"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Showing posts with label pra pekerjaan. Show all posts
Showing posts with label pra pekerjaan. Show all posts

Saturday, September 7, 2013

Hello Selangor !



Dalam 2 -3 minggu ni , aku terhempas pulas buat preparation untuk masuk kerja . first, aku dapat surat ini dulu Tawaran Kerja .  dan pada 20/8/2013 baru dapat surat kat bawah ni .


Sebenarnya pada 19/8/2013 aku dah boleh check online lokasi penempatan untuk aku kerja nanti . Excited kemain masa dapat tau dah boleh tahu lokasi penempatan . sekali check . tengok2x dapat penempatan di Negeri Selangor . Well, secara kasarnya , aku agak sedih la sebenarnya sebab xdapat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebab HKL adalah pilihan pertama aku  dan Selangor adalah pilihan kedua aku .but yeah, apa pon aku kena terima jugaklah sebab pemilihan penempatan bukan di tangan aku. kat mana-mana pun boleh cari rezeki kan.. dan mungkin ada hikmah kenapa aku dapat Selangor . so aku hanya mampu fikir positif  je!.


Dekat Selangor ada 11 hospital kerajaan.. dan masalahnya sekarang aku xtahu lagi hospital mana aku akan diletakkan . 9/9 ni aku kena daftar di Komplek Warga Emas, Shah Slam . dan disitu aku akan berjumpa dengan semua bekas pelatih yang dapat penempatan kerja di negeri Selangor . semua akan berkumpul di situ . dan nanti katanya disana barulah JKN Selangor akan beritahu Hospital mana aku akan berkerja .


Member yg sama kolej dengan aku majoriti dapat dekat Selangor jugak , dekat 40 org jugakla sebenarnya , dari kolej lain pun banyak dapat dekat Selangor . kenapa eh? Maybe sebab Hospital Shah Alam dah nak buka xlama lagi. so memang memerlukan staf yg ramai . aku mungkin dapat dekat situ jugak . mungkin







Esok ahad (8/9/2013) aku dah nak berangkat dari Penang ke Selangor . Baju 50% je dah kemas yg lain masih kat ampaian . Perasaan nak pergi tu berbaur nervous , happy ,  dan blur .. ntahla. aku xtahu nak cakap apa sebenarnya. hanya aku je faham perasaan aku sekarang . mungkin kucing aku pun faham jugak sebab dia slow je hari . xaktif mcm selalu -__-" . Semua peralatan untuk berkerja dah settle , dokumen-dokumen penting dah settle . lencana jururawat terlatih pun dah dapat . dah xda apa lg daa nak fikir . cuma kena ready untuk masuk kerja jea .


Lagi 3 bulan lagi baru umur aku mencecah 21 , lusa dah nak berkerja tetap daa. aku nervous gila la sebenarya tapi boleh lagi cover macho dari luar . erhh . mcm-mcm bermain dalam fikiran aku . Pesakit , Doktor dan staf-staf lain.. selama ni jadi jururawat pelatih hanya ikut arahan staf nurse/doktor je , sekarang semua tanggungjwab dekat tangan aku sendiri . dari hari pertama aku masuk kolej nursing aku dah fikir pasal benda ni dan sampaikan aku nak masuk kerja aku still lagi fikir pasal benda ni . 

 



Hanya berharap ALLAH swt berikan aku kekuatan untuk menghadapi alam pekerjaan sebenar ini . 
Doakan aku sentiasa jadi humble dan ikhlas dalam berkerja .




Wednesday, August 21, 2013

Tawaran kerja dari SPA


Say hii..
hari-hari sebelum ketibaan surat ini aku rasa heaven je hidup , selesa, aman, tidur pun mimpi sedap n
bila dapat tahu member aku da dapat surat ni padahal dalam waktu yang sama aku masih xdapat , aku rasa takut , debor xsudah takut xdapat tawaran, sampaikan sanggup tunggu posmen depan rumah sampai habis waktu office hour , dua hari berturut-turut tunggu surat akhirnya, hari ketiga sampai jugak surat yang terhormat ni perutusan dari seri paduka baginda ayatnya.


Alhamdullilah ,
lega surat da sampai walaupun rasa lemah' lepas fikir da nak masuk kerja . tetiba rasa nak demam -_-'
 


Surat yang bakal mengubah fasa hidup aku
but well , excited pun ada jugak la nak keja sebab da rasa mcm nak mati kutu duduk kat rumah dua bulan tanpa kerja . xmenahan rasa rindu nak praktikal dekat wad mcm zaman student dulu walaupun letih sgt rasa . konklusi,lebih baik letih berkerja dari letih duduk fikir apa nak buat kat rumah sepanjang hari . aku da naik bengong daa 2 bulan duduk rumah saja jea.. otak beku da kot , naseb xpayah simpan otak dalam  peti sejuk . fuhh. penat ouh duk rumah saja jea. mak ayah pun dah meluat tengok aku mengadap lappy jea .
dan akhirnya .. surat ini menyelamatkan aku dari terus terhumban dengan dunia kosong tanpa berduit . 


Syarat-syarat (a),(b),(c) dan (e) aku dah complete 100% , untuk syarat  (d) dan (f) aku kena tunggu surat yang kedua sampai di rumah . aku masih menanti jawapan dinegeri mana aku diletak untuk bekerja dan bila aku harus mendaftarkan diri untuk berkerja . benda yang paling excited aku nak tahu ni masih tertanya-tanya lagi . surat penempatan silalah datang cepat , aku da xsabar nak tahu negeri mana aku dapat ni . jangan seksa minda dan jiwa aku lama sangat k, takut nanti da tawar hati . susah pulak nak letak garam/gula dekat hati bagi pulih .


aktiviti minggu ini , letih jugaklaa nak siapkan semua borang-borang penting ni . naseb boleh complete dalam masa sehari jea.. lega sangat rasa .


Perkara yang wajib ada sebelum bekerja sebagai staf nurse

Medical Checkup - done (19/8/2013)
Akuan Janji- done (19/8/2013)
KWSP -done (19/8/2013)
Baju Uniform 3pasang - done tempah tapi belum siap (18/8/2013)
Penyata Akaun Maybank -Reqd 
Kasut Putih- done (16/8/2013) RM 60.
Tudung staf nurse -Done 2 Pasang dan perlu lagi 2 pasang .
Nametag - done (19/8/2013)
Chop Nama Jururawat U29 - done (19/8/2013)
Terima Surat Pelantikan - done (16/8/2013)
Terima Surat Penempatan Bekerja -Reqd

Terima kasih bagi kawan-kawan aku yang terlibat dalam nak siapkan semua perkara diatas.



Banyak hokey kena siapkan .. semua benda ni da lama aku fikir , sejak hari pertama keluar dari kolej lagi tapi baru sekarang aku alert , semuanya disebabkan dapat surat kat atas tu , kalau xdapat surat ni lagi, mmg xdalah semangat nak buat semua ni .


Apa-apapun , aku mohon Allah swt mudahkan kerja aku sepanjang proses yang aku kena hadapi sebelum berkerja ni. harap sangat xda apa-apa halangan untuk aku berkerja .
korang doakan aku jugak yea. aku teringin nak beri duit dekat mak ayah aku dengan kerja yang baik ini. moga hati ini redhaa.
Ameen.



~ Aku positif aku dapat HKL sbb HKL pilihan pertama aku,
perhhh.. dah ready ke?



# tengok berita terkini tv3 tadi , bas terjunam dalam gaung dekat jalan kl-genting , melibatkan 49 orang mangsa , ini dah termasuk kategori disaster . berdebar sangat rasa nak rawat mangsa kalau aku di tempat kejadian . moga Allah swt kuatkan semangat aku nak bekerja nanti .




Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !