"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Saturday, June 18, 2011

Segmen : "Sunah Sakura, Danbo dan Daun..."





Tiba-tiba je masa kaki terus melangkah tu, ada daun kering gugur tepi Danbo...
Bila nampak daun tu, tiba-tiba keluar kat fikiran dia 'Somewhere I belong'...
Kenapa tiba-tiba keluar macam tu kat kepala kotak Danbo? Ape yang Danbo fikirkan bila nampak daun tu sebenarnya? 

...........................................................................................

Danbo renung lama dekat daun kering tu.. Ntah apa yang difikirkan tue.. tiba-tiba daun kering tu terbang melayang diterbangkan angin meninggalkan danbo keseorangan si situ.. Danbo mahu saja terbang sekali bersama daun kering yang sudah xbermaya itu. Baginya tiada guna dia hidup di bumi Allah swt ini sekiranya hidupnya tiada jalan yang ingin dituju. tiada pedoman.. tiada niat yang suci.. tiada iman.. tiada kekuatan.. tiada kasih sayang..


Danbo bermonolog dalam diri supaya hatinya tabah dalam menghadapi dugaan yang diterimanya kali ini. Memang sukar.. danbo xpernah terima dugaan sebesar ni.. Pernah suatu hari tu.. danbo hilang punca apabila terlampau memikirkan perkara yang berlaku terhadap dirinya itu.. Sehinggakan dia hilang semangat untuk terus hidup.. Mahu saja dia berhenti di tengah jalan raya yang sibuk itu.. biar berkecai semua.. biar langsai semua masalah.. biar semuanya berakhir.. dan yang tinggal hanya titisan terakhir dalam menghadapi keperitan dalam menghadapi kematian..


Tapi..


Niat danbo itu dihalang keras oleh iman yang masih sebati dalam dirinya..Bait-bait 'Astafirullahal'azim' kedengaran dari mulut kecil danbo.. Ya Allah! apa yang aku buat ni.. aku xsedar Ya Allah!.. Aku bersyukur kerana kau buat aku tersedar dari rayuan syaitan laknatullah itu tadi.. ucap danbo dalam hatinya..

flower,flowers,white,sakura,beautiful,plant,nature,Japan,

Danbo sepi seketika.. memikirkan apa yang hendak dilakukan.. danbo pernah terniat untuk meminta pertolongan orang lain tapi danbo  tak boleh.. xboleh nak cerita kat sesiapa.. danbo takut.. takut sangat.. takut apa pandangan orang lain nanti.. jadi danbo biarkan perkara itu dijadikan rahsia.. biar dia dan Allah swt jea yang tahu.. Danbo tahu dia kena kuat untuk menghadapi perkara ini kalau tidak.. perkara yang bodoh akan dijadikan jalan penyelesaian.. jadi danbo..



Sucikan hati dari benda yang kotor.. bersihkan jiwa.. tenangkan fikiran.. buang semua masalah dalam diri.. tekadkan niat dalam diri balik.. dan danbo mesti ikut arus perjalanan melalui pentunjuk yang diberikan oleh Allah swt. danbo tahu.. Allah xpernah tinggalkan dirinya keseorangan walaupun danbo pernah kejam kepadanya.. sebab Allah itu Maha Pemurah,Maha penyayang. Maha Pengampun...Allah sentiasa ada dengan diri ini.. Percayalah.. Bisik hati naluri danbo..


Yea! Dalam hidup kita ini xpernah lepas dari dugaan yang diberi.. dalam banyak-banyak dugaan ada satu dugaan yang paling besar dalam hidup. Dugaan yang boleh membuatkan diri kita yang sebenar jauh ditinggalkan.. Dugaan yang boleh melemahkan iman.. Dugaan yang menyebabkan kita berkorban untuk menghadapinya.. bukan kecil tapi besar.. hanya yang terpilih sahaja yang dapat menghadapinya dengan tenang dan tidak lari dari hukum Allah.


Jadi danbo ingin menjadi insan terpilih itu.. selagi danbo bernyawa.. selagi nafas boleh dihembus dengan baik danbo tidak akan berputus asa.. danbo kena kuat.. danbo tahu yang diri danbo boleh. danbo yakin dengan diri danbo ini.. danbo tidak akan sesekali menyesal dengan tindakan danbo yang sebelum ini sebab dari tindakan itulah yang menyebabkan danbo menjadi danbo yang sekarang.. danbo bersyukur dengan apa yang Allah catatkan dalam perjalanan hidup danbo sebelum ini dan yang akan datang..danbo tidak akan pernah menyesal lagi..  dan danbo janji Ya Allah.  yang danbo akan redha dengan setiap ketetapan yang tuhan berikan.. sebab hanya dia sajalah yang berhak keatas diri danbo.



Jadi disini danbo nak ambil sedikit ruang.. nak nasihatkan kepada kawan-kawan seperjuangan danbo 'Janganlah berputus asa dalam hidup ini' sebab kita pasti boleh..Sila hayati bait-bait terjemahan di bawah


''Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupanya.Ia mendapat pahala yang diusahakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya.(Mereka berdoa) 'Ya Tuhan kami.janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana yang Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.Beri kemaafan kepada kami , ampuni kami dan rahmatilah kami.Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami ''
AL-Baqarah ayat 286


8 comments:

  1. alhamdulillah... lebih 100 patah perkataan, tapi pengisian yang sangat menarik!

    jangan sesekali berputus asa dengan ujian hidup! Allah sentiasa ada... thanks korie~ :)

    ReplyDelete
  2. waahh.. panjangnya,, tapi menarik sangat..
    thanks...
    and kreatipnya...^^,

    ReplyDelete
  3. wow.. sangat menarik la entry ni.. banyak sangat pengajaran.. nice dear :)

    ReplyDelete
  4. sangat menarik pengisiannya.... =D

    ReplyDelete
  5. @Sunah Sakura
    Thank sis sunnah.. kbetulan ada idea nk menaip smlam~

    ReplyDelete
  6. @cik pulau Tq. ahh thank jugak sbb follow korie ;}

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !