"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Sunday, June 26, 2011

Macam Teringin Jea nak lalu dekat Lebuhraya KARAK


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera korie ucapkan

  • Ini semua kena salahkan filem KARAK arahan KRU tu.. Erh.. Aku sebenarnya baru habis tengok filem ni pagi tadi.. Pepagi tadi pecah rekod kot.. selalunya kalau bangun pagi.. lepas habis mandi semua tu aku akan buka blog tpi pagi tadi x.. sebab adik aku tetiba sergah kat aku suruh join dia tengok Filem Karak yang baru abang aku download.. Aku dengar je KARAK aku terus pergi kat adik aku ' Eh! mana dapat ni?.. adik aku jawab.. Tu haa.. abg chik yang letak dalam lappy.. 

  • Yang aku ni memang dari first filem ni masuk panggung aku nak tengok filem ni.. Masa tu aku ada kat Kolej Nursing lagi.. xstart lagi cuti sem.. Geng aku sembang r pasal filem Karak ni.. aku pun join sekaki.. tokak tambah cite padahal aku xtengok lagi---->  aku dapat info dari blogwalking ler.. korang kan kaki panggung.. aku selalu baca review dari korang.. so memang aku tahu la sikit-sikit pasal filem ni..  Yang aku tertariknya.. Kawan aku sorang ni dia duduk dekat kuantan so kalau nak balik dari Alor setar---> Kuantan memang lalu dekat Karak.. Dia pun cerita r pasal cerita hantu kat situ.. Mmg dia cakap tempat tu keras..dah lama dah.. Selalu kalau duduk dalam bas bila lalu kat Jalan tu memang xbley nak lena.. Tapi Alhamdulilah  setakat ni dia belum mengalami apa-apa tragedi yang tragis di Lebuhraya Karak.

  • Yang aku ni plak.. lepas tengok filem tu tadi aku rasa mcm betul-betul curious nak tahu pasal tempat tu.. Apa sejarah yang menyebabkan tempat tu keras?.. Memang aku bley research je dalam internet tapi nak jugak dengar dari mulut orang sebenar jugak..Sebabnya dalam internet xsemua fakta itu betul dan xsemua auta itu salah.. kadang-kadang menimbulkan fitnah maya jea.. So korang tahu x pasal sejarah Lebuhraya karak tu?

  • Kalau nak ikutkan Filem tue.. dia ada cakap yang sebelum lebuhraya karak dibina.. tempat tu merupakan tempat perkuburan orang asli.. Ntah betul ntah tidak tapi kalau ikut firasat aku memang betul kot.. 

  • Apapun aku  hanyalah insan biasa mcm korang jugak.. ada jea perasaan takut tu tapi aku xbley nak elak perasaan nak tahu itu.. Itu jea.. Korang faham kan apa aku maksudkan?.. Aku bukan nak tunjuk belagak kat sini dan aku bukan saja nak tunjuk berani.. Aku juz cakap jea.. Mustahil bagi aku nak lalu dekat Jalan tu sebab aku jarang berjalan ke area Timur.. Dulu aku pernah cakap dekat kawan aku ni.. dia dari kelantan.. aku cakap kat dia yang aku nak cari calon suami orang kelantan.. alasan aku.. sebab aku suka sangat dengan budu kelantan.. budu cap ketereh.. haha.. sedap weh... huhu.. tapi orang kelantan selalunya xcari orang jauh-jauh.. diorang selalu pilih pasangan yang sama negeri dengan diorang jea..btol x?.. hehe.. pasal nak calon suami orang kelantan tu aku gurau jea.. siapalah aku nak tentukan calon suami aku.. Itu semua rahsia Allah. 
  • -----> Kalau pergi kelantan lalu dekat jalan Karak x?.. aku fail geografi.. haha


That All



2 comments:

  1. : : x p tgk lg citer karak . tggu je la nk download .

    :D

    ReplyDelete
  2. aiii,,nk pergi ker,,ajak kite sekali yer,,,sambil blogwalking,,sambil gelak mcm cik maya karin dlm PHSM,,ha,,ha,,ha

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !