"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Sunday, March 27, 2011

Dr.Kepala Cendawan dan dot dot dot Dalam BOTOL.. ape Cer?

Salam sabtu korang..
alaar.. dah masuk hari ahad dah pown.. Ahhh! aku xkire. aku nak update jugek kisah hidup aku untuk hari ni.. nanti dah tua aku nak baca balik apa yang aku dah buat pada 26/3/2011 nie. Errmm..

Ok.. tahniah diucapkan kepada diri aku sendiri kerana elaun dah masuk`  dan maksudnya aku boley la joli guna duit kerajaan tu.. apakah? xdala wei. aku xpernah joli duit kerajaan k.. duit kerajaan duit kita semua.. huhu.. agaknyer mmg bgus lah aku berblogging menggunakan broadband yang dibayar menggunakan elaun yang kerajaan bagi.. huhu.. btw thank yea kerajaan Malaysia.. sebab support aku belajar. aku xkan sia-siakan kepercayaan korang yang berikan kepada aku untuk studi di tempat korang.

So elaun dah masuk... maksudnyer apa? Outing ler kwn-kwn. aku keluar outing ke JITRA.Buat pertama kali la aku outing ke JITRa.. sebabnyer sebelum ni aku selalu outing dekat area bandar Alor setar tu jea..xTahu kenapa tetiba bila diajak g jitra aku rasa nak pergi.. dorang bahan aku menggunakan cara ni ' Jom g Jitra.. kat situ ada Mall.. bley la kita usha baju untuk farewell yang xlama lagi ni.. 'so aku mmg xda idea nak pakai apa masa farewell yang bertemakan kod baju 'Red and Black!.Huhu.. agakx2 REDMUMMY kita ada x tutorial fesyen Red n Black?

Erm.. kita g bertiga jea.. perjalanan ke sana diirngi dengan hujan yang turun bagaikan membelai bumi yang kehausan... agak renyai-renyai la.. perjalanan agak lama sebabnyer agak jauh jugek la.. aku pown xthau berapa KM dier.. xkira la pulak aku.

Bila dah sampai.. setibanyer di depan pintu Jitra Mall.. mcm-macam rupa manusia yang ada kat sna..Heh,. aku apa lagi.. usha ler.. xhabis-habis.. tengok gelagat orang lain di Mall or shopping complex merupakat 1 hobi bagi aku.. xthau kenapa.. tapi aku enjoy lakukan benda ni.. bley kutuk-kutuk.. bley nilai orang ni baik kea jahat kea.. tengok cara dia berfesyen.. cara dia pakai shawl.. cara dia pandang kita kalau dia perasaan dah yang paling best bila dapat usha couple depan mata. Wahh! memang mata aku lagi tajam la.. So korang kalau korang nak tahu.. Inilah aku.. siapa diantara korang yang rela diusha? huhu

Survey punya survey.. dari utara ke selatan... xda pown baju yang bley dipakai di farewell.. ada kaler hitam merah tapi disebabkan kod tema baju nak kaler tu.. terpaksala aku.. Akhirnya.. tanpa berkata-kata masa di mall aku rasa bersyukur sangat sebab hari ni dapat menyumbangkan derma kat mangsa gempa bumi di Jepun.I always support u guys!. Wake up! and be calm..

Jalan punya jalan.. akhirnya xdaa jugek barang yang aku beli untuk farewell .. usha jea lebih.. ada yang berkenan tapi duit xdapat nak keluar la dari poket.. Hurmm.. bila fikir balik aku malas la plak nak beli baju ni sebab ini akan menghabiskan duit aku jea wei.. dah la kena bayar tambang teksi yang agak mahal..

Huh korang.. kenal x.. Dr yang berambut cendawan tu?. Opps! haha.. aku juz follow blogger lain jea yang panggil dia rambut cendawan sebab rambut dia mcm tu. tapi kan.. aku rasa rambut yang betulx2 mcm cendawan adalah si Lin Da Lang as hero dalam drama taiwan yang bertajuk 'Hi My Sweetheart'. Ala drama yang show lou dan Rainie yang berlakon tue la.. mmg best! rugi kalau xtengok.Sebab apa aku tiba-tibacakap psl doktor ni adalah disebabkan masa aku on da way nak balik kolej aku berhenti kat kfc.. kat seberang dari kedai kfc tu ada kedai Dr. Rozmey ni.. besar la jugek.. so aku terus ambik gambar ler.. sbb  nk letakkan dan tunjukkan kat korang.. huhu.. jadi kerja la aku ni.. -bosan kot! so apa lagi.. ambik la gmabr dgn menggunakan nset aku ni!.si gambar yang bawah ni lah hasilnyer ye.. bukan kat depan tue jea kedai diea. kat belakang tu pun kedai die.. besar la agakyer.hoho.. hope dia success ler :). dah korang.. jgn dok kutuk dia rapat-rapat sangat k.. tengok.. dia dah berjaya pown.. so biarlah dia hidup dengan aman tanpa statement negatif dri orang-orang kat luar sana tu.. P/s: pesanan untuk diri aku jugek

Ermmm.. tadi masa kat Mall aku ingat nak g tengok Hikayat Merong Mahawangsa.. tapi xda pown tadi.. mmg aku plg terlambat larh.dan cerita movie melayu yang terbaru berbunyik agak pelik sedikit.. Tahu x tajuk ape? cuba korang teka dulu.. hahaha.. OK.. Cite ni tajuk dia Dot dot dot dalam botol or pendeknyer ... dalam botol.. korang tahu x isu pasal movie ni yang kecoh dalam media selama ni.. huhu. sebelum ni tajuk movie ni berbunyi 'Anu dalam botol' kisah mengenai kehidupan gay kat Malaysia ni tapi nama movie tersebut ditolak oleh penapis filem Malaysia.. sebabnyer korang fikir la sendiri.. Ermm aku rasa mcm xbest jea.. so aku xtengok lerr..

Bercakap mengenai gay aku nak ceritakan 1 story yang berlaku pada hari ni s.. masa tu aku dekat watson.. ada seorang pekerja ni.. perempuan.. cantik berambut panjang dan tinggi.. usha muka dia.. agak cantik jugek la.. dalam dok p perhati.. perempuan tu tengah sibuk kemas barang kedai.. tiba-tiba dibuatnnyer dia terbatuk.. terdengar suara lelaki kuar dri mulut dia.. hoho. 1st aku dah pandang serong ni.. Ehh!.Tiruan rupenyerr. lol! tertipu sudah. mmg betulla.. terkejut alam aku.. hahah.. xsangka yang dia tu lelaki.. adoi memang mengejutkan larh.. mmg dia sebiji mcm perempuan.. aku xpuas hati lagini.. aku g tengok name tag dier.. then,sahx2 betol jangkaan aku

Malam ni kena buat latihan prepare unt conduct assembly esok. Kolej aku ada perhimpunan sebulan sekali.. kita akan rotate setiap sem mesti kena conduct assembly.. everything.. MC,Audio setting,semua larh..  aku take part juga dlm benda ni.. aku bahagian A.V.A. sound sistem apa semua tue. hopefully ok la esok.Doakan aku yea.

Bye. salam sayang dari aku.-korie                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   

No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !