Ditaip pada : 4 Januari 2012 @ 11.45pm
Assalamualaikum dan hi ;p
Ok, hari aku nak cerita satu peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran seumur hidup.. peristiwa ni berlaku depan mata aku sendiri pada beberapa jam yang lepas..
Apabila kelas kuliah aku tamat , semua budak kelas aku pakat balik la ke asrama termasuk aku.. kamilah diantara yang balik awal ke asrama hari ni.. seawal-awal aku ada lagi yang lagi awal..disebabkan sem aku ditempatkan di asrama bertingkat 3 dan 4 jadi membe-membe aku ni pakat berebut la nak naik lif .. sebab lif dekat situ ada satu jea.. jadi sapa cepat dialah yang dapat masuk.. disebabkan nak cepat sangat balik bilik membe-membe aku nie ni pakat masuk ke dalam lif.. ramai ah.. bukan sikit.. penuh muatan sehingga yang belakang terhimpit.. aku perasan semua tu sebab aku lalu depan diorang unt naik tangga dkt sebelah lif sebelum pintu lif tertutup.. aku nampak penuh gilerr.. 'Arhhh' dalam hati aku berbisik.. eh dorang ni.. giler apa.. tersekat dalam lif baru tahu.. ' disebabkan kejadian berhimpit ramai-ramau dlm lif tu dah selalu jadi.. jadi aku xkata apa r.. aku xrasa benda buruk nak jadi.. cuma dlm hati jea terdetik.. so aku naiklah tangga..biarlah kat diorang.
`Muka cemas aku~ kononya laaa |
Masa aku sampai ke tingkat dua nak naik tingkat 3 aku perasan yang lif td tu berhenti di tingkat 2 dan xberjalan.. stuck dekat tingkat 2 pastu dekat lif tu tulis 'Out of service' grrr.. bukan aku sorang jea yang perasan.. kawan-kawan aku yang turut naik tangga semua perasan ah benda ni.. pastu kiteorang semua cemas r..sebab kiteorang tahu yang ramai membe-membe kitaorang dlm tuh.. xtahu nak buat apa ni. aku mula-mula tu aku dan gelak lagi dan mulut jahat ni siap kata 'Ah! padan muka! dah tahu lif dah mampat masuk lagi ramai-ramai ! dah la lif tu kecik jea.. '!! grrr.. lps tu.. kiteorang pun cuba r buka lif tu.. tapi xboleh.. dalam 5 minit cubaan membuka pintu lif dengan tangan xberjaya.. mereka kat luar ni siap guna batang kayu dan sebagainya unt buka pintu lif yang tertutup rapat tu.. aku blurr jea.. xtahu menda nak buat jadi aku tengok jea tapi muka nie cemas r..nak tolong buka pun dah ramai yang ada.. membe-membe aku yang bersama aku masa tu cuba berkomunikasi dengan membe-membe yg tersekat dlm lif.. takut jadi apa-apa r.. mula-mula tu xdengar apa pun suara dari dalam lif dan lepas dengar betul-betul baru ada suara.. arhhh! pintu lif memang tebal.. lepas dengar suara diorang baru rasa lega sikit.. kiranya dorang still ok ah..
Aku mula fikir bukan-bukan !! |
Masa tu aku mula teringat babak dalam drama korea secret garden waktu si hyun bin yang berpenyakit claustrophobia tersekat dalam lif sehingga sesat nafas dan hampir nak mati sebab kekurangan oksigen.. bila aku fikir babak tu jea aku dah mula fikir benda buruk berlaku kat membe-membe aku yang tersekat dalam lif tu ! gila ah! risau aku.. membe-membe aku kot.. btw, siren kecemasan dari dalam lif dah ditekan dan pengajar aku dah tahu mengenai kejadian ini dan selepas tu diorang sampai.. cubaan membuka pintu dengan kayu,batang dan semua yang ada ah kat situ xberjaya jugak.. lepas tu.. lepas 6 minit mcm tu.. pengajar aku datang bersama dengan technician untuk selamatkan mangsa-mangsa yg terperangkap dlm lif.. sementara technician nak lengkapkan persiapan menyelamat.. pengajar aku bersama membe-member aku yang lain cuba membuka pintu lif dengan menggunakan kayu dan batang tadi dan cubaan itu berjaya setelah kerahan tenaga diberi sepenuhnya untuk menarik pintu lif bagi dibuka.. pintu lif terbuka sedikit.. dalam 7 cm mcm tu ah.. waktu tu barulah keadaan sedikit stabil.. aku yang terbayang babak dalam secret garden terus rasa lega bila nampak muka membe-membe aku dalam lif tu masih ok lagi.. ahhh.. lega rasa.. sebab aku dah fikir mcm-mcm.. lama kot cubaan membuka pintu lif tu.. dan akhirnya terbuka jugak dalam 7cm... cukup ah.. untuk laluan oksigen dari luar masuk ke dalam lif.. takut diorang di dalam sesak nafas jea..
~aku turut terfikir mcm ni~ |
Bila ditanya.. berapa orang dlm tu.. semuanya berjumlah 19 orang yg berhimpit dalam single lif tu.. arhh.. bila pengajar aku dengar jea.. dia cakap apa.. hah! itu ah.. aku baru jea pesan jangan naik lif ramai-ramai.. nanti lif rosak terperangkap dalam lif boleh buat hampa pengsan ! dia kesal r sebab dia baru jea pesan kat kiteorang 2 hari lepas pasal kes lif tersekat ni dan orang yg tersekat tu boleh mati kalau dibiarkan berterusan dalam lif sebab kekurangan oksigen.. tengok-tengok benda ni terjadi kat batang hidung kiteorang.. hambik kau! adoii.. masin betul mulut dia..
dan akhirnya aku terfikir begini... |
k, lepas beberapa minit technician melakukan kerjanya.. akhirnya pintu lif terbuka sepenuhnya dan semua membe-membe aku dalam tu keluar dengan muka berpeluh dan dlm keadaan penat.. Ambulance waktu tu dah dipanggil untuk prepare kalau ada mangsa yang pengsan dalam lif tapi Alhamdullilah la.. xda yang pengsan dan xda yang perlu dibawa ambulance.. semua ok jea suma penat sikit jea.. semua muka merah jea.. dan nasib baik ah xda benda buruk berlaku dalam tuh.. diorang tersekat dalam 10 minit mcm tu r.. kalau ikutkan diorang semua dah pengsan dalam tu tapi nasib baik ah lif tu ada ciri-ciri keselamatan ketika waktu kecemasan.. dlm lif tu ada kipas yang mengeluarkan mengeluarkan udara dari atas jadi keperluan oksigen masih x terbatas.. kalau xda.. aku xtahu lah apa yg jadi kat diorang.. grr.. dah la semua membe-member satu sem dengan aku.. grrr. Btw, syukurlah semuanya selamat jea.
Alhamdulilah la.. semua membe aku yang jadi mangsa tu selamat.. xda sebarang kecederaan berlaku.. dan perkara ni aku harap xkan berulang lagi dan bagi hampa yang minat sangat nak naik lif walaupun muatan dah penuh jauh-jauhkanlah niat tu.. sebab katakan lif tersekat.. bantuan lambat sampai.. korang boleh mati ooo.. xmustahil ok!.
ya Allah, dasyatnye. takut plak dengar. haha pasni kalau diorang still nak naik ramai2 lagi, x tau nk ckp pe. hahaha
ReplyDeletesaya pon pernah jadi kes macam ni...tapi 2 orang je dalam lif..panik gile..nasib baik pintu lif boleh dibuka dr dlm..pheww..lega!!
ReplyDeleteish,seranya..Sebaik selmat alhamdulilah..Pengajaran uat semua.. btw,secret garden^^,hyun bin!!=)
ReplyDeletemana dapat batang kayu dlm lif? erk
ReplyDeletesecret garden
ReplyDeleteyeahhh pandai laki tu belakon
menjadi kan