"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Friday, January 13, 2012

Hari Ini Saya Update !


Assalamualaikum dan hi ;p


Sejak seminggu ni.. masa aku dipenuhi dengan menghadiri kelas kuliah dan xtvt kolej. nak update blog pun dah jarang dan sekarang aku dah mula malas dengan blog dan laman sosial yang lain.. facebook aku dah lama berkurun x update.. sebab? aku mungkin dah jadik anti sosial kot.. arhh.. malas nak fikir.. renyeh! 



Hari-hari aku on lappy.. on internet tapi kurang minat unt update blog seperti dulu.. aku juz layan drama korea dan running man ja.. on internet sebab nak download Ep. Running Man yang terbaru jea.. Ep.1-Ep.76 dah full donwload.. so sekarang tengah tunggu kshownow.net kuarkan RM ep.77.. btw, tadi baru habis tengok RM ep.76..  Killer vs Running Man dan komen aku unt ep. ni adalah xbest! RM sekarang ni dah macam kekeringan idea jea.. ntahla.. maybe aku dah mula bosan sebab aku asyik ikut kshow RM jaa..Dlm masa yg sama plak, budak-budak sem aku sekarang dah semakin ketageh dengan RM dan fenomena RM semakin menular dikalangan budak-budak kolej aku.. grrr.. sebelum ni xda sapa pun layan RM.. Aku sorang jea tergelak sorang-sorang dalam bilik.. mcm kera luku jea. aku ajak roomate aku layan RM dengan aku dia xnak  (sebab dia pasif dengan korea) kwn2 aku yang lain semuanya masa tu kuat layan kdrama jea.. RM tu hape pun diorang xtahu.. lps tu bila start ada membe aku copy RM dari aku bermulala episod penularan RM dikalangan budak-budak sem aku.. semua pakat nak copy RM dari aku.. arhhh! kononya.. bajet mcm aku lah punca penularan RM dikalangan budak-budak ni.. ! ;p 




Ok, aku dah mula belajar sejak seminggu nih..dengan assigment berlungok ;[ sebab tu ah sibuk sikit.. blog pon xupdate ! tapi xkisahla pasal blog sebab aku bukanya full time blogger pun dan aku ni bukan berblogging unt femes derr.. so chillex sudah.. hampa nak baca, xnak baca entri blog aku ikut suka hampa laa.. mana-mana pun aku xkisah.. btw, unt pengetahuan hampa semua aku sekarang dah menduduki tahun 2 semester 2 (sem 4) sebagai jururawat pelatih (JP) so maknanya  aku tinggal dalam setahun setengah jea lagi sebelum aku graduate nak jadi misi.. grrr.. Insyaallah.




Sem 4 aku belajar Surgical,Medical,Penyakit berjangkit dan Komuniti dan yang paling best unt sem kali ni aku dapat posting (praktikal) komuniti dekat klinik kesihatan luar. sebulan kot.. masa posting, aku xtinggal kat kolej.. aku tinggal dekat rumah yang kolej berikan.. so bila kat sana tu kira bebas sikit r berbanding dekat kolej.. memang xsabar ! btw, renyah jugak bila cakap nak p posting luar.. nak kena kemas barang bagai la. arhhh! leceh ah.. tapi xpew.. nak kutip pengalaman dok luar kolej katakan.. hoho. aku dapat klinik kesihatan area Kedah jea.. ;p



#Start seminggu ni , aku dah mula berdiet dan bersenam untuk kurangkan berat badan serta meningkatkan kecerdasan badan ;p. Aku g gim dekat kolej.. harap-harap.. diet dan senaman aku ni kekal la unt beberapa  bulan sebab aku mesti kurangkan berat badan !! Mesti! btw, setelah seminggu menjalani latihan ni..baru tahu yg letih jugak kalau nak jaga berat badan kan.. BMI aku normal jea tapi aku tetap kena kurangkan lemak di bahagian tertentu.. kalau aku biaq ja.. berlipat la kulit aku.. ;p



3 comments:

  1. running man membe2 dok tgk
    lom rase nk tgk lg

    ReplyDelete
  2. betol tuh, semakin slow dah running man la ni, family outing lagi best kot..pasal ada jong shin. tuatua berisi bero.. :)

    ReplyDelete
  3. drpd ari tu carik running man x dpt2. nk download internet slow :(

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !