"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Friday, February 10, 2012

Senarai Ost Vanila Coklat


Bila sebut jea vanila coklat, pasti semua dah tersenyum simpul termasuklah aku derr.. Perhh drama ni memang hit dan menjadi trend dekat ruangan fb mahupun twitter.. dan bagi para bloggers tajuk vanilla coklat dah menjadi satu link SEO untuk tingkatkan trafik blog masing-masing..


Apa yang best sangat dengan drama ni? 


Amir : tinggi, hensem, kaya, anak dato,ada kereta besar,kelakar, photographer,nakal ,anak tunggal

Zara : cantik,tinggi, comel, ego, hot tempered, pandai, jujur, manja, pemalas, anak doktor, anak manja, anak tunggal


lagi satu kekuatan drama ini adalah dekat dengan hati penonton   .  amir dan zara baru melanjutkan   pelajaran  dekat institut yg sama selepas habis SPM . jadi lingkungan umur diorang dalam 19 tahun . baya-baya aku jea.. jadi mcm best r layan  drama yg bawa watak sama umur dengan aku maksud aku student kolej. kan?. lepas tu peragai zara dan amir  mcm anjing dan kucing. jumpa jea gaduh.. last-last terpaksa kahwin sebab keluarga .kahwin atas dasar kontrak tanpa pengetahuan keluarga. lepas kahwin zara dan amir  masih lagi bergaduh bagai anjing dan kucing tapi akhirnya mereka berdua kalah dengan perasaan masing-masing. dua-dua jatuh cinta    dan berputiklah kisah cinta mereka 
berdua . 



Sweet sangat !  Bila  layan jea drama ni mest  tersenyum simpul jea.. ! seriusly. kalau tgok dgn kekawan perempuan  mesti riuh habis . hehe.



Bila dah terlalu syok dengan sesebuah drama mulalah nak cari ost semua bagai.. nak buat ringtone la kononnya.. kan.. jadi aku pun cari.. search kat internet bukan semudah yg aku sangka.. banyak yg gampang jea. last-last korang tahu aku buat apa untuk dapatkan semua ost vanilla coklat? aku tengok senarai ost masa penghabisan episod vanilla coklat (masa dia tunjuk sedutan minggu depan) byk kali aku repeat part ost drama ni.. nasib baik aku dah download setiap episod drama coklat , jadi senang sikit r kerja aku.. repeat jea durasi last sekali tu.. gagah nak tengok tajuk setiap lagu ost satu persatu. da akhirnya.. usaha aku berjaya derr ! Ini hasilnya.. aku baik hati ni.. sebab tu ah aku share kat korang.. korang pun tengah carik jugak kan? hehe.. 


Penerang hati -Sixth sense
Cinta dan Benci-Geisha
Lagi remuk jantungku -Geisha
Kenangan Hidupku-Geisha
Tapi bagaimana-Spider
Rindu bukan teman -Erni
Kartita -Awan band
Astrid -Tentang rasa


(lagu yang aku boldkan tu yg paling best ! comfirm. lama giler aku cari lagu ni.. akhirnya jumpa jugak)


  


#Aku xfaham kenapa sebahagian ost drama ni ambik lagu indonesia.. padahal penyayi malaysia berlambak jea.. kenapa mesti ambik artis luar?.. maybe unt komersial jugak. btw, mungkin suara penyanyi indonesia lagi enak didengar dan melayang-layang jea jiwa bila dengar.. kan?.. erm, xkisahlah. asalkan vanila coklat ada amir dan zara kan?. kah3. hidup amir ! oh sweetnya dia ;p. tapi back to reality, dunia sekarang ada ke lelaki yg mcm dia lagi? 


Cari link untuk download drama vanila coklat?.. klik link di bawah. ke xpyh susah2 download. copy jea dari aku.. meh dtg bilik copy k ^^.





2 comments:

  1. cakap pasal ost ni kalau kdramas,setiap drama ada buat ost tersendiri.ops, tersesat pasal kpop pulak.haha

    ReplyDelete
  2. Aku terlepas episod akhir dia ni. Adeh. .

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !