"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Wednesday, August 17, 2011

Artis cantik dari Korea ini dipaksa melayan 31 orang lelaki



Meski telah dua tahun berlalu, orang ramai masih tertanya-tanya dengan apa yang menjadi penyebab aktris Korea, Jang Ja Yeon, memutuskan mengakhiri hidupnya dengan bunuh diri. Perlahan-lahan penyebab kematian aktris tersebut memang kini mulai terbongkar. Pada 6 March lalu ‘The 8 O’Clock News’ yang ditayangkan SBS mengungkapkan jika selama ini Jang Ja Yeon dipaksa untuk melayani nafsu berahi 31 orang lelaki. Fakta itu terungkap setelah adanya dokumen yang ditulis tangan sendiri oleh Jang Ja Yeon.


Jang Ja Yeon, meninggal dengan tragik gantung diri kerana dijadikan budak seks lelaki

Hal itu ternyata membuat artis cantik ini merasa lelah dan kecewa kerana dijadikan budak seks bagi  orang-orang penting yang memiliki pengaruh di dunia hiburan di negeri Ginseng tersebut. Diyakini hal itulah yang membuat Jang memutuskan untuk mengakhiri hidupnya dengan penuh tragik. Dia seperti sudah tak sanggup lagi menanggung beban hidup yang pahit ini. Apalagi, selama ini, dia juga harus menjalani kehidupan yang berat dan menyedihkan kerana kematian orang tuanya.

Orangtua Jang meninggal dunia kerana kemalangan kereta yang terjadi pada tahun 1999 lalu. Sejak ditinggal orangtuanya, artis yang lahir pada 8 Disember 1982 ini hidup bersama dengan adik dan kakaknya. Jang memang memiliki keinginan yang kuat untuk maju di dunia entertainment. Dia mulai cuba untuk bersaingan di industri hiburan di negaranya.

Dengan berbekal keinginan yang keras, usaha Jang Ja Yeon tak sia-sia. Dia memulakan kariernya sebagai artis dengan membintangi iklan di televisyen. Wajahnya yang cantik membuat dia mendapatkan tawaran untuk membintangi siri drama. Anjakan terbesar dalam kariernya adalah ketika dia mendapatkan peranan di drama ‘Boys Before Flowers’ yang turut dilakonkan Lee Min Ho sebagai watak utama. Drama bersiri yang dibuat berdasarkan cerita dari Jepang ‘Hana Yori Dango’ ini, Jang berperanan sebagai Sunny. Sunny adalah salah satu trio yang selalu memusuhi dan iri dengan heroin didalam siri drama itu.


Setelah itu, artis yang meninggal dunia pada usia 26 tahun ini kembali mendapatkan tawaran untuk membintangi filem.  Jang mendapatkan dua filem sekaligus. Pada hari kematiannya, sebenarnya Jang sedang menunggu dua filemnya yang akan segera dirilis. Dia berlakon untuk filem ‘They Are Coming’ dan ‘Penthouse Elephant’.

Dari tulisan yang dibuatnya sebelum dia bunuh diri diketahui jika kerjasamanya dengan managervartis yang menaungi Jang tidak berjalan dengan betul. Diketahui Jang menghadapi kesulitan ketika merintis kariernya sebagai artis. Managernya diduga telah memanfaatkan dan menuntut Jang untuk melayani para lelaki yang memiliki pengaruh dalam industri hiburan Korea dengan alasan untuk memudahkan kariernya sebagai artis. Dia dipaksa tunduk pada peraturan tersebut.

Sebelum kematiannya, artis ini diketahui menderita tekanan sampai harus mendapatkan rawatan perubatan selama satu tahun. Sebelum ditemukan bunuh diri di biliknya, di rumahnya di kawasan Bundang Seongnam, pada 7 March 2009 lalu, kakaknya mengatakan adiknya itu sempat mengeluh jika dia mengalami stres berat dan ingin mati. Ia mengatakan hal tersebut kepada kakaknya melalui telefon.

Setelah tidak dapat di hubungi, kakaknya memutuskan untuk pulang ke rumah dan menemukan tubuh Jang yang telah tergantung di biliknya.  Kematian Jang dipercaya kerana bunuh diri. Tetapi, catatan yang dibuat Jang membuat polis melakukan penyiasatan di pejabat managernya. Polis menangkap bekas manager Jang, Kim Sung Hoon di Jepun.  Kim Sung Hoon membantahnya. Tetapi polisi tetap menjalani proses penyiasatan. Dan dia dihukum percobaan penjara selama 2 tahun dan harus menjalani kerja kemasyarakatan selama 160 jam. -ruanghati.com






Nota Jjinbbang : susah betul  jadi orang cantik ni


3 comments:

  1. waahh..teringat lagi gaya lakonan die citer BOF.. gedik gile...

    ReplyDelete
  2. ramai artis korea depressed dgn life derang terus commit suicide..pelakon he was gorgeous he was cool pon mati bunuh diri..reason : takde sape yg tahu... maybe..this is one of the factor menyebabikan artis perempua nkorea bunuh diri..tak thn jd hmba seks... kesian

    ReplyDelete
  3. pergh...dasyat beno..
    ksian jadi org camtik ni kan..

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !