- Erhh.. Nampaknya saya dah pro la macam mana nak kiss mulut ke mulut orang lepas ni. xpayah belajar la saya rasa. saya dah cukup pro untuk lakukan semua itu sehinggakan mulut saya dah nak berdarah..
- Bertapa seksanya saya untuk lakukan perkara itu.. saya dipaksa rela untuk lakukan perkara itu.. memang saya rasa takut la pada mulanya.. sebabnya mulut dia lagi besar la saya rasa daripada saya. Tapi lepas buat saya rasa memang baguslah sebab mulut dia lagi besar lagi mudah la saya nak lakukan projek tersebut dengan lancar dan lebih nikmat!
- Erm.. awak semua jangan terkejut la dengan statement saya kali ni.. saya sebenarnya baru habis kursus CPR la. so lu semua dah terkena dengan saya la brai!.. huhu.. ok. ok.. serius!. Erm. nak tanya dulu.. Tahu kea CPR tu apa kwnx2 semua? CPR tu stand for CardioPulmonary Resuscitation or korang lebih kenali sebagai pernafasan mulut ke mulut la..
- Korang pernah kea buat Cpr? tahu kea teknik?.. kalau nak buat korang kena la belajar dulu yea! jangan main redah jea.. Ingat setakat tengok kat Tv or mana-mana risalah mengenai CPR kiranya dah boleh buat dengan sempurna ler? xdanya!. Kalau nak belajar CPR korang kena belajar dulu.. buat praktikal dulu baru boleh buat dengan baik..Takut korang lagi mempercepatkan patient tersebut untuk 'pergi x kembali lah'
- CPR dilakukan apabila cardiac arrest. 'Tiada pernafasan dan tiada nadi'
- So kisah saya hari ni mengenai CPR laa.. semalam sebelum pagi ni saya dah baca la buku CPR yang Pn.K bagi kat saya.. Memang baguslah buku tu.. mmg up to date la saya rasa sebabnya stepx2 unt lakukan CPR dah berbeza la berbanding dulu. Sebenarnya untuk pengetahuan korang Teknik CPR akan berubah lebih up to date 5 tahun sekali... so yang saya belajar ni yang paling latest la saya rasa.. Sem saya adalah sem pertama la yang belajar teknik terbaru ni.. Memang saya agak berbangga lah.
- Disebabkan group sem saya agak gigantic jadi Pn.K telah pecahkan kami kepada 2 kumpulan. kumpulan pertama hari ni dan kumpulan kedua esok. Jadi saya adalah kumpulan pertama. Macam kursus la. kita kena hadiri kursus ni untuk dapatkan kelayakkan untuk masuk final osce(praktikal test) nanti. so memang wajib lah kiteorang kena pergi..
- Belajar beri pernafasan dari mulut ke mulut.. oh my god! pada mulanya.. lepas tu kali kedua.. aku rasa 'xpuas pulak' nak buat lagi.. kali ketiga.. oh! mmg puas..dapat rasa dada pesakit kembang-kempis-sebagai tanda udara yang kita blow tadi dah masuk ke dada pesakit.
- Semua ada 5 stesen. setiap stesen mempunyai berlainan situasi.. Antaranya..
- 1.Bayi tercekik dalam keadaan sedar
- 2.Bayi tercekik dalam keadaan xsedar-pengsan
- 3.Dewasa tercekik-pengsan
- 4.Two men
- 5.One man
- So saya belajar dari stesen ke stesen la. macam-macam rupa situasi yang saya nampak dan rasa.. memang kelas tu penuh dengan gelak ketawa la..
- Boleh x korang bayangkan.. masa buat 'abdomen compression' kepala patung tu tercabut jatuh ke bawah ' masa tu keadaan pelatih cpr dalam keadaan berdiri' Emmm.. memang kelakar giler la aku rasa..
- Ada 1 patung muka dia mcm Justin Bieber la.. memang.. mirip lah saya rasa..saya buat blow-bagi udara dari mulut ke mulut memang banyak kali la kat dier. bukan disebabkan saya gatal ok.. saya terpaksa lah sebab lecture saya suruh saya buat berulang kali la.. dia cakap.. anggap patung itu macam boyfriend awak so...layan
- Dan lepas habis belajar kelima-lima stesen.. ada test!. test pada stiap stesyen tersebut. still buat test dlm group tapi secara individu.. memang agak gementar la saya rasa.. sampai saya kena panggil dengan Pn.K. Pn.K cakap saya suka main-main.xpernah nak serius dalam melakukan prosedur.. dia suruh saya buat prosdur CPR 'baby tercekik dalam keadaan sedar' depan dia.. Memang nama saya la selalu kena kalau ada Pn.K dalam kelas. Ermmm. saya pun dah biasa.. dah xtahu nak cakap apa.. Tapi saya suka la Pn.K.Dia faham saya!..
- Dan akhirnya.. kursus habis pada pukul 4.30pm. Semua lulus lah!. Kita tengok group untuk esok pulak yea.. Memang saya nak kata hari ni sangat best la.. sebab saya boleh belajar CPR dan boleh buat CPR sekiranya ada kecemasan.. Ermm..
P/S: Penggunaan perkataan 'La' dan Lah' di belakang ayat adalah style percakapan saya dan kawan-kawan saya(sem2) memang menyampah lahpada mulanya bila dengar orang cakap style mcm ni tapi lama-lama sya dah terjangkit lah. so..
Cuba bayangkan aku tengah bercakap tentang apa yang aku tulis ni.. Memang korang akan rasa menyampah lah!.
No comments:
Post a Comment
Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo