"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Saturday, October 13, 2012

Pesta Konvokesyen ILKKM 2012 ,KSKB ULU KINTA

Assalamualaikum ,
Annyeong-haeseyoo chingu -n a!

Mood petang ni mcm suam-suam basah lagi , rasanya baru tadi aku menjejakan kaki di Kolej Sains Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta (KSKB SAS,ULU KINTA) . Kolejnya 5x besar daripada kolej aku dan student kat situ aku rasa 10x ramai dari kolej aku, so memang hebat ! rasanya kolej kskb ni sebesar  Universiti tempatan -__- , Ini adalah kali pertama aku datang sini under MBIL demi nak celebrate ex-senior  pada  hari perasmian konvokesyen Insitusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) pada 12/10/12 (semalam) . Semalam, bertolak dari kolej aku pukul 6.15am dan sampai KSKB pada pukul 10.30am ,lama jugak ah duduk dalam bas kolej tu, sampaikan aku mengigau pergi United Kigdom padahal juz nak pergi U.K (Ulu kinta) jea.



Ini adalah wakil MBIL (Majlis bersama institusi latihan) yang mewakili pelajar kolej aku  untuk menyertai pesta konvekesyen untuk majlis perasmian yang diadakan semalam iaitu bersamaan 12/10/2012


Depan hall kskb sas ; )

Dalam Auditorium KSKB SAS dimana tempat penyampaian sijil diploma untuk konvekesyen dijalankan. berlaku full reherseal dari pagi hingga tengahari 12/10/12.



Tau x masa ni aku rasa apa? aku rasa macam xsabar sangat nak konvo ! sangat-sangat xsabar. Nanti time aku konvo akan dibuat dekat sini jugak untuk seluruh Malaysia kecuali pelajar dari sabah,sarawak.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     


all of us, aku xfaham kenapa aku tersengeh mcm tu??? -___-

Pernah x bila tgok seseorang tu kita rasa mcm dah kenal lama,  try nak ingat siapa tp xdapat nak ingat. dah tu, korang asyik nak tengok muka dia lama-lama jea sebab nak try ingat siapa dia. tp akhirnya xdapat ingat. nak try g tanya dia tapi malu dan xberpeluang.. grrr ;'(.  Itulah yang berlaku kat aku semalam ;'(. kuat aku rasa yang aku akan jumpa dia balik suatu hari nanti. Insyaallah.

Ada x siapa2 yang kenal dia kat sini?
Diorang ini adalah students koir untuk konvokesyen . masa ni diorang buat rehearseal dan kedudukan tempat memang xkan berubah.


Arhh, memang aku xda keja lain

Banner kolej aku ;)

Sebenarnya sebab utama kolej kiteorang datang KSKB SAS pada 12/10/12 adalah disebabkan kiteorang dijemput untuk mengadakan persembahan aerobik selepas perasmian dari Datuk S.U.B.
Persembahan aerobik diketuai oleh pelajar pos basik kebidanan kolej aku ;). My senior yoo!


Together with post basic students ;) 



So kesimpulannya, semalam memang satu hari aku menghabiskan masa di kskb sas. seronok! tapi agak letih sebab kolej tu besar pastu kena jalan jauh. hehe. biasalah, aku mana biasa masuk tempat belajar yang besar2 macam ni. tengok la kolej aku mcm mana. kecik jea, tapi still nice yoo! ala lagipun student nurse dekat kskb sas belajar benda yang sama jugak dengan apa yang aku belajar kat kolej aku dan nanti graduate dekat tempat yang sama jugak. so xda beza pon kan. dan untuk student kskb sas mesti bosan giler nanti bila time graduate sebab buat konvokesyen dekat kolej sendiri. haha . xberkembang korang. hehe. jangan marah, sebenarnya aku jelez sebab korang ramai students kat kskb, kat kolej aku sikit jea. bosan ;'( . tapi yang pasti aku tetap bersyukur. ;)



Apa beza kolej kolej sains bersekutu dengan kolej aku?

dua-dua under kkm.
cuma, kolej sains bersekutu ni terdiri daripada students seperti nurse, medical assistant, farmasi, physio, dan banyak lagi mengikut diploma pra perubatan under ILKKM (Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia).


dan kolej aku adalah hanya ada student nurse jea ! sebab nama kolej aku adalah kolej kejururawatan. mcm pecahan daripada kolej sains bersekutu . mcm tu ah.




Terima kasih sebab sudi baca pos aku .

2 comments:

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !