"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Tuesday, June 7, 2011

Contest: Eh siapa Mira Edora tu?

View Image
Pada petang yang sengang aku yang tengah sibuk membalas komen di muka buku dikejutkan dengan satu poke baru di laman muka buku. dalam hati terdetik! 'Ish.. Bapok mana yang dok kacau aku ni'.. xhabis-habis dengan poke jea! padahal baru sekali poke. So dengan terhegeh-hegehnya tangan ni pun membawa panah tetikus ke link poke tersebut.Muka aku tetiba jadi brownishhh yuuuu.. mana xnya yang poke aku tu adalah Lee Hyuk Jae. Biaq betiq dia poketue..Mula la melayan perasaan sorang-sorang.. sambil melayan lagu 'Cinta Muka Buku' by Najwa Latif. I adore her so much! melalui mp3 player di telinga.Ah! sudah! jangan perasan lebih yo! Itu bukan Hyuk Jae sebenar.Hang xyah perasan dan melayan. Tetiba aku teringat satu kisah dulu kala.. masa zaman aku cerdik terlebih dahulu. 

Aku kenal dengan seorang minah ni. nama bukan pelik kemain..xpernah aku dengar nama macam ni. kalau yang depan tu memang femez tahap gaban tapi yang belakang bunyi ala-ala komersial sikit 'Edora' Nama penuh Mira edora.. Ingat ini kereta exora versi manusia kea.. kekekekeh.Aku masa tu nakal banyak sikit.. dalam akaun fb aku  letak jantina lelaki dan pic profil aku adalah mamat korea yang boleh buat girls naik bulu kening kalau tengok.. Siapa dia adalah rahsia oke. Mira edora ni add aku first dalam fb, dia tanya kat aku kemain banyak betul soalan.. mcm aku ni mesin pemberi jawapan doraemon plak. Ingat ko tu nobita ke apa! dan yang xbley blah soalan last sekali dia ajak aku couple dlm fb.. dia cakap dia sunyi sekarang.. dia cakap dia xpernah couple dlm fb ni.. ramai kwn-kwn dia yang buat macam ni so kali ni maybe kehadiran diri aku yang gentleman bagi diri edora membuatkan dia ingin mengajak aku untuk couple. Aku ini pantang diajak.. melayan jea..lagi aku suka kalau aku jumpa orang yang macam edora ni.. xpayah nak susah bikin ayat penarik.. sendiri bley ikut punya. kekekekeh. Seth Tan telah merasuk jiwa aku.

So. hari berganti hari hubungan aku dengan edora semakin rapat. dlm fb jeala. dua-dua kaki online.. xtahu la plak aku klu dia online kat cafe sebab aku xpernah tanya tapi yang aku tahu status dia memang online jea memanjang bila aku buka fb.Sampai la satu hari tu angin mereng apa ntah disampuknya si edora ni sampai edora minta gambar dekat aku. dia nak tengok gambar sebenar aku.. dia cakap kalau xnak bagi gambar dia nak webcam dengan aku.. 'Eh! derr asal hang tetiba plak nak tengok muka sebenar aku ni sebelum ni xda plak cakap pasal ni dah la desak aku'. kalau bagi aku time sikit bley la aku photoshopkan banyak sikit gambar aku tue.. bising aku dlm hati. Aku buat sengap jea pastu. malas la aku nak layan dia dah. Dalam masa seminggu tu aku x layan edora langsung sebab aku dah bosan dengan dia. Asyik-asyik poke aku dan tanya benda yang sama di ruangan chatbox fb. aku buat status offline.. dia kacau aku dalam ruangan mesej plak. Ah! bengang aku pastu.

Tengah dok baik punya belek-belek mesej kat ruangan fb aku terkelih kat satu mesej ni. Lelaki.. kacak bukan main. terpesona aku sebentar.. tapi bila aku baca mesej dia tetiba muka aku yang cun ni berubah jadi mcm jjinbbang.. hangat!. Mesej dia berbunyi macam ni
Awak edora tu bini saya.. awak tolong la lepas ni jangan ganggu dia dah.. dia dah berkahwin pun..maybe salah saya sebab saya selalu tinggal dia dekat rumah sorang-sorang.. selalu xspent masa dengan dia..saya asyik sibuk dengan kerja jea.. saya ingat dengan cara membenarkan dia buat akaun fb akan buat dia hilang kesunyian apabila saya tiada di rumah tapi xsangka bley sampai mcm ni' awak bley x lepaskan dia.. saya sayang rumah tangga saya ni. harap awak paham.

Yang aku ni.. x sangka plak edora tu bini orang..status dalam fb dia letak single.. muka pun sweet seventeen lagi. kalau lah aku tahu xhingin aku nak layan dia lah. sampai sekarang dia xtahu yang aku ni perempuan.. sama jantina dengan dia.Laki dia ni pun tertipu dengan aku. Ambik kau! dua-dua memang bodoh! dunia siber sekarang mcm-mcm trick! mudah jea kena tipu.. cepat jea bley jatuh hati kat seseorang walaupun xkenal. bukan aku yang terhegeh-hegeh  kat edora tue. dia yang cari aku sampai xhenti-henti.. berlambak giler inbox fb aku.. semua mesej dari dia. rayu suruh aku balas dia.. aku dah malas nak layan pada mulanya tapi disebabkan pujuk rayu dia tue membuatkan aku terus melayan. mesej dia dalam peti

Pasal kes korang berdua ni aku xnak masuk campur dah.Aku xreply apa pun dekat laki edora ni. buat sengap jea. Biar kau dengan edora tahu aku ni seorang lelaki bukan perempuan..biar laki edora tu rasa tercabar sikit.. korang jaga la perhubungan korang tue. Aku ada misi yang seterusnya dalam dunia FB! So korang yang aktif fb dekat luar sana tu be carefull ok! Aku still aktif sampai sekarang. ' Lu langsi lu terkena'

Ini adalah cerita Aku dan Mira edora yang xkenal aku.

That all!. Cerita ini hanya rekaan semata-mata ok. Watak Mira Edora dan 'aku' dalam cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup dan yang dah mati oke. Cerita ini sebenarnya membuka mata pengguna fb supaya jangan mudah percaya dengan kata-kata orang yang x dikenali dan jangan mudah melayan.. ok. Jaga perhubungan rumah tangga korang tue baik-baik! kadang-kadang kita xsedar apa yang pasangan kita tu buat.Memang sayang tu ada tapi korang xbley nak sekat kasih yang baru untuk hadir dalam diri masing-masing. Got my advise?. Thank.

NOTIS BUAT PEMBACA
 Bold: Untuk perkataan english 
Tulisan senget: Perkataan yang telah diringkaskan.

Ini adalah Entri special untuk Contest: Eh! siapa Mira Edora 
Klik pada gambar untuk pergi ke blog Mira Edora

Hope sesangat aku menang sebab aku nak Standard Dollydle dari Dollydle's Cottage
Korang tolong doakan aku bley menang yea. 
Thank sebab sudi baca.

1 comment:

  1. GUDD~ Ada mesej di situ. thanks join! gud luck dear ;)

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !