"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Sunday, January 22, 2012

Insyaallah , mak akan sihat nanti


Assalamualaikum .


Aku doakan korang semua sihat-sihat aja.. larat buat kerja.. makan lalu.. ada mood, memandangkan cuaca hari ni pun baik so apa lagi.. g la keluar hangout dengan kekawan lama kea.. (!) bila lagi nak keluar sekali kalau bukan masa hujung minggu mcm ni.. xpon keluar dengan family.. dapat jugak tengok mak, ayah dan adik beradik tersenyum di depan anda.. family come first yooo ; )


Btw, aku kini dah dua hari berada di rumah.. hari khamis petang lepas aku berangkat balik dari kolej ke rumah dan sekarang aku berada di dalam bilik aku di rumah . masa aku balik ni.. mak aku dalam keadaan xberapa nak sihat.. dia cakap dia dah 2 minggu sakit kepala (nausea and vomitting) dan dia ada pergi ke hospital unt check dan doktor suruh dia stay dekat wad tapi mak aku xnak.. dia nak tunggu aku balik baru dia nak masuk wad.. (dia starting sakit around 2 minggu sebelum aku balik) aku balik hari khamis lepas dan keesokkanya hari jumaat aku check in dia masuk wad dekat hospital berdekatan dengan rumah aku.. btw, aku consider ok lagi bila dia xnak masuk wad masa mula-mula hari tu sebab mak aku ni xda demam,xda darah tinggi, gula dalam darah pun normal, muntah tu jarang dan dia hanya pening kepala dan sakit telinga.. 2 minggu bertahan dengan makan ubat yang farmasi hospital berikan.. nak kata bergantung pada ubat xda jugak sebab pening kepala mak aku ni x berkurang pun jadi disebabkan itu ah hari jumaat lepas aku hantar mak aku ke hospital dan lepas doktor check dia kena tahan di wad sehingga sekarang .


Doktor diagnosis mak aku sebagai 'Vertigo'  .
 Sakit pening kepala sehingga tidak dapat mengawal keseimbangan badan . pesakit tidak dapat melangguk ke atas atau bawah kerana pesakit akan berasa pening dan sampai satu tahap dia akan rasa nak muntah. Sakit ini disebabkan jangkitan kuman pada bahagian dlm telinga , gangguan saraf dalam otak dan beberapa sebab lain. (lebih kurang mcm migrain tapi vertigo serius sikit)



Jadi, dalam 2 hari ni aku asyik berulang dari rumah ke hospital jea.. dah la motor xda.. semuanya abang-abang aku guna jadi aku terpaksa berulang dengan kereta laa.. nasib baik aku dah ada lesen.. jadi xda hal lah klu nak naik kereta pun.. hurm, nak dijadikan cerita.. dekat rumah aku sekrang ni dah mcm rumah orang bujang.. xda sapa nak masak.. aku nak masak? hurm .. aku?aku.. aku tengah belajar masak dan buat kerja suri rumah.. erm, nak cakap yg aku letih r.. boleh x? huhu.. letih ke xletih ke kena buat jugak.. sebab aku belajar tinggi mana pun nanti aku tetap akan jadi suri rumah unt suami aku nanti.. lainlah kalau aku xnak kahwin.. kan?!



Pasal mak aku tu , dia still kena tahan kat wad.. ujian darah , ECG dia semua dah keluar dan keputusanya normal jea.. so sekarang ni juz dalam pemerhatian doktor jea.. Alhamdullilah. aku harap ini bukan tanda-tanda awal simptom sakit kronik.. hum, syukurlah aku ambik course jururawat.. boleh la aku tahu mengenai penyakit yg mak aku alami dan lakukan penjagaan terhadap dia bila perlu .



#Nasib baik mak aku masuk wad masa aku cuti panjang... Alhamdullilah.



Jom buat kerja rumah , jangan harapkan mak kita jea.. nanti kalau dia sakit sapa nak buat semua tu??.. syukurilah apa yang ada.. hidup ini adalah anugerah .

7 comments:

  1. smoga mak awk cpat smbuh N insyaallah everything goNna be ouke.i'm wish de bes on it :)

    ReplyDelete
  2. sian mak

    duk wad bosan

    temankan mk bebaik k

    kim salam die

    kate smoge cpt sembuh

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah mak Korie takdak apa2..jaga mak baik2 naa..semoga mak cpt sembuh..belajar2 msk bg pandai,bley cpt kawen..:)

    ReplyDelete
  4. akak doakan mak korie kembali sihat walafiat hendaknya. aminnn :)

    ReplyDelete
  5. salam. akk pon baru dikatakan sbgi vertigo.. mak korie da oke ke skrg??

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !