"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Sunday, November 20, 2011

Warkah Untuk Blog..


Salam,
Ini adalah entri terakhir aku untuk bulan ini.. Aku akan datang balik.. ya. pasti !! aku terpaksa tinggalkan blog untuk beberapa hari dan minggu.. alasannya adalah aku dah stop penggunaan broadband aku.. nanti cuti semester bulan 12 baru aku kembali aktif blogging sebab masa tu aku free sepenuhnya ^^  (aku ingat bulan 12 neh nak kahwin larh sebab cuti lama kan? haha!)! STOP! aku gurau bodoh je!  I need to complete my practical at Hospital.. still have 2 week more LOL !  Adoiyaii.. malas dah sebenarnya ni tapi apa kan daya ku.. kena pergi praktikal jugak..  hari ni  kembali ke kolej after 4 day short break dekat rumah !.. Orhh~ bosan ! The college management is killing me inside yoo.. sabar jealah..k got to go!.. stay healthy k! drink water around 2-3 Liter Per day okey! so then, ur lovely body will function effectively! k bye# much love !


by ~sanida

This is my previous entries.. check it out !

# Nabil dan Zira Save The Date 
# Cara Studi Paling Berkesan Walaupun Anda Seorang Pemalas !
# Exklusif : Running Man versi Blog Korie
# Fakta Salah Faham Tentang Menderma Dara
# Leeteuk and Kang sora Wedding Card
# Beza Solat dan Sembahyang
# Cinta Kontrak Menghasilkan 4 Anak Kembar
# Gelak Sakan Bersama Running Man
# Oh! Tergugat Betul Tadi !!
# Resepi Telur Berbentuk L.O.V.E
# Kpop Lover ! Jom Dengar Lagu Melayu .
# We Got Married buat Aku Nak Bercinta Selepas Kahwin
# Sebab Heechul Kena Masuk Army !
# Artis Cantik dari Korea Terpaksa Melayan 30 orang Lelaki
# Khairul Fahmi Che Mat Dituduh Kaki Perempuan
# Buah Apa yang x boleh Dipetik
# Penampakan Hantu dalam Video Klip F(x)
# Proud To Be Indonesia ?
# Kriteria Blog yang Direject
# Kisah Cinta Agung !
# Kami Couple Tapi Islamic Way
# Tutorial Pakai Shawl Up To Date !
# Kampung vs Bandar Mana Lagi Best ?


Saturday, November 19, 2011

Malaysia Layak Ke Peringkat Akhir Sukan Sea 2011 !


MALAYSIA 1

VS

MYANMAR 0

Perlawanan separuh akhir Sukan SEA 2011 antara Malaysia dan Myanmar sedang berlangsung sekarang ! Buka TV3 sekarang !


Perlawanan live Malaysia vs Myanmar boleh disaksikan di Astro Arena 801 dan TV3 jam 5.00pm waktu Malaysia, 19/11/2011 atau boleh juga live streaming Malaysia vs Myanmar melalui twitter dengan hashtag #Malaysia atau #Myanmar atau online live streaming @ RTM live.


Keputusan Terkini : Malaysia-1 Myanmar-0

5.25PM
# Serangan bartalu-talu dari pasukan Myanmar sangat membahayakan!  Grhhh!

5.47PM
#Masa pertama tamat.. keputusan kekal sama

6.00PM
#Separuh masa kedua bermula

.6.48PM
Pemain Malaysia Fakhri berjersi 13 menyumbat gol pada minit ke 85
..
6.50PM
Separuh masa kedua tamat .. 3 minit tambahan diberi !

6.57PM
Malaysia Juara ! dengan mata Malaysia 1 Myanmar 0 (Separuh akhir)



Malaysia layak ke Perlawanan Akhir !


YAHOOOOOOOOOOOOOOO!!!  

CAYALAH HARIMAU MUDA


Khairul Fahmi dikatanya Goalkeeper Indonesia



Kesilapan yang dilakukan akhbar The Sun hari ini. Khairul Fahmi dikatanya goalkeeper Indonesia pada perlawanan  Malaysia menentang Indonesia peringkat akhir kumpulan A (Sukan Sea) pada 17/11/2011 yang lalu.

Aku tahu berita ini daripada fesbuk ! yoo.. agak-agak r nak silap tulis pun.. adoi hai.. dah la Indonesia dan Malaysia xberapa nak kamcing.. #boohs# btw, aku rasa kesilapan ni agak besar jugak r sebab terbitan dari surat khabar.. waduh.. hang buat naya anak orang nih.. shame! shame! kesian..  For the writter open ur eye widely.. read this.. Khairul Fahmi Che Mat is Malaysian Goalkeeper NOT Indonesian Goalkeeper !! Oraight!


# Kesilapan cetak yang mengundang publisiti !


 Nak baca pendapat hangat orang lain mengenai isu ini ----> Oh Media!


Tengah Mencari Headphone Kdrama Ini !!


Mornink !!
aku bangun jea dari tidur terus aku teringatkan headphone yang  dipakai Gil Ra Im (heroin) dalam drama korea secret garden tuh# oish! sebenarny dah lama aku carik headphone yg ada rupe mcm headphone gil ra im.. s.e.d.i.h nya bila xda! dan masa tu memang aku perlukan headphone sangat jadi aku pun beli headphone yg bawah ni---> sebijik tapi yang aku beli bukan jenama nie ark!.. aku beli yang dijual dekat city plaza (underground) harga.. standard kawasan tuh arh.. aku beli yg mcm ni sebab headphone nie ada rupa mcm gil ra im punya headphone so tanpa banyak berfikir bila aku nampak jea headphone ni aku terus beli !

Nie headphone yang aku beli...


Sebenarnya aku nak yang mcm ni----->
Secret Garden

Posted Image

Gil Ra Im used Zumreed ZHP 013 Headphones:



Posted Image

Dah banyak kedai kpop online yang aku terjah dekat facebuk tuh tapi xda jugak headphone mcm gil ra im .. so korang tahu x mana aku boleh dapat headphone neh ? kalau tahu text2 la aku dekat blog or fb aku yea..  aku nak cari yang biasa/local  jea..  sebab tu aku xnak beli product under yesasia.com neh.. it will be very expensive ! so aku xnak membazir just for one headphone.. kalau beli barang yang xberapa berfaedah mcm ni beli yang local sudah la.. tiruan punya.. asal ada rupa mcm yang diguna oleh artis korea cukup ah! tuh yang penting tuh! *wahakk*  bukan apa.. kalau xda pengguna barang ciplak mcm mana ekonomi orang yg jual tu nak jalan? dia pun ada anak bini yang kena tanggung.. so pelanggan mcm aku banyak membantu right?



#untuk pengetahuan korang.. headphone yang aku beli kononya ada rupa mcm headphone gil ra im tuh dah patah.. xsampai seminggu aku beli dah patah.. xguna betul!#  patah sebab aku ni ganaz sikit.. sensitif dengan barang lembik.. so patah la dia.. ;p



Inform aku kalau korang jumpa kedai kpop online yang jual headphone sebijik mcm headphone Gil Ra Im dalan drama Secret Garden




Hum, baru teringat something.. aku ada beli rantai korean drama--> Dream High.. korang dah tengok kea drama tuh? kalau dah tengok comperm kenal rantai ni..

Nielah Dream High Necklace.. aku beli sebijik mcm nie.. nanti nak pakai masa farewell kolej.. wah! xsabar kot.. best3! aku beli online kpop shop dekat fesbuk!.. harga dia .. harga student mampu beli..  korang xberminat?


Oh yeah.. aku memang pengemar cerita korea.. segalanya tentang korea aku suka... termasuk kpop,kdrama, tv show.. so benda yang mcm nie pun aku senang terpengaruh.. * erm3! setiap orang ada minat masing-masing kan.. so ini minat aku.. benda ni yg dapat buat aku hepi so y not aku layan jea.. kan.. bukan senang nak puaskan diri sendiri.. so dah ada kesempatan.. beli jeala ;D


Best bukan?

Bila Gadis Tomboi Youtube Berceloteh !


Hye peeps! dah lewat pagi dah ni.. aku xdapat tidur doh.. so apa lagi.. aku rasa mcm nak menaip so inilah hasilnya.. xtvt aku tadi adalah layan video youtuber dari Malaysia --->Kyopropaganda ! best siok.. aku nak promot kat korang... best gilak ! sampai aku rasa mcm.. nak cakap dekat team diorang eh! boleh x kalau aku join group korang? kyopropaganda.! 


Aku ni dah mcm Stalker dia jea ;p



Ok! cukup.. There something yang lagi menarik aku nak tunjuk kat korang.. sesuatu yang menarik dan aku rasa ramai blogger yang masih xkenal dengan minah youtuber ni.. aku jumpa video dia masa aku layan video kyopropaganda dekat youtube !.. pish# Her name is Tengku Fatin Fadzil if aku xsilap n nickname dia something like ftnfdzl's or fatin.. Video dia sempoi gilak.. sampai aku pun nak jadi separuh gilak bila tengok.. haish xdalah smpai gitu.. Erm nak cakap yang video minah ni best.. minah ni gaya dia mcm kasar like tomboi sikit.. sebab tu aku letak tajuk gitu# Fatin.. klu ko marah aku kata ko tomboi aku xnak mintx maaf yoo.. sebab aku tahu ko xkisah right?.. u know urself well than me.. so if i talk crap.. just let me.. People will judge u sendiri.. ;p

Aku suka semua  video ko.. 1st video yang aku tengok adalah video neh --> ada dara, lu kolot #






1st bila aku dengar , tengok video ko yang ni.. aku rasa 'Oh! yerk! wth she talking bout.. something like annoying jea.. grrr.. ini lelaki ke perempuan.. yeah! itu pandangan pertama aku kat ko.. n then.. after aku habiskan tengok video ko yang ni aku rasa tertarik nak tengok video ko yang lain.. so aku layan video ko yang lain.. n lepas tuh baru aku rasa 'Eh! minah ni menarik jugek!! she talking bout cerita menarik yang dia lalui.. juz like blogger yang submit entri mengenai diari hidup  dalam blog dia.. mcm tue ah.. tapi dia ni versi video.. ok.. pahe dok?.. kalo mu xpahe mu sengap.. toksei bikin muka koya gitu ;D


Minah ni kalau bercakap memang semangat gilerr.. sebab dia bercerita dengan penuh perasaan dan bagi aku cara dia ni memang kena r dengan gaya aku.. that y aku suka video dia.. so fatin.. if u read this.. let be friend yo!.. teruskan buat video k.. kalau ada stalker kea yg kacau ko.. ko cakap kat aku.. nanti aku panggil geng2 KL hamster untuk backup ko.. kekekeh.. weys.. aku gurau jea.. ;D.. 


# dia xcantik.. dia xhensem.. dia special dengan cara dia sendir# bhai! ko kena bayar aku ni.. aku puji ko kot! 



 ~ korie

Friday, November 18, 2011

Jom Kenal Top 10 Malaysian Youtubers !




P/s : Aku dah letakkan link official youtube channel setiap youtubers di atas..

Mat lutfhi berada di tangga keatas berbanding youtubers yang lain.. Tahniah matlutfhi.. aku akan sentiasa menyokong video kau...  apa yang menarik dalam video ko adalah gaya bahasa utaqa ko memang asli! memang kedah bangga r dapat rakyat mcm kau.. Setiap video ada input yang boleh aku ambik.. dan muka yang agak comey mengalahkan gadis korea yang xbley blah tu kan# wohoo! aku xcakap.. aku juz taip jea..  dan  ada jugak orang cakap muka kau mcm Eunhyuk -Super Junior..  haish! eunhyuk tu jgn memain k.. dia bias kpop lover tuh.. nak kata ada rupa mcm kau ada la sikit.. mirip la jugak.. aku kasi 30% mirip mcm kau.. ;D  pepun.. sekali lagi. video ko memang sangat kelakar dan xmenyesal aku download semua video ko weys.. teruskan buat video k ;p


Eunhyuk-Super Junior

Vs

Matlutfhi


#Sudah.. tinggalkan cerita Matlutfhi.. nanti xtidur malam plak aku.. tersebut-sebut nama dia dalam mimpi.. adus! kantoi dengan adik aku.. kang naya aku kena bahan esok pagi dengan budak kecik tu.. so stop it!..  Selain Matlutfi.. aku layan Anuar Hadi! sebenanya aku kenal anuar dulu sebelum Matlutfhi.. yeah! suka dengar Anuar speakenggg bi.. memang fluent arh! dan selepas itu baru aku kenal Maria Elena.. Maria seorang gadis youtube yang sangat happening! she love to laugh, she master in making weird face! n she stailo too! ..

#

Tidak ketinggalaan jugak dengan Kyopropaganda! aku baru layan diorang ni.. budak-budak Uitm yang kreatif dan berbakat dalam pembikinan humor dalam video..  video diorang lebih kepada parody (buat aksi yg sama seperti dalam sesebuahdrama/filem)

kyopropaganda !

Nota Jjinbbang : Propaganda.. apa kata korang buat parody drama korea! Oits.. comperm ramai lagi gegirl subscribed korang dalam youtube ;D

Header Blog ni Serius Smart !




Haiya.. bosan sungguh bila seharian mengadap lappy .. internet agak slow sebab aku tengah download ep. Running Man# Mat lutfhi ada upload video baru.. video sengal dia kali ni adalah rokok dan kopiah <---- klik lah klu nak nengok..#best* best*  then, aku blogging.. buka blog kekawan lama.. dan aku terbuka blog ni.. Blog mengenai info bola sepak Malaysia..kononnya nak baca psl info game semalam larh..  perhh! bila terbuka jea blog dia.. aku nampak header dia# bulat mata aku#  smart doh! bila agaknyer dia tukar header baru ni.. sebab b4 ni header dia lain.. btw.. ini kali pertama aku teruja bila tengok header blog orang.. smart! Catitan entri blog ni pun best! so apa lagi. datanglah terjah blog beliau.. come.. come..






 Aku belajar ayat baru dari blog ni.. indogs! nak tahu apa maksud dia.. sila layari blog beliau yoo..



Nota Jjinbbang : Demam Harimau Malaya...

Jadual Harimau Muda di Sukan Sea ke-26 2011

Jadual Perlawanan Skuad Bola Sepak Sukan Sea ke-26 2011
Jadual Perlawanan Skuad Bola Sepak Sukan Sea ke-26 2011

Setelah pasukan Malaysia menjuarai kumpulan A dengan mengalahkan Skuad Indonesia semalam dengat mata Malaysia 1 Indonesia 0. Skuad Harimau muda akan terus mara ke pusingan separuh akhir .. Skuad Harimau Malaya akan bertemu dengan Naib Juara  Kumpulan B iaitu Myanmar pada 19 November 2011 4pm di Stadium Gelora Bung Karno.

So.. aku memang xsabar nak tengok ni! semangat terus membara.. Skuad Harimau Malaya  go go !!
Serlahkan semangatmu! I always support tigers!



Senarai Pemain Skuad Harimau Muda pada perlawanan Malaysia vs Indonesia (17/11/2011)

Malaysia 1-0 Indonesia

Penjaring Gol: 18 Syahrul Azwari Ibrahim (17')
1 Khairul Fahmi Che Mat, 2 Mahali Jasuli, 4 Mohamad Fadhli Mohd Shas, 6 Asraruddin Putra Omar, 7 Mohd Irfan Fazail (11 Gurusamy Govandar Kandasamy 59' ), 10 Baddrol Bakhtiar, 14 Izzaq Faris Ramlan, 17 Mohamad Fandi Othman, 19 Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (18 Syahrul Azwari Ibrahim 14'), 21 Muhd Nazmi Faiz Mansor (13 Ahmad Fakri Saarani 79'), 24 Mohamad Muslim Ahmad

Simpanan: 3 Mohd Zubir Mohd Azmi, 8 Abdul Shukur Jusoh, 9 Thamil Arasu Ambumamee,  11 Gurusamy Govandar Kandasamy, 13 Ahmad Fakri Saarani, 15 Mohammad Amer Saidin, 18 Syahrul Azwari Ibrahim, 20 Mohd Izham Tarmizi, 28 Yong Kuong Yong

Senarai Akhir 20 pemain ke Sukan SEA 2011
Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Izham Tarmizi Roslan

Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohammad Fadhli Mohd Shas, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Asraruddin Putra Omar, Muhammad Amer Saidin, Mohammad Muslim Ahmad, Mohamad Fandi Othman.

Tengah: Mohd Irfan Bin Fazail, Mohammad Nazmi Faiz Mansor, Gurusamy Govandar Kandasamy, Baddrol Bakhtiar, Yong Kuan Yong, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Abdul Shukor Jusoh.

Penyerang: Thamil Arasu A/L Ambumamee, Ahmad Fakri Saarani, Syahrul Azwari Ibrahim, Izzaq Farris Ramlan.

Digugurkan : Muhammad Zamir Selamat, Mohammad Aziz Ismail, Muhammad Syazwan Tajuddin, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat, Mohd Izuan Solahudin dan Ruben Thayaparan Kathrilla

Nota:
Wan Zack Haikal Wan Noor (buku lali/ankle) dan Gary Steven Robbart (hamstring) digugurkan akibat kecederaan

Muhd Nazmi Faiz dipanggil dari tugas AFC U19 di Vietnam sebagai langkah persediaan akibat kecederaan Gary. dan tiba di Kuala Lumpur November 2, 2011

Baddrol Bakhtiar dilantik sebagai ketua pasukan dan Khairul Fahmi Che Mat sebagai penolong ketua pasukan.

Baddrol Bakhtiar, K. Gurusamy, Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Ahmad Fakri Saarani adalah pemain pemenang pingat emas Skuad Sukan SEA 2009.



Thursday, November 17, 2011

Hitam Kuning, Hitam Kuning, Go Tigers... !!!





Salam, pembukaan yang penuh semangat.. Tahniah ke atas team Harimau Malaya bawah 23 tahun atas kemenangan di antara Perlawanan akhir kumpulan A  menentang Indonesia dengan keputusan penuh Malaysia 1 Indonesia 0 sempena Sukan SEA di Stadium Bung Karno,Jakarta baru-baru tadi. Shahrul Azwari berjersi Hitam Kuning No.18 berjaya menyumbat gol pada minit ke-17! Keputusan 1-0 kekal sehingga ke 5 Minit masa tambahan ! jadi dengan ini.. Malaysia dinobatkan sebagai juara kumpulan A dan akan menentang Myanmar pada perlawanan separuh akhir .


Memang best r perlawanan kali ni.. aku tonton dekat tv3 jea.. start game sekitar pukul 8.10pm tadi.. Agak mengecewakan sebab dalam stadium full penuh dengan penyokong pasukan garuda berwarna merah (Indonesia).. Baju biru dan kuning xda pulak difokus pada kamera.. rupa dah mcm penyokong Liverpool jea aku tengok.. hurm xkata jugak r.. sebab game ni dibuat di Indonesia.. memang patut la.. Pepun semangat yang ditunjukan oleh pemain harimau malaya memang terbaik.. kalau nak ikutkan team My malam ni boleh pungut lebih dari 1 Gol sebab team kita dapat mengawal bola dengan baik cuma xberjaya untuk menyumbat gol kedua ! asakan demi asakan dari pasukan lawan pada masa kedua sangat membuatkan aku cukup berdebar tadi.. grrrr..  


#Khairul Fahmi Che Mat (Mr.Kfc) -penjaga gol Malaysia tergelincir semasa menyepak bola buat aku tergelak sebentar.. hehe# sori kfc.. aku gelak bukan apa.. cara ko jatuh tu buat aku nak ketawa sikit.. tapi dalam masa yang sama bila ko jatuh tu semua orang rasa berdebar.. takut ko xdapat bangun dan goal keeper ditukar... ah! kacau r kalau ko cedera.. nasib baik ko dapat maintain balik.. Kfcm dan pemain Malaysia yang lain.. semangat korang memang tinggi ah! cayalah..  go go tigers!


#Masa separuh masa kedua. pemain Indonesia beraksi agak agresif.. giler ah.. dalam masa 5 minit dua kad kuning diberi kepada pemain Indonesia.. grrr.. xpasal2 Ong Kim Swee (Jurulatih MY) kena keluar dari keluar padang sebab bertindak Agresif menegur pemain Indonesia yang bermain agak kasar sehingga mencederakan beberapa pemain MY.. Owh.. mcm tu pun kena keluar padang.. ah! habis kalau penonton suluh lampu lazer dekat pemain.. kenapa xsuruh semua penonton keluar dari stadium?.. erk# contoh la kan.. erm.. btw, banyak kad kuning yg dilemparkan pada pemain Indonesia dan Malaysia pada game kali ni.. 


Nota Jjinbbang :
 Menjerit kegembiraan aku tadi! fuhh. best dapat tonton dekat rumah berbanding di kolej!

I'm Back! Kisah Aigo Seorang Blogger #

 
Salam, Ok.. IM BACK#!
yeah.. finally.. hari ni muncul jua.. dah masuk  3 minggu aku x update xtvt seharian.. 
sebab?... modem broadband aku rosak.. connection full tapi modem xboleh pakai.. ah! xguna betul .. ok aku cakap kasar# sebab memang aku geram smp rasa nak lempaq jea.. ah.. peduli apa aku.. janji aku puas.. but at last aku jugak yang kutip bb tu balik.. kenapa plak?.. sebab aku dah terlalu cinta dekat kau bb.. so please la jangan buat hal... SHY! (saranghaeyo)

orang tanya aku.. kenapa x p repair or beli modem baru?

sebab final exam dah dekat.. so aku tahan jea diri aku dari tergoda dengan godaan syaitan untuk repair modem ni.. dan akhirnya aku berjaya.. selama 3 minggu xbuka


Beast-Dreaming


So.. dah 3 minggu xhupdate.. sangat banyak benda nak dicoretkan dalam ni.. nak dishare.. nak dikritik .. mcm biasa.. kita mulakan dengan bismillah.. jom semak gambar yang aku upload..


Report.. Usha dengan mata bukan dengan hati yo#



26/10/2011
  •  Bufday Sys Yan dan Angry Bird
Ini tarikh aku cuti.. 25/10/11 -->hari bufday sys yan.. #sys yan yang pakai tudung hijau tua dibawah^^ .. kiteorang dah kenakan sys yan kat bilik dia semalam.. mula-mula kiteorang rancang nak campak telur, air , tepung dekat dia tapi xjadi.. sebab faktor individu dan asrama* so kiteorang juz lumurkan bedak dekat 1 badan dia pukul 12 malam tadi.. hoho.. riuh kot semalam.. then, baru kasi hadiah.. kasi kat dia patung Angry Bird (Red) yang perasan pofular tuh.. #Sehari selepas bufday 26/11/2011 aku and da gang g outing tempat biasa dekat AS. Mana lagi kalau bukan City Plaza yo.. kot situ jea muka aku kalau hampa nak jumpa.. dekat CP banyak barang electronik jea.. tapi itu yang best tuh!. so jom serang gambar  yang aku pulun duk ambik..#

Dari kiri pembaca ---> Yana, Sys Yan,Ewa, Aku dan Nisa . Gewe Ewa yang snap gambar ni.. thank Feudhail!

Wacha! aku xtahu mendaalah ni.. dari rupa pemerhatian aku...sejenis public phone yang boleh tambah nilai kredit celcom, maxis dan sebagainya... hoho.. perak jap.
Ok.. Ini rantai yang tengah femez.. aku tengok ramai jugek blogger kaki shawl yang pakai rantai ni dan tempek dalam muka entri diorang.. # tertarik nak beli yang mata putih tu...  1st time aku jumpa rantai ni dekat CP.. Sebelum ni xda tau.. (cp lambat update) sebab dah lama aku cari.. # tapi sekarang femez lagi ke rantai antu bird ni?
Singgah Pekan rabu.. Makan jap.. lapaq wei.

Ini depan Pekan Rabu,Alor Setar.. sapa yang belum sampai sini lagi.. buka mata luas-luas yea.. Nie la tempat ambik transport untuk balik ke kolej.. teksi ataupun bas.. terserah..  dekat sini korang jangan lintas sesuka hati jea.. nanti kena saman.. kalau nak lintas guna jejambat.. aku ambik gambar kat atas jejambat.. #jgn risau.. jejambat dia canggih.. so better guna jejambat dari kena saman.. ok!
29/10/2011
  •  Merempit Ke Muzium Padi, Alor Setar
Aku keluar dengan basirah.. kawan sekolah aku dulu.. dah lama xmerempit naik moto bila masuk kolej.. #kolej xbenarkan student bawak transport ke kolej.. ah.. mcm bodo jea.. so transport kiteorang kalau nak keluar hanya teksi dan bas jeala.. guna pengangkutan awam.. maybe nak tingkatkan ekonomi pengangkutan awam.. # pirahhhh~!  ok! basirah bawak moto baru dia.. ambik aku kat kolej... kiteorang plan nak pergi Muzium Padi hari ni sebab ada karnival "Jom P Muzium Padi" .. Aku yang bawak.. perhhh! lepas rindu nak tongeng moto.. lama dah xbalik rumah.. sembang xguna gak.. bek layan gambar kat bawah...

Kedah terkenal dengan jelapang padi yang kehijauan... memang sangat teruja tengok jelapang padi ni.. cun kot! susunan pun cun! cuma orang yg ambik gambar ni jea kureng sikit cun.. kahkah.

Dalam Muzium Padi..  ada gaya x mcm orang dulu-dulu?.. # sangat gagal! hum tema farewell kolej aku kali ni adalah tradisinol.. hum.. bolehla aku balas baju kat sebelah aku ni.. # boleh x?

haha.. comot x aku?..  bestx# so much fun dekat dalam muzium padi kalau nak ambik gambar..

6/11/2011
  •  Bajet Raya Haji di Perantauan
 Hari Raya Haji.. aku beraya dekat kolej jea.. #sedis! xdibenarkan balik rumah walupun dapat cuti sebab tulat kiteorang final exam.. ah! exam.. exam la.. biar la kiteorang balik.. ah! menyampah betul aku.. sabar jea.. Ini adalah kali pertama aku xberaya bersama keluarga.. so gambar agak slow sikit sebab jiwa KACAU#

Pukul 7 am bas kolej bawak kiteorang ke masjid berdekatan.. Masjid Al Bukhary.. untuk sembahyang raya.. Masjid ni memang indah sangat! kagum aku.

Depan Masjid... tengok.. pagi pun xcerah lagi.. sebab awal lagi.. seawal pukul 7am kiteorang gerak ke masjid..
Ah! suka gambar ni.. Masjid ni sangat cantik.. nanti aku kahwin.. aku nak bergambar kat sini#
Hari Raya Haji : Hari Kedua
Kiteorang sesama sendiri plan nak g beraya dekat rumah bekas patient.. memang dah jadi ni.. pagi seawal pukul 10am semua dah bersiap pakai baju kurung.. kuantiti dalam 20 orang lebih.. tapi hari raya xsemuanya indah kan.. masa  semua nak keluar dari pintu kolej..  kena sekat dengan Puan L! dia nasihat jangan keluar hari ni.. sebab lusa dah nak exam.. jadi dia agak bising r.. sepatutunya hari ni student semua study jea dalam bilik.. kenapa ada jugak yang nak outing.. fuhh! bising# disebabkan itu separuh dari yang pergi tu cancel nak pergi.. tinggal segroup lagi termasuk aku... kiteorang berdegil pergi jugak! ah! peduli apa aku.. bukan lama pun.. kejap jea.. nak g makan-makan jea.. lagipun hari ni kafe kat kolej bukan buka#.. sama jelah konsep kalau stay dekat hostel pun.. tetap kena cari makan kat luar.. ah! haru betui.. plan tetap plan.. so aku pergi jugak

aku dengan sya..

Yang lain berbaju T-shirt sebab nak kurangkan risiko.. xnak kantoi# aku tetap berdegil..

Bersama keluarga patient ! syafinaz(patient) xd dalam gambar.. busy makan...
# Kisah dia mcm ni. syafinaz ni anak makcik dan pakcik ni.. dia sama umur dengan aku kot. ada hari tu dia  masuk wad sebab sakit.. masa tu kiteorang tengah praktikal.. so memang kenal dia larh.. kenal dengan family dia dekat wad masa diorang datang melawat finaz.. sebab tu dia boleh panggil kiteorang datang beraya kat rumah dia.. # Makcik masak lauk banyak sangat sebab dia prepare untuk 20 org lebih.. nasib baik berbaki 10 org yang pergi.. kalau x.. kesian makcik.. btw! masakan dia sangat sedap! ah.. dapat jugak aku makan ketupat.. rendang,dan lauk hari raya yang sgt2 sedap.. #xsempat makan gear box sebab dah habis# grrr.. nanti nak carilah.. sebab teringin nak rasa gear box.. aku xtahu benda tu apa selama ni.. grrr..
*gear box tu sejenis isi dalam tulang lembu# hari ni memang best! perut penuh sampai ke malam.. nak studi pun rajin sebab perut dah diisi.. hoho.. Terima kasih MakCik diatas makananya dan hantar kami balik ke kolej hari tu !


8/11/2011
  •  #SaengchuukaHamnidaaaa! 19 tahun !
My Birhday! sehari sebelum exam.. semua sibuk studi.. tapi aku tetap kena booom* dengan kekawan baik aku.. ah! penuh bilik dengan bedak.. I Got patung Domokun yang comel ini!.. wah!. ada jugak patung kat katil aku akhirnya.. #sebab aku bukan pengemar patung#  but as a gift xpew.. dapat pulak si Domokun! oh lagi lak aku hepi. memang dah lama jatuh cinta sama Mr.domokun ni.. Thank yo! ada banyak gambar bufday yang menarik nak tunjuk tapi sensored! cannot!.. k..





9/11/2011 - 14/11/2011
  •  Final Exam
Final Exam semua semua Sem student Nurse!
Konklusi selepas jawab exam sebagai student tahun dua semester 1 (sem 3)

Padietric Nursing : OK sebab xbanyak songeh.. baca jea nota comperm boleh pas

Medical : Xda soalan yang tinggal kosong.. semua telah dijawab dengan penuh fokus.. 

Surgical : xberapa faham soalan tapi berjaya jawab.. ok lah

Obstetric Nursing : Nota yang paling aku banyak baca.. agak terkilan sebab abortion xmasuk tapi oklah.. 

Gynaecology : Boleh lah.. banyak cakap pasal breast..

Aku harap semua batch aku lulus.. so kiteorang boleh pergi TAMBUN! Doakan kiteorang yea..


15/11/2011-16/11/2011
  • Back to Practical at the ward
Masuk praktikal balik.. aku masuk wad gynae (sakit puan) . Untuk pertama kali pada sem 3 ni.. Kes pesakit sangat memberi motivasi ke ats diri aku.. jaga kesihatan tu bermula dari sekarang.. jangan jatuh sakit.. Insyaallah.


17/11/2011-20/11/2011
  •  Freedom
Cuti! Here I am! Im so freee...  lepas ni balik praktikal dalam dua minggu lagi n lepas tu terus cuti semester akhir! sebulan cuti! perhh! bahagia hidup..



Nota Jjinbbang :
#Inilah kisah aigo aku.. aigo seorang student yang xdapat online selama 3 minggu.. 


Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !