"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Friday, May 20, 2011

3 Malam xtidur disebabkan DREAM HIGH fever!


zZzZzZzZz..
Btw.. mood masih ok! aku ingat nak masuk tidur tapi disebabkan time sekarang dah dekat nak masuk maghrib so xjadi lerr.. sebab mak aku cakap xbaik kalau tidur time nak masuk maghrib!.. nanti bangun bley jadi mereng.. hoho. betol kah? kaji sendiri.
Ok.. nak cakap pasal drama Dream High. Korang tahu kea dream high apa? cite omputih kea.. cite siam kea.. cite melayu kea.. cite japanese kea??.. Aaahh.. kalau blur.. mesti korang bukan kdrama mania! ok. Dream high adalah sebuah drama korea yang tengah femes sekarang.. agak la! nak kata femes memang femes pon kalau x aku xbeli cuma kalau nak ikutkan dream high dah habis ditayangkan 2-3 bulan yang lepas dikorea. sekarang drama korea yang tengah streaming di korea adalah 49days dengan manny..  semestinya banyak lagi drama korea yang tengah ditayangkan dekat korea sekarang.. tapi yang memang femes adalah dua yang aku sebut tadi la..untuk maklumat lebih lanjut tengok kat bawah

Currently Airing
The Upcoming Week
Monday-Tuesday (May 16-17)
  • The Duo 29-30 (MBC)
  • Baby-Faced Beauty 5-6 (KBS)
  • Lie To Me 3-4 (SBS)
Wednesday-Thursday (May 18-19)
  • Best Love 5-6 (MBC)
  • Romance Town 3-4 (KBS)
  • 49 Days 19-20 (SBS)
  • Manny 11-12 (tvN)
Saturday-Sunday (May 21-22)
  • All That Glitters 29-30 (MBC)
  • Do You Hear My Heart? 15-16 (MBC)
  • King Geunchogo 57-58 (KBS)
  • Believe In Love 41-42 (KBS)
  • My Love By My Side 5-6 (SBS)
  • New Gisaeng Story 35-36 (SBS)

  • Dah tengok dream high?.. kalau xtengok ag.. cepat-cepat pergi dapatkan dvd drama tersebut dekat kedai terdekat.. dah keluar dah pun dvd dia..so apa tunggu lagi.. kea lagi senang.. cara untuk menjimatkan duit tapi menghabiskan current kat rumah adalah tengok secara online! ok x? hehe.. kalau pakai broadband memang xbley nak bersabar.. asyik mode loading jea memanjang.. sebab tu la aku xsuka tengok video secara online! semput!..
  • Ok aku dah habis tengok drama ni..baru jea beberapa minit yang lepas aku tengok ep.last cite ni so kat sini aku buat review sikit ler.. cerita ni mengisahkan
  • Sebuah kisah anak-anak muda yang bercita-cita ingin menjadi penyayi melalui kehebatan diri masing-masing! Cerita ni memfokuskan kepada 6 orang remaja yang setiap sorang dari mereka berenam mempunyai masalah sendiri!. Disatukan di Kirin Art school iaitu sebuah sekolah seni yang popular di korea. Sekolah ini pernah diduduki oleh artis-artis terkenal di korea sebelum diorang debut.. so diorang 6 orang ini adalah pelapis baru untuk artis yang akan debut setelah berjaya menjalani latihan yang menguji kebijaksanaan  dalam bidang muzik.. Banyak dugaan dan cabaran yang membuatkan diorang jatuh dan atas dasar persahabatan dan kekuatan diri serta bantuan dari cikgu..mereka berjaya bangkit dari kejatuhan tersebut dengan cara masing-masing. Banyak konflik yang berlaku diantara mereka berenam sebelum diorang bersatu menjadi 1 kumpulan di Kirin Art School! Drama ni bukanlah drama romantik yang membuatkan korang tersenyum sorang-sorang! maap yea.. hahah.. tapi ada jugek scene-scene yang sweet! Drama ni lebih memfokuskan kepada 'dream high' Berkeyakinan dalam melakukan sesuatu untuk mencapai apa yang dihajati! jangan berputus asa! Cite ni memang sesuai untuk golongan remaja yang banyak menempuhi cabaran hidup dalam mencapai hajat yang diingini.. Drama ni akan buat korang rasa bersemangat untuk menghadapi hari-hari yang akan datang!..percayalah cakap aku.. so memang rugi kalau xtengok.. best woooo.
  • Aku dalam duduk praktikal di wad pon gagah lagi layan drama ni lepas balik kerja.. aku kerja shif petang so time kerja adalah pukul 2pm-9pm. Aku balik jea dari kerja.. lepas habis semua menda alah rollcall tu semua aku layan drama sampai ke subuh pagi esok.. memang aku xtidur.. lepas subuh baru aku masuk tidur sebab mata dah xdapat nak bertahan dah walaupun aku disajikan taecyon dalam drama ni.. handsome kot!.giler betol! kalau dah start tengok drama korea tu.. memang xbley nak tinggal lama-lama..mestinya nak tengok sehingga tamat!. giler betol aku rasa..
  • dan korang!!..korang mesti tahu ni.. dalam drama dream high ada kemunculan artis terkenal seperti Nickhun-2pm,Baek yong jun,Eunhyuk oppa,Leeteuk!-Super junior. Sekejap jea scene diorang tapi memang best!!


  • Klah korang.. tue jea untuk update hari ni..layan video ni! Ini adalah scene yang paling best!


2 comments:

  1. yeah..dream high...
    like3... mmg best...~

    ReplyDelete
  2. yeah!
    nantikan dream high season 2!
    xsabar kot nak tengok

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !