ;D


Dah, stop! cakap pasal kuliah.. aku nak cerita sikit r kat sini yang aku baru jea habis layan drama korea Scene of Woman . so nak kasi komen sikit r kan.. Drama ni adalah drama pengakhiran tahun 2011 bagi aku..  boleh tahan r.. hum nak kata best sangat, just ok laaa.. banyak babak sweet dalam drama ni.. waaa.. dasyat ah ;p huhu..tapi xdalah serakus mcm filem twilight saga part 1 tu..*yuu.. geli* just standard drama romantik korea ;p .  tapi kalau drama korea babak tu akan jadi sweet..hehe.. Erm,kalau hampa kaki kdrama mcm aku hampa paham lah masuk aku yea ;p



Lee dong wook (My girl) berlakon  sebagai hero dan Kim sun Ah (My lovely samsoon) sebagai heroin

Drama ni mengisahkan mengenai Yeon jae yang mengidapi gallbladder cancer dan  hanya tinggal  lebih kurang 5 bulan unt hidup..   dalam masa 5 bulan ni dia nak memenuhi bucket list iaitu apa yang dia nak lakukan sebelum dia mati.. ada dalam 20 list mcm tu r.. kisah drama ni berdasarkan bucket list  yang dia nak lakukan ni ah.. antara wishlist yang ada dlm bucket list adalah... yang aku ingat r..

  1. Buat mak gembira setiap hari 
  2. Belajar tarian tango
  3. Mohon kemaafan daripada cikgu S
  4. Cuba baju pengantin
  5. Makan dan buat apa yang dia nak lakukan tanpa berfikir banyak kali
  6. Balas dendam dekat orang yg buat jahat kat dia
  7. Kahwinkan mak dia ( mak dia janda)
  8. Ingin mencintai dan dicintai dengan seseorang yang dia sayangi
  9. Buat xtvt bersama dengan kekasih hati
  10. Berbasikal di tepi pantai bersama kekasih hati *scene ni sweet sgt*
  11. Menari tango bersama kekasih hati
  12. Mati didalam pelukan kekasih hati

bla .. bla.. bla.. ada lagi.. aku xhingat.. ;p

Banyak adegan-adegan mcm kissing,peluking* yang budak-budak baru cukup umur suka tengok dlm drama ni.. standard drama korea la kan.. sweet la kan? huhu ;p Btw, drama ni psycho banyak r.. sikit-sikit nangis. yealah.. orang tu dah tahu bila dia nak mati kan jadi menangis itu adalah salah satu cara watak tu nak terangkan kesedihan yg dia alami.. cuba fikir kalau kau dapat tahu yang kau ada penyakit kanser dan doktor anggarkan kau ada lagi sebulan jea boleh hidup.. apa kau akan rasa? haaa.. mcm tu r watak si heroin nak ceritakan disebalik drama nie.. 
Suka tengok mata lee dong wook! mcm unta.. mata stim jea...  ;p 




Haaaa, hampir lupa.. dalam drama ni ada penampilan special Junsu (JYJ). dia nyayikan ost drama ni 
Junsu-You are so beautiful. aku suka giler lagu ni ! dah jadi ringtone henset aku dah ^^
xsangka suara junsu sesedap ni walaupun bunyi dia mcm pondan jea ;p ahak!! jgn marah ;p





Ending dia mati ke hidup?oit.. rahsia. sedih r ;'(



# yang paling unik dan best dalam drama ni adalah tarian tango.. aku rasa setakat ni.. inilah drama korea yang pertama kali aku tengok yang berkonsepkan tarian tango ^^.. aku rasa teringin nak belajar tango plak lepas habis tengok drama nie ;D 



#Boleh kerap update blog lagi.. xda lagi assignment ^^


Sunday, January 1, 2012

SCENE of 2011

Sabtu , 31/12/2011 , 11.35pm

Assalamualaikum dan hi ^^


Ok, aku bukan berada di tapak mana-mana pesta untuk menyambut malam tahun baru.. aku kini berada di kolej sudah.. oh my lovely college.. la sangat kan? 


Mata mengadap langit yang masih bertapak di Malaysia.. berlindungkan tingkap bilik yang suram ditambah lagi dengan suasana kolej yang xbegitu ceria membuatkan aku rasa nak lari dari kolej dengan segera.. oh! aku xsuka masuk asrama.. tolonglah beri aku habis cepat semester yang akan datang ni.. 


Kenapa aku kena balik kolej seawal ni.. padahal esok kan new year.. cuti umum what? tapi malang sungguh nasib aku bila aku tahu yang kelas semester 4 akan bermula esok pagi ! pada hari new year.. arhhh! so so so stupidity.. come on la.. cuti umum kan.. buat apa nak buat kelas?.. geram aku.. ok, cukup.. aku xnak rosakkan malam tahun baru aku... 


Aku nak taip sikitlah pasal tahun 2011.. banyak perkara yang terjadi sepanjang tahun 2011 ni.. perkara yang buat aku nangis, tersenyum, sedih dan enjoy sangat... antaranya..


  1. Aku telah menamatkan semester 2 dan 3 aku dengan berjayanya ^^ yeah!
  2. Aku dapat tengok ibu mengandung beranak secara life di labour room    yeah!
  3. Aku lebih memahami penyakit yang berkaitan dengan wanita [Gynae]   yeah!
  4. Suprise birthday party dari kekawan aku di kolej ^^ dan dapat patung domo ^^
  5. Baju kelas kena bakar oleh pihak atasan ... mcm bodoh jea bila ingat balik !
  6. Mencapai umur 19 tahun.. dan aku rasa aku dah xsabar nak penuhkan bucket list aku ^^
  7. Bergaduh dengan ...... dan sehingga sekarang ....  ;'(
  8. Bro aku banyak luangkan masa lapang bersama aku.. kuar jalan2, bowling, wayang dan semualah . Terima kasih sbb buat aku rasa hepi sangat ^^
  9. Makan di Restoren Korea buat pertama kali ^^ yeah!
  10. Pesta penang 2011 sangat best!  aku suka sangat dengan pokok/bunga bercahaya lampu yg berwarna warni dekat situ ^^
  11. Aktif berblogger ^^ yeah!
  12. Kenali variety show korea--> Running Man dan ketageh dengannya.. aku dah download sehingga ep. 74. ^^
  13. Kena denda banyak kali sebab tertidur masa pensyarah mengajar.. oh! aku memang xboleh lupa..  berdiri atas kerusi.. berlari tengah padang dan sebagainya.. but, benda ni memang kasi kenangan kat aku r.. so xmenyesal aku dapat semua denda nih.. 
  14. Heechul super junior masuk army.. sedih ;'(
  15. Drama korea yang paling best yang aku layan pada tahun 2011 adalah ---> Secret garden, City Hunter,Lie to me, Prosecutor Princess, 49 days, Dream high , My girlfriend is gumiho , Scene of women !!  memang sangat best! daebak !


# Ok, itu jealah kot yang aku boleh share kat sini.. memori tahun 2011 memang bermakna bagi aku sebagai student ! dan teruskan berjuang dalam setahun setengah lagi dan lepas tu berakhirlah 3 tahun tempoh aku belajar !! oh memang xsabar nak habiskan 3 tahun ni!!




I WISH U A HAPPY NEW YEAR !!



Azam tahun baru..  nak cari pakwe kot.. sunyilah hidup sorang.. maybe? 
Ada bunga api kat luar tingkap bilik.. xnampak cuma dapat dengar jea.. owh. sedihnyer ;'(




# tidur tidur ! esok dah start kelas..


Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !