"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Showing posts with label Cara Studi Paling Berkesan. Show all posts
Showing posts with label Cara Studi Paling Berkesan. Show all posts

Tuesday, March 26, 2013

Guna bomoh ketika exam


Sua suweeii ,


Sila nyatakan jenis shock yg dialami oleh Miss Korie? (2 markah)
jawapan :

korie tersangat shock dengan exam formatif (Profesional Practice) , soalan thyrotoxicosis kuar . soalan osteomyelitis kuar .. lupa nak baca topik tu ~ oh men -_-' nak mintak tolong bomoh bisikan jawapan pun xdapat , kuasa yang menjaga dewan exam sangat kuat walaupun sedikit lucah -_-' .


Hanya boleh yakin dengan jawapan yang diberikan untuk soalan Bronchial Asthma dan Congestive Cardiac Failure itupun jenuh korie mengasah pisau untuk mengeluarkan otak beku ni untuk tulis jawapan dengan masa yang diberi cukup-cukup sahaja .



Well , aku baru je habis jawab exam semi-final tadi . semalam dan hari ni . ada 3 paper .
1) Emergency in Nursing
2) Profesional development
3) Profesional Practices


Tadi last paper Profesional practice . memang killer paper subjek ni. combination antara medical dan surgical . jenuh aku mengarang jawapan esei selama 2 jam . Kesejukkan aircond dalam dewan peperiksaan sangat x memberi perangsang unt aku jawab exam. terpaksa tahan sejuk -_- ' .nak kencing pun takut sebab takut xsempat jawab soalan . grr, xpasal2 nanti aku dpt urine retension.


btw, overall aku juz nak cakap oklaa. aku menjawab semua soalan sampai nak terkeluar otak , nasib xda pintu je kat skull ni kalau x dah lama otak aku keluar semata-mata nak jawab soalan ni semua .kan# sebenarnya sebelum exam ni aku xsempat pun nak  studi semua buku nota dari sem2 -sem6 tu, aku hanya studi question&answer bagi setiap topik. so oklah , xdalah kelam kabut sangat nak buka semua nota yang bersepah lagi xterurus tu . teruk# . jangan tiru mcm saya k .


Sebelum nak masuk dewan peperiksaan tu aku kena jalani pemeriksaan imegresen dulu oleh pegawai peperiksaan , takut nanti ada yang bawak dadah secara haram  ,cd lucah bieber dgn selena gomez untuk diseludup dalam asrama berserta  bukti pengenalan diri bersama no matrix . emm ,  xkurang jugak yang membawa bomoh siam untuk dimasuk bersama untuk membantu menjawab soalan ketika exam.  tapi yang pasti semua ini xjadi dekat kolej aku ;) . haha. tp prosedur imegresen tu ada , berserta dengan ic dan no matrix. nak exam , identiti diri mestilah kena ada kan#




Ini adalah hasil question-answer +buku soalan bagi semua topik bagi sem2-sem6 . Itu xtermasuk lagi dengan nota dalam kuliah + buku rujukan medical surgical yang tebal mrngalahkan perut orang obesiti . kalau sertakan semua bahan rujukan untuk studi nascaya aku  rela kahwin lari dekat siam sebab stress .




Perangsang studi aku~ my mom pic , my schoolmate ,my college-mates n bendera malaysia ;) , konon bajet belajar dekat oversea~ puiihhhh!




Board yang penuh dgn kata-kata semangat untuk hadapi exam ! domokun always be with me k  tapi sebenarnya bukan penuh dgn kata2 semangat pun , realitinya korang kena tengok sendirilah dekat bilik aku. hahaha.




My 1st paper ! subjek yang paling aku gemari sepanjang sem !aku suka giler subjek ni tapi suka2 pun mengetar jugak nak jawab paper ni. haha. well biasalah .



Lepas habis jea paper terakhir aku rasa mcm nak menjerit je , tapi over sangat japg . so xjadilah nak jerit , jerit dalam blog jealah eh . huhu . aku rasa 2-3 hari ni otak aku penuh sangat dengan ilmu so nak ringankan sikit dengan  mengupdate blog ni . nak ringankan dengan kentut xsopan jadinya so aku buatlah apa yang patut .




Yang pasti aku dah menjawab semua soalan dengan memberi jawapan yang terbaik berdasarkan usaha aku . Yang penting sekarang tawakal kepada Allah swt je . moga aku lulus dengan baik . Insyaallah . Amin .  Perjuangan aku stil xberakhir lagi , aku still berbaki final exam (sumatif)  + final osce dan exam LJM (Lembaga Jururawat Malaysia) yang akan berakhir pada pertengahan bulan jun nanti .



Junior aku semua still lagi exam untuk esok, lusa dan tulat so just nak wish gudluck lah untk adik2 juniorku ;) . hahaha. nasib koranglah kena jawab banyak paper . aku dah merasai semua pengalaman tu . 


esok sambung berkerja di OT ! 
tengok ibu bersalin secara LSCS lagi ; )



Monday, November 5, 2012

Gudluck for candidates SPM ! Then , u can get MARRIED .



Juz wanna say whassup to all candidate spm yang singgah ke belog korie untuk cari nota + latihan SPM. Yeah, i have a lot of nota dan latihan spm dalam blog ni sebab korie jugak pernah menjalani perjalanan yang sama macam adik-adik yang nak fight for spm esok ! dulu, susah nak cari nota spm dan contoh2x latihan spm dalam blog , dan bila jumpa jea mesti  korie akan simpan dalam blog ni untuk memudahkan kerja diri sendiri supaya xpayah susah cari dekat blog orang lain so that y korang boleh jumpa banyak nota spm dalam blog neh . so nak kata sudah berzaman tinggalkan spm xdalah sangat. juz baru 3 tahun. not still freshie~ but SPM make me what i become now.



Sebenarnya , for adik-adik yang nak exam SPM esok ni , janganlah rasa takut sangat dan ingat! jangan terlalu yakin sangat. Please do not trouble yourself in last hours, minutes , juz feeling2x mcm korang ada di tepi pantai menunggu ketibaan bot untuk pulang. relax + steady + be prepared n then, believe yourself that you can do it. (Ofcource u dah bersedia sepenuhnya, sebab dah 5 tahun u bersekolah ! ) SPM xmakan korang pun cuma kadang2x harapan yang terlalu tinggi daripada sesetengah orang kepada kita yang membebankan kita untuk jawab SPM tapi jangan jadikan itu ALASAN , sebab kita dah tahu pencapaian diri kita setakat mana dan jus prepare untuk jawab soalan dengan baik.



Sebenarnya , kalau adik-adik nak tahu after SPM banyak lagi sebenarnya exam yang very challenging dan penentu masa depan yang perlu adik-adik hadapi so jangan fikir SPM adalah penentu segalanya. Pintu untuk kejayaan sentiasa terbuka di hadapan. lagi korang mara. lagi banyak pintu yang korang akan jumpa nanti. TAPI before that. Pintu yang perlu adik-adik berhadapan sekarang adalah SPM ! juz set ur mind . SPM  adalah kunci segera untuk capai impian masa depan . so kenalah buat sebaik mungkin. buat yang termampu , jangan stress sangat sebab Allah know the best !. yakin padanNya. so




SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2012


Lepas habis SPM , Pakat-pakatlah kahwin yea.;D 
So bolehlah jadi sweet mcm ni , xkisah nak buat apa pun . yang penting. HALAL!
Ingat! ,Kita masih punya jarak selagi belum HALAL





Happy Ending

hope spm korang pun habis dengan happy jugak ;D




#Korie pun tengah final exam untuk semester 5 sebagai student nurse , susah oo.. so jangan ingat soalan biologi paling susah dalam spm. subjek medical dan surgical lagi hebat susahnya ;) tapi setandinglah dengan kursus apa. so pakat2xlah kita pulun studi eh. ;D

(sanggup korbankan masa studi demi nak wish dekat adik-adik yang bakal menduduki SPM esok, so korie harap korang dapat buat yang terbaik k)




Korie ex- candidate spm 2009 . born on 1992 !


Friday, December 16, 2011

SEGMEN | Saya , Blog Pelajar IPTA 2011

Terjah !!

Cek nak masuk jugak lah memandangkan cik lyssa kita ni berasai dari penang.. samalah kita yea ;p
last minit pun jadi lah.. penang hujan r sekarang so tenet semput mcm siput vavi


Korie belajaq dekat Kolej kejururawatan dekat AS.. Nu jauh seberang sana nuh.. tapi dekat situ xda salji turun mcm Amerika syarikat, buah setaq banyak r. lawak? hurm xlawak pown.. :D  Ambik jurusan apa? nama pun kolej kejururawatan xkan nak ambik engineer kot?.. ;p
I'm taking.. Diploma in Nursing, tahun kedua.. oklah, masuk nursing. xdalah rasa menyesal sangat.. baik unt semua kan.. syukur.


Unt hampa yang nak masuk U.. buat pilihan course mana yang hampa nak ambik, xsemestinya kena minat, sebab minat tu kita boleh pupuk nanti kan.. dan x semestinya nanti kalau kita ambik course tu kita akan kerja berdasarkan course yang kita ambik tu sebab everything can change yo..  Yang penting, ada keinginan nak belajar.. itu dah cukup. Chill!



Have fun with your future... 



# Kolej korie totally under Goverment Malaysia
kursus pra perubatan under SPA, kalau korang decide nak mohon spa mcm korie ni ok jugak,  tak payah buat pinjaman ptptn, semuanya ditanggung kerajaan dan bila keluar jea terus kerja dengan kerajaan. tapi kalau nak masuk kena fikir masak-masak dulu k.. tanya diri sendiri dan mak abah dulu yea..


Wednesday, October 12, 2011

Cara Studi Paling Berkesan Walaupun Anda Seorang Pemalas !

Seum Dwa!
Good Morning everobodi.. wake up wake up ! .. alredi late in da mornink dah sayang!.. 

  • Keputusan trial aku xmencapai tahap budak genius lagi.. so aku kena studi lebih sikit unt final exam yang tinggal lagi sebulan lagi... just ibarat mcm ibu mengandung yang tunggu lagi sebulan untuk beranak.. kena prepare elokx2.. perang besar ni.. kolej dah keluarkan jadual waktu prep bagi setiap sem.. prep pagi.. prep petang dan prep malam.. kalau kerja shif pagi... kena pergi prep petang dan malam.. kalau shif petang.. p prep pagi sahaja.. itulah jadual prep paling bagus kat dunia ni!.. menyampah betul aku.. ada prep bagai.. ingat ini sekolah kea.. paksa kiteorang untuk study.. grrr.. aku ckup xsuka kalau masa studi aku orang yang aturkan.. biarlah aku studi bila aku rasa nak studi.. haih.. busybody betul la.. tapi.. betul jugak cara kolej ni.. didik pelajar jadi lebih berdisiplin dan xbuang masa mcm tu jea.. tapi masalahnya..lepas balik kerja penat doh! gila apa nak g turun studi kat kelas.. plus, aku ni pemalas piang!.. jangan harap aku nak turun kelas prep.. no lah!. kalau turun pon.. aku tidur je dlm kelas.. lagi best studi dlm bilik aku sendiri.. xda siapa kacau.. mcm dunia ni aku yang punya!.
Ni buku yang aku kena balut sebagai denda sbb aku lambat hantar buku perpustakaan selama sebulan.. grr.  

Ok.. Aku memang malas nak studi.. tambah-tambah subjek yang tidak diminati.. tapi tetap kena studi kalau nak graduate dengan berjaya.. nak tahu cara aku studi mcm mana?


CARA SI KORIE STUDI YANG DAEBAK!


Sebelum
  1. Cari waktu yang sesuai.. angin sepoi-sepoi bahasa.. roomate xbuat bising.. tiada rancangan yang diminati pada waktu itu.. dan ada niat untuk xnak fail subjek tu.. 
  2. Pastikan semua bahan studi seperti buku rujukan,peralatan tulis,buku latihan,kertas kajang cukup lengkap di atas meja.
  3. Letak botol air yang berisi air mineral or wutever air yang korang suka di atas meja or sudut meja.. plus, sediakan biskut or keropok..
  4. Pastikan anda berada dalam keadaan bersih dan segar.. 
  5. Sila silent henset dan lempaq jauh-jauh kalau xbuat pown xpew.. guna henset untuk set alarm waktu study pun ok gak.. takut nanti studi xhingat dunia dah.. solat kemana.. rancangan tv kemana.. kan.. kiki
  6. Pasang lagu yang diminati untuk pra persediaan untuk naikkan aura studi korang.. dengar lagu yang beri motivasi sikit contoh- Belaian ibu,The climb-miley cyrus.. lagu yang berunsur balad pun ok gak!.. kalau dengar lagu korea yang slow-slow version lagi best!..

Semasa
  • Start dengan bismillah.
  • Baca isi secara menyeluruh di bahagian depan..  pilih tajuk yang penting.. pastikan situasi masih dalam keadaan stabil.. jauhi dari benda yang boleh menganggu anda.. aku akan pakai headphone di telinga.. ala-ala mcm dengar lagu.. sambil tu goyang-goyang sikit kepala.. jadi bila ada orang panggil kita.. kita xpayah menyahut.. buat mcm xdengar jea.. bila orang tu tengok kita.. dia akan cakap.. eh budak ni mesti xdengar aku panggil dia.. buka lagu deras nak mampus.. xpew lah.. nanti jealah aku panggil dia.. padahal aku xbuka lagu pown.. hahaha.. tertipu.
  • Baca nota dalam keadaan excited.. perasaan ingin tahu yang sangat cuak!
  • Beri fokus sepenuhnya.. untuk lebih bagus.. ikut kretiviti sendiri.. kalau aku.. nak fokus dengan sesuatu topik aku akan samakan topik tersebut dengan mamat korea dan cerita korea yang aku minat.. contohnya.. aku studi mengenai penyakit kanser.. aku akan bayangkan artis korea ni ada sakit kanser ini dan apa yang aku perlu lakukan untuk merawat dia.. hehe.. dah aku minat dia mesti aku nak dia sihat kan.. so apa yang perlu aku buat... jadi cara buat aku senang ingat ;]  tapi mudah jugak lupa.. ikut IQ lah yea.
Eunhyuk! my bias~
  • Kalu datang perasaan bosan.. cepat-cepat hilangkan perasaan bosan itu dengan minum air kea.. gigit biskut kea.. sambil tu fikirlah yang..''katalah aku fail disebabkan aku xboleh jawab topik ni masa exam nanti memang rugi ah masa studi aku yang ini ''. ah! aku kena studi jugak! aku nak jadi pelajar genius.. mesti!.. sambil2 tu nyayilah lagu Malaysia boleh!

by ~flowerbanana
Gantung bendera Malaysia kat depan meja studi! kita akan rasa lebih bersemangat. bajet mcm belajar kat luar negara.. tapi berkesan kot!.

  • Boleh hilangkan perasaan bosan dengan ubah posisi dan kedudukan tempat studi.. contoh... dari katil ke meja studi.. .. elak dari ubah posisi dari meja studi ke katil.. ini akan buat korang terus lena dan jadi malas sepenuhnya..
  • Kalau dah 2 jam berterusan aku studi.. dan masih banyak yang perlu studi.. aku akan rehat jap.. buka komputer kea.. online jap.. facebook.. update blog kea.. gelak2 sebentar untuk hilangkan stress.. selalunya masa rehat aku ni akan lebih daripada 1jam dan kurang dari 2 jam.. lepas tu start balik study. baru rasa ringan sikit kepala.. ye dok.
  • Catit point penting di nota anda.. xcatit pun xpew.. tapi anda pasti anda boleh hingat begitu mudah?.. grr.. buat nota secara ringkas dan padat jea.. xpayah keterangan bagai.. itu boleh fikir sendiri..
Ni nota kawan aku.. tiru jea.. pe susah.. tapi buat sendiri lagi bagus la..

  • Studi sambil online pon ok gak.. cari maklumat dari internet.. tapi kena pandai manage la yea.. jangan g blogging dan facebooking plak.. derr.. xpew.. aku xkisah.  janji  pandai manage masa..

Muka budak kelas aku yg stress sebab exam dah dekat.. muka xblah jea.. nu.. aku ada kat belakang sekali.. tidur ..ZzZzZ




Selepas
  1. Lepas habis studi.. buat latihan bagai.. aku akan rasa otak ni penuh jea.. kepala berat jea.. mcm gendong buku medikal surgikal yang besar gedabak tu.. padahal baru habiskan beberapa topik.. dah rasa letih ..jadi sila rehat minda sebentar. ilmu penuh penuh di dada kononya.
  2. Tutup buku.. pastikan tanda bahagian yang belum dibaca dan sudah dibaca..
  3. simpan nota di tempat yang senang dicari..
  4. kemas meja.. 
  5. Pergi buat xtvt fizikal sikit.. berjalan kea.. borak kea.. gayut kea.. untuk hilangkan stress studi tu.
  6. Tengok tv show korea dalam lappy.. Running Man!.. hilang stress.. tapi jangan gelak kuat sangat.. nanti habih ilmu yang kita baru studi tadi.. gelak slow-slow yea. ingat tu! haha.. 
  7. Tidur.. 
Belajar sampai graduate.. nanti dah ada kerja..hidup bahagia.. syukurlah. Aku boleh, anda pun boleh ! jom kita sama-sama berjaya !  Bila dah kahwin.. 'Suami didahulukan.. kerja diutamakan' bereh!


Inilah cara aku studi sepanjang tempoh aku belajar di kolej kejururawatan .. sempoi jea dok.. 


Nota Jjinbbang : Ponteng prep pagi lagi... 

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !