"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Saturday, September 7, 2013

Hello Selangor !



Dalam 2 -3 minggu ni , aku terhempas pulas buat preparation untuk masuk kerja . first, aku dapat surat ini dulu Tawaran Kerja .  dan pada 20/8/2013 baru dapat surat kat bawah ni .


Sebenarnya pada 19/8/2013 aku dah boleh check online lokasi penempatan untuk aku kerja nanti . Excited kemain masa dapat tau dah boleh tahu lokasi penempatan . sekali check . tengok2x dapat penempatan di Negeri Selangor . Well, secara kasarnya , aku agak sedih la sebenarnya sebab xdapat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebab HKL adalah pilihan pertama aku  dan Selangor adalah pilihan kedua aku .but yeah, apa pon aku kena terima jugaklah sebab pemilihan penempatan bukan di tangan aku. kat mana-mana pun boleh cari rezeki kan.. dan mungkin ada hikmah kenapa aku dapat Selangor . so aku hanya mampu fikir positif  je!.


Dekat Selangor ada 11 hospital kerajaan.. dan masalahnya sekarang aku xtahu lagi hospital mana aku akan diletakkan . 9/9 ni aku kena daftar di Komplek Warga Emas, Shah Slam . dan disitu aku akan berjumpa dengan semua bekas pelatih yang dapat penempatan kerja di negeri Selangor . semua akan berkumpul di situ . dan nanti katanya disana barulah JKN Selangor akan beritahu Hospital mana aku akan berkerja .


Member yg sama kolej dengan aku majoriti dapat dekat Selangor jugak , dekat 40 org jugakla sebenarnya , dari kolej lain pun banyak dapat dekat Selangor . kenapa eh? Maybe sebab Hospital Shah Alam dah nak buka xlama lagi. so memang memerlukan staf yg ramai . aku mungkin dapat dekat situ jugak . mungkin







Esok ahad (8/9/2013) aku dah nak berangkat dari Penang ke Selangor . Baju 50% je dah kemas yg lain masih kat ampaian . Perasaan nak pergi tu berbaur nervous , happy ,  dan blur .. ntahla. aku xtahu nak cakap apa sebenarnya. hanya aku je faham perasaan aku sekarang . mungkin kucing aku pun faham jugak sebab dia slow je hari . xaktif mcm selalu -__-" . Semua peralatan untuk berkerja dah settle , dokumen-dokumen penting dah settle . lencana jururawat terlatih pun dah dapat . dah xda apa lg daa nak fikir . cuma kena ready untuk masuk kerja jea .


Lagi 3 bulan lagi baru umur aku mencecah 21 , lusa dah nak berkerja tetap daa. aku nervous gila la sebenarya tapi boleh lagi cover macho dari luar . erhh . mcm-mcm bermain dalam fikiran aku . Pesakit , Doktor dan staf-staf lain.. selama ni jadi jururawat pelatih hanya ikut arahan staf nurse/doktor je , sekarang semua tanggungjwab dekat tangan aku sendiri . dari hari pertama aku masuk kolej nursing aku dah fikir pasal benda ni dan sampaikan aku nak masuk kerja aku still lagi fikir pasal benda ni . 

 



Hanya berharap ALLAH swt berikan aku kekuatan untuk menghadapi alam pekerjaan sebenar ini . 
Doakan aku sentiasa jadi humble dan ikhlas dalam berkerja .




No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !