"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Sunday, March 3, 2013

Ular-laaaa , happy chinese new year !


Salam ;D ,


Mungkin da terlambat nak wish happy chinese new year buat masa sekarang . tp xsalah kan kalau aku still nak wish selamat tahun baru cina . maap , xdapat nak update blog dalam masa terdekat ni sebab u know me . byk komitmen gitu -_- '. kononlah [!]



so , dihari kelapangan yang aku ada hari ni , aku nak ucapkan selamat tahun baru cina buat semua warga cina di luar sana terutama buat member2 yang perasan kulit mcm cina kat luar sana ;P .unt lu yang dapat byk angpau , wak mali sikit r kat guaaa.. gua banyak miskin wo sekalang .. hari2x gua makan luar masa praktikal , so memang cepat le habis duit guaa . banyak sedihhh woo ;'(



Pada 24/2/2013 yang lalu , kolej gua ada buat chinese new year celebration di kolej gua yang terchenta . Buat pengetahuan, gua sekarang kan tengah posting luar dari kolej so disebabkan ada majlis seperti ini so gua kena balik kolej sehari untuk memeriahkan lagi majlis sambutan ni . so apa lagi , dah kena balik kolej , balik jeala ;) . keesokkan harinya gua kembali ke tempat posting gua iaitu hosp. k.n.



So mcm biasalah , gua kalau ada majlis apa-apa di kolej memang gua akan jadi orang paling busy snap gambar . konon mcm photographer upahan kolej tapi sebenarnya ambik gambar untuk simpanan diri sendiri jea.. huhu, semua orang kat kolej dah faham dengan gua so xpeliklah sebab gua memang kaki bergambar , cuma gua xda kamera DSLR yang mahal tu je untuk tunjuk kat semua orang , gua cuma guna kamera digital olympus yang mampu dimiliki . tp xkesalah , xguna ada DSLR kalau xreti ambik gambar yang cantik -__-' . gua pun dalam proses belajar .



so jom layan gambar

Gua ingat nak pakai cheong-sam , tapi xjadi sebab gua rasa gua lagi cantik pakai baju kurung ~ ayu giteew~ xgitu korang? . oh men!

Gua suka bergambar dengan member-member gua ;) , member-member gua sangat bermakna buat gua .
Sekarang kan zaman fesyen peplum , so xketinggalan la yea bergambar dgn si gadis peplum . gua ada hati juga nak pakai peplum merah gua pada hari tu tapi xjadi sebab gua xreti la nak bergaya di majlis rasmi kolej . gua segan. muahahhahaha . kalau gua keluar outing dengan member, gua xkisah , memang fashionista sokmo
Bersama mereka yang ayu sekali , Indah khabar bersama rupa . Satu hari nanti gua pun nak pakai mcm ni jugaklah . sejuk perut ibu mengandung bila tengok anak dia pakai mcm gini.. aminnn.

Nak promot baju dioang je sebenarnya ..  gadis melayu
Member gua yang gua xkan lupa ;)

Ini member gua yang berbangsa cina . mereka sangat cantik bersama cheong-sam . gua rasa tercabar sangat ! haha

Persembahan 1 Malaysia #1

Gua ingat junior gua tengah buat apa la dekat dataran ni haa. rupenya tengah dok asyik menari tarian bollywood, patutlah rancak gila ;) , sampai nak meniarap haaa..

Tarian 1 Malaysia #2

Karoke bersama dengan para penari .dorang sangat owsome , sampai gua pun rasa nak menari dengan diorang sekali . ini semua dipersembahkan oleh junior-junior gua di kolej . diorang sangat berbakat .

Tarian 1 Malaysia #3
Pertunjukkan fesyen 1 Malaysia .Di sini gua terkesima sebentar sebab xsangka ada junior melayu gua yg terlampau seksi . Culture shock ke apa? mls nak cakap apa.

Combination student basic dan pos-basik menyayikan lagi chinese new year .

Singa dijemput khas ke majlis untuk majlis pembukaan yang gempak . Ini kali kedua singa datang ke kolej sempena chinese new year . best la jugak tengok singa ni buat persembahan dengan buah limau . epic je !

Singa yang dikawal oleh Tok Gurunya .. gua teringin nak pegang bulu singa ni tapi geli doh ! haha, rasa mcm singa betul . hoho. melaupau .

Yinsang Time~ makanan wajib ada dalam CNY . tapi gua xpenah rasa . rasa apa eh? huhu

Tetiba gua fikir , singa ke naga ni? gua pun bingung~

Persembahan hebat dari the-singa~  mesti orang dalam patung singa tu penat giler bapak kan . lama kot dia menari . hoho .



Itulah dia sambutan tahun baru cina dari kolej gua . kolej gua memang suka sangat buat perayaan besar-besar mcm ni . Untuk CNY yang akn datang xdapatlah gua nak merasa perayaan mcm ni lagi . gua dah nak habis belajar bulan 6 ni , so semua ni akan jadi kenangan terindah buat gua ;) . so sampai sini jeala kot . gua tengah cuti mid-sem sekarang ni . cuti gua start dari 3/3/2013-9/3/2013 . seminggu aje .Gua nak guna masa cuti ni dengan berehat sepenuhnya . huhu .


#maaf PSY tidak dipanggil semasa majlis ini yea so xdalah oppa gangnam style  kat sini , hanya ada singa gangnam style sahaja ;)


K. Bye !



 



No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !