"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Monday, May 4, 2009

3 Petua Mudah Ingat Apa-apa yang Dibaca


MEMBACA dan mengingat ialah dua perkara yang berbeza. Jika anda seronok membaca sesuatu, belum tentu anda dapat ingat semua fakta yang terkandung di dalamnya. Kebanyakan pelajar yang saya temui mengeluh dan merungut kerana mereka mudah lupa apa-apa yang mereka baca. Kata mereka, otak mereka lemah dan memori mereka tidak hebat kerana senang benar lupa apa-apa yang mereka baca.

Berita baik untuk anda, lupa apa-apa yang dibaca ialah NORMAL! Semua pelajar begitu. Kebanyakan pelajar cemerlang juga lupa apa-apa yang mereka baca. Yang membezakan pelajar biasa dan cemerlang ialah pelajar cemerlang ada beberapa tip dan teknik untuk lebih mudah ingat apa-apa yang mereka baca. Jadi, mari kita bincangkan tiga petua muda

Petua 1 – Baca Berpandukan Soalan

Semasa membaca, kebanyakan minda pelajar khayal dan kosong. Mereka tidak tahu apa-apa yang mereka sedang baca. Jadi minda mereka tidak dapat menangkap dengan jelas apakah sebenarnya yang sedang dibaca? Jadi, sebelum membaca lakukan dua langkah ini: Tanya diri sendiri dua soalan,

“Kenapa aku baca bahan bacaan ini?” dan “Apa yang aku nak cari dalam bahan bacaan ini?” Jika anda sedang membaca buku teks, baca dahulu soalan-soalan yang disediakan di bahagian akhir sesuatu bab. Lebih baik lagi, letakkan soalan-soalan tersebut di sebelah anda semasa membaca. Anda boleh lakukan ini dengan menyalin soalan itu dahulu atau membuat salinan fotokopi terlebih dahulu. Apabila anda menyoal diri sendiri, minda anda akan aktif berfikir.

Anda akan jadi lebih peka dan sedar apa-apa yang sedang anda baca. Hal ini sama seperti orang yang sedang memasuki pasar raya. Orang yang masuk ke pasar raya tanpa mengetahui apa barang yang hendak dibeli selalunya akan mundar-mandir dan berjalan ke sana ke sini tanpa tujuan. Mereka akan mengambil masa yang lama di dalam pasar raya kerana tidak tahu apa yang hendak dibeli? Akhirnya mereka pulang dengan membawa sesuatu yang mereka tidak perlukan.

Hal ini berbeza dengan orang yang sudah tahu apa-apa yang hendak dicari. Mereka terus menuju ke tempat barangan yang hendak dibeli dan mengambil barang tersebut. Hasilnya, mereka boleh pulang dengan pantas dan pulang dengan barang-barang yang benarbenar diperlukan.

Jadi, semasa membaca, sentiasa soal diri anda – apa yang anda hendak cari sebenarnya? Jika soal begini, anda akan lebih mudah ingat dan lebih mudah faham apa-apa yang sedang anda baca.

Petua 2 – Bayangkan apa-apa yang anda baca

Yang mana lebih mudah ingat, tulisan atau gambar? Sudah tentu gambar bukan? Sama seperti membaca. Apa-apa yang dibaca sukar dihafal kerana pelajar asyik melihat kepada tulisan-tulisan yang sedang dibaca. Supaya mudah ingat, bayangkan dengan jelas apa-apa sahaja yang sedang anda baca. Sebagai contoh, cuba baca beberapa ayat ini:

“Hana berjalan kaki dengan perlahan menuju ke sekolah. Apabila tiba di sebuah selekoh jalan raya, Hana terlihat seekor kucing berwarna putih. Bulu kucing itu agak tebal dan gebu. Hanya tersenyum. Dia menghampiri kucing tersebut. Kucing itu tiba-tiba menegakkan badannya sambil merenung ke arah Hana. Kucing itu berbunyi, “Hai...!” Bolehkah anda bayangkan dengan jelas cerita ini? Saya percaya anda boleh. Jika anda boleh bayangkan apa-apa yang anda baca dengan jelas, anda juga akan mudah ingat apa-apa yang anda baca. Jadi, setiap kali anda baca sesuatu, gambarkan dengan jelas di dalam minda. gambarkan seolah-olah anda sedang menonton tayangan gambar kerana minda kita mudah ingat sesuatu dalam bentuk cerita.

Perhatikan perkataan-perkataan yang menerangkan tenang sifat seperti besar, kecil, putih, biru, luas, panjang, dan sebagainya. Hal ini boleh membantu anda menggambarkan sesuatu yang dibaca dengan jelas.

Ketahui dengan lebih lanjut Petua Mudah Ingat dalam Fokus SPM Mac 2009.

No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !