"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Showing posts with label puisi ramadan. Show all posts
Showing posts with label puisi ramadan. Show all posts

Tuesday, August 12, 2014

Cinta

Diusia matang ini,
aku masih tidak mengenali erti cinta
cinta itu bagaimana ya?
aku rungsing dengan diri aku ,
keliru dengan erti cinta
adakah apa yg aku rasa ini cinta?
ataupun  ianya hanya perasaan sunyi yg dibalas
Ya Allah
temukan aku dengan cinta jodohku
kalau memang dia jodohku kau permudahkan perjalanan kami , jangan kau cuba sekat perasaan kami
hati tidak boleh menipu
tapi mulut pandai menipu
bagaimana aku ingin meluahkannya
aku berani mengatakan aku ingin sesuatu yg boleh mengajar erti hidup sebenar.
aku sanggup dan aku rela kalau ianya dapat mengajar aku erti kehidupan.
aku ingin bebas
aku ingin merasa semua situasi
aku ingin mengambil risiko
sementara tuhan berikan aku nyawa aku ingin rasa semuanya. biarlah nampak tamak .
hidup bukan selamanya
hak aku untuk bahagia guna cara aku.
Ya Allah
Kenalkan aku dengan si dia yg dpt membawa aku jauh mengenali erti kehidupan yg sebenar
aturkan perjumpaan kami
aku boleh stay alone
tapi hati aku xbenarkan .
bagi aku peluang merasa indahnya cinta itu
aku pinta
aku harap kau izinkan.
aku juga mahu merasa perasaan cinta yg engkau hadiahkan kpd kami .
jadi benarkan aku ..

aku sudah tidak lama disini.

Saturday, July 12, 2014

Memendam Rasa

Aku bukan sengaja buat kamu begitu
aku terpaksa..
aku terpaksa merelakan walaupun aku tahu akibatnya
aku tahu
aku bukan yang terbaik buatmu
aku akan pergi
pergi membawa diri
mencari kamu yang bukan kamu lagi
menjadi yang engkau tidak cinta
ajari aku untuk menjadi yang sempurna
hanya diri aku yang tahu
hanya kau yang pernah mengerti
tapi tidak lagi
air mata kini sudah tidak malu untuk keluar
lagi dan lagi..
terpaksa aku relakan.

Friday, July 4, 2014

Pertama kali berkerja di bulan Ramadan

Kalau dulu setiap kali ramadan aku selalu update lauk berbuka dan setiap kali aku pergi bazar ramadan mesti aku akan buat entri dan pos dalam blog. sekarang nk buat mcm tu da xsempat. rindu zaman dulu yaww!

Untuk satu ramadan aku keje shif ptg . so berbuka di ED laa.. xda prepare lauk unt berbuka pon. redha jea kalau ada makanan nk berbuka nt..org ckp pandai pandailah nak hidup kan.

Alhamdullilah satu ramadan jatuh hari weekend, ahd kalau xsilap. so klo weekend dkt kecemasan mcm kurang sikit pesakit so bole blah lagi laa . senior aku yg bukan beragama islam cover unt aku masa aku berbuka. masa tu aku incharge obs ward. kalau incharged dkt red zone atau yellow zone xboleh la nk tinggal. berbuka je kat situ.

Perasaan masa berbuka di ED ni buat aku rasa betul betul berdikari . klu dulu kt rumah mak masak. kat kolej asrama dah hidangkan lauk berbuka. bila da start keja ni aku sendiri kena jaga makanan aku. mmg terbaik ah. aku dah matang rupanya. xsangka.

Kalau ini puasa pertama berkerja, raya pun yg pertama jugaklah.. unt raya yg pertama ni dengan sedihnya aku ckp aku xdpt cuti raya. raya kesepuluh baru dapat cuti. terbaik an . buat masa ni aku boleh be staedy lg bila fikir xdpt cuti. bila time raya nt mesti sedih gile. aku xpernah lg xraya puasa dengan family doh.. baju raya pun aku xbeli sebab xda semangat nak raya sebab xboleh balik.

Beraya la aku dengan pesakit dekat kecemasan. mesti time tu ramai pesakit yg masuk dtg dgn complain sakit perut sbb mkn byk sgt sbb lahap semua makanan masa beraya.. grrrrr.. huhh. tahu dah.

Untuk puasa kali ni.. 3 hari berturut ni aku masak unt sahur. so far ok lah. bole improve my cooking skill! aku masak byk2 n bawak g tempat keja. bersahur dengan paramedik lain. best3!

Friday, August 2, 2013

Diari Ramadanku # 3 / 2013



...
ramadan dah nak meninggalkan aku ..
ramadan pergi tanpa bicara kan?
hmm . aku masih nak kejar malam lailatul qadar ,
kalau boleh setiap masa nak beribadat .
tapi..
aku juga manusia biasa,
tidak punyai iman , hati yang kukuh .
walaupun aku sedar diri ni rapuh tapi aku cuba perbaiki .
sikit demi sikit
diri aku mungkin xsebaik mcm yg org lain pandang
tapi aku cuba buat yg terbaik .
insyaallah .
kalau Allah redha , aku pasti akan terus tenang seperti dalam ramadan
ramadan byk mengajar aku erti sabar ,
sabar yg xda tandingan di bulan lain
aku suka begini..
biarlah dunia membawa ceritanya sendiri
aku kadang malas nak sedar yg aku ada dunia aku sendiri
baik aku menyepi tanpa bicara..
biar xmenyusahkan orang sekeliling .
ini hidup aku .
jadi biar aku yg tentukan .
sebab ,
aku dah cukup besar untuk fikir apa yg terbaik untuk aku .
aku ada Allah swt ,
dia cahaya dan harapan bagi aku .




Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !