....
Sedih dengan berita kematian 8 orang wira malaya yang terkorban dalam misi menyelamatkan sabah dari penceroboh yang mengaku diri mereka adalah Angkatan Tentera Kesultanan Sulu . Apa yang mampu kita buat hanya berdoa kepada Allah SWT supaya memberi jalan penyelesaian untuk krisis pencerobohan ini . Tidak ada lagi mana-mana pihak yang sanggup kehilangan orang tersayang .
Mari kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah untuk mereka yang terkorban nyawa demi keselamatan Malaysia .
Nasib baik minggu ni aku cuti for semester-break , boleh la rehat-rehat di rumah sambil follow berita semasa mengenai pencerobohan haram di lahad datu, sabah , hari-hari mengadap Tv3& Astro awani sebab nak tahu berita semasa kat sana , ditambah lagi dengan berita semasa dari surat khabar yang tidak putus-putus memberi info semasa di lahad datu .
Kita hanya boleh serahkan kes ini totally kepada TUDM ,ATM dan Kerajaan Malaysia untuk mengawal dan menghapuskan penceroboh-penceroboh haram yang tidak mahu seinci pun berganjak dari sabah walaupun nyawa mereka terancam . ntahle, kadang aku xfaham dengan manusia yang xsayangkan nyawa sendiri , sampai bila korang nak berkubu di tempat penyembuyian tu , memang dah kena kepung pun , xreti-reti nak menyerah diri ke?. kita dah berikan banyak masa untuk berunding secara baik tapi korang xnak ,korang main kasar, dahtu , siap main kotor lagi dengan anggota polis kita . 8 orang anggota kita gugur dan sebilangan besar anggota mereka turut gugur dalam misi . dah tu , tetiba buat protes dekat pejabat pewakilan Malaysia di Filipina untuk hentikan misi ini dengan baik dan berhati perut ,siap bakar bendera yang ada gambar PM kita dan PM Filipina lagi . xcukup hati perutkah kitoerang memberi masa untuk korang menyerah diri sebelum ops daulat dilakukan . dan sehingga sekarang mereka masih berdegil . Itu menunjukkan bertapa patuhnya mereka kepada arahan ketua mereka.. mereka sanggup mati demi memperjuangkan hak Kesultanan Sulu terhadap Sabah yang sudah basi ditinggal zaman .
Pheww , itu xmasuk lagi bab politik sekarang . bila nyawa manusia dijadikan sandiwara politik . erh , tahulah sekarang busy nak sambut PRU13 tapi xpayahla pentingkan parti sendiri sampai sanggup mengetepikan apa yang lebih penting untuk keamanan Malaysia sekarang . Boleh x sekarang ni kita hanya fokus pada seorang pemimpin negara jea. pemimpin yang berjiwa rakyat , xperlu nak bergaduh sana sini , xpayah nak keluarkan statement apa-apa kalau xnak bertanggungjawab dengan kata-kata sendiri !. dikala negeri Sabah begini , Malaysia hanya perlukan kerjasama dari semua pihak tanpa batasan politik . Kita perlu sepakat demi negara tercinta . Ayuh bersatu hati ! Keamanan sabah bukan untuk kepentingan politik , ia adalah kepentingan sebuah negara yang bernama Malaysia .
Banyak lagi negara yang menuntuk hak mereka terhadap beberapa negeri sempadan di
dunia tapi boleh je mereka berbincang dengan baik , xperlu nak ceroboh
dan tembak menembak bagai untuk tuntut hak. itu tidak profesional . setiap negara ada
undang-undang sendiri . adakah ini undang-undang yang dicipta sendiri
oleh anda? ia sudah menjerat nyawa anda sendiri . fikirkanlah
Walaupun bukan aku yang berada di sana
bukan aku yang kehilangan orang tersayang,
bukan aku yang terlibat dalam misi perjuangan hak ,
tapi , Sabah adalah sebahagian dari Malaysia .
dan aku adalah anak Malaysia.
Sabah hak Malaysia ,
hak kami adalah hak kami,
Tidak ada hak untuk mempertikaikan,
Semuanya dah tersurat,
Itu adalah semangat patriolisme kami !
Korie @ 6/3/2013
No comments:
Post a Comment
Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo