"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Sunday, January 15, 2012

Alor Star Bandaraya ku !


Assalamualaikum dan hi ;p


Menguap sebijik mcm badak sumbu ;p... aku tidur overtime kot pagi tadi.. Hari ni ahad kan.. sepatutnya student dari kedah mcm aku ni masuk kelas hari ni tapi boleh plak tidur overtime yea?! heh,hang ponteng kelas kaa? jangan suka-suka hati jea cakap aku ponteng kuliah derr.. Kedah hari ni cuti umum yo.. eh! terkejut? xtahu kea yg hari ni kedah cuti ??.. LOL. ok, dalam kelender Malaysia mengatakan yang 15.1.2012 adalah hari Keputeraan Sultan Kedah . jadi.. disebabkan itulah aku cuti hari ni.. oh yeah !! disebabkan hari ni cuti.. otak aku agak blur hari ni.. mulut cakap xpayah update blog, tapi tangan ni xberhenti menaip ni haaa.. jadi aku terpaksa lah update dengan rela.. ;p .. hari tu aku ada janji nak upload gambar masa aku outing dekat bandaraya Alor Setar.. jadi.. ni janjinya..


Balai Seni Negeri  Pepagi lagi dah sampai sini.. matahari baru nak muncui kami dan terpacak tang sini yoo.. ;p waktu ni salji turun sebab tu ah gambar jd mcm ni ... ^^ sejukk mcm kat korea ! kononyerrr.. (Aik! dah la ada matahari ada pulak salji ! ;p)

Balai Besar Kedah ..  xdapat masuk sebab sampai terlalu awal.. btw, binaan istana ni sangat unik dan kreatif ! aku akan pastikan yang aku akan datang dan masuk istana ni nanti.. wait yah ..

~Pulun nak bergambar depan kereta sewa ~ kereta sewa pertama yg aku bawak !

Depan Masjid zahir . Masjid tertua di Kedah 

~Dalam menara Alor Setar~

~Still dalam Menara Alor Setar~


lepas keluar jea dari menara aku dengan minah terus berlari masuk ke taman permainan di sebelah menara..  berebut nak main duii ni ^^ .. dulu masa kecik2 xpuas main duii ;p

Gambar menara dari bawah.. masa aku pergi tuh.. ada salji turun sebab tu ah gambar mcm ni.. waaah! giler best ! mcm dekat  seoul tower # aku memang tipu ! derr kat Malaysia mana ada salji doh ! ini edit jea ;p

~Seronok beb main duii dekat sini ~

Nie gambar semalam.. aku dengan member-member aku dapat jemputan untuk pergi ke majlis bacaan yassin di Masjid Zahir bersama dengan Sultan Negeri Kedah.

~Membe-membe aku yg turut pergi bersama aku ~ (Ditengah tu Pengajar aku)

V-pose ! selcaa ;p


Btw, tempat-tempat yang aku pergi ni semuanya sebelah menyebelah jea.. semuanya sekitar Bandaraya Alor Setar.. bila aku bawa kereta sendiri baru aku sedar yang bandaraya Alor Setar ni xdalah jauh mana dari kolej aku.. derrr.. sebab selalunya kuar naik teksi jea.. manalah sedar.. haih.. mcm xberbaloi jea tambang teksi mahal bila pergi bandar . 




# Stop blogging ! Assingment berlambak weii . k bye!


3 comments:

  1. sumpah comel awak punya header, buatkan untuk kami satu.pehlissss *muka kiut

    ReplyDelete
  2. wah alor setar..en suami org sana..dah muak tgok semua tu!haha..

    tp pic korie cantik ok..:)

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !