"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Showing posts with label eid diary. Show all posts
Showing posts with label eid diary. Show all posts

Friday, August 2, 2013

Diari Ramadanku # 3 / 2013



...
ramadan dah nak meninggalkan aku ..
ramadan pergi tanpa bicara kan?
hmm . aku masih nak kejar malam lailatul qadar ,
kalau boleh setiap masa nak beribadat .
tapi..
aku juga manusia biasa,
tidak punyai iman , hati yang kukuh .
walaupun aku sedar diri ni rapuh tapi aku cuba perbaiki .
sikit demi sikit
diri aku mungkin xsebaik mcm yg org lain pandang
tapi aku cuba buat yg terbaik .
insyaallah .
kalau Allah redha , aku pasti akan terus tenang seperti dalam ramadan
ramadan byk mengajar aku erti sabar ,
sabar yg xda tandingan di bulan lain
aku suka begini..
biarlah dunia membawa ceritanya sendiri
aku kadang malas nak sedar yg aku ada dunia aku sendiri
baik aku menyepi tanpa bicara..
biar xmenyusahkan orang sekeliling .
ini hidup aku .
jadi biar aku yg tentukan .
sebab ,
aku dah cukup besar untuk fikir apa yg terbaik untuk aku .
aku ada Allah swt ,
dia cahaya dan harapan bagi aku .




Friday, July 19, 2013

Diari Ramadanku #1/2013 : Teraweh




Alhamdullilah ,
dah beberapa hari aku mengerjakan teraweh.
mulanya, fikir saja nak temankan mak pergi surau sebab dia pergi sorang je
hari 1st teraweh start dengan 20 rakaat sudah + 3 rakaat witir.
aku ingtkan buat 8 jer mcm teraweh dekat kolej dulu..
sekali hambik kau..
naik mengantuk sebenarnya tapi asyik pujuk diri supaya berjaga juga
lagipun, aku ni muda lagi.. xkan da kalah dengan makcik-makcik yg dah xkuat tulang badannya..
malula weh kat org-org tua, malu kat Allah swt juga ,
kalau online berejam-rejam boleh plak kan. ini, xsampai pon 2 jam dah xlarat.
itulah, kita manusia .
jadi.. aku jadikan itu satu motivasi untuk aku teruskan teraweh sampai habis sunat witir .
dan perkembangan sekarang, aku dah xrasa malas nak buat teraweh sampai habis,
kadang-kadang perasaan malas masih menyelebungi diri , jadi aku kena kentalkan iman dalam hati.
Insyaallah boleh .




lagipun,aku rasa best sgt bila dapat teraweh bersama dengan mak
mungkin ramadhan akan datang aku da xsempat nak teraweh bersama-sama dengan mak lg,
sibuk kerja mungkin..
mungkin juga, Allah swt segaja berikan aku masa bersama dengan family untuk ramadhan kali ni...
Alhamdullilah . aku akan gunakan sebaik mungkin peluang masa dan kesihatan yg aku ada sekarang.
supaya aku xmenyesal di masa akan datang .
sedih bila fikir, member yg dah kematian ibubapa.
xdapat bersama menjalani ramadhan..
aku dikira masih untung dapat menikmati kasih sayang mak ayah sampai sekarang.
Aku bersyukur kepadamu Ya Allah.


Sayangilah ibu bapa kita ,
hormatilah mereka..
walaupun pemikiran kita kadang xsama dengan mereka
mungkin itu petunjuk , pilihan kita mungkin salah..
sebab naluri seorang mak xpernah salah.



Moga Ramadan kali ni sentiasa memberi cahaya kepadaku  .


Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !