- Pertama kali dalam hidup aku buat praktikal di unit 'kebakaran'.Wad untuk rawatan rapi bagi pesakit yang mendapat rawatan bagi kulit yang terbakar. Aku kena pakai baju OT.Tidak dibenarkan pakai uniform untuk masuk ke dalam.Kenapa ya? secara logiknya.. untuk mengelakkan infeksi sebabnya pesakit yang mengalami masalah burn selalunya mudah unt dijangkiti infeksi disebabkan luka terbuka kebakaran yang dihadapi.
- Pada mulanya.. bosan jea kot kat dalam tu sebab xramai pesakit pown.Ada 4 orang jea.2 Dewasa 2 Kanak-kanak bawah umur..Erm.. xda keja sangat..
- Aku kena jaga pesakit bilik 1 bersama kawan aku.. Pesakit dewasa.. lelaki.. umur dalam 29 tahun.. Pekak dan Bisu.. Pertama kali jugak aku jumpa pesakit yang pekak dan bisu.. memang aku ni budak baru belajar.. banyak lagi jenis pesakit yang aku xjumpa..
- Mula-mula.. kena mandikan pesakit ni.. aku assist staf nurse jea..Peralatan yang digunakan untuk mandikan pesakit memang mewah!. Wah.. canggih.. teknologi sekarang memang dah teramat canggih.. Tab mandi khas untuk pesakit burn. Hurm.. memang mesra pengguna.. mudah jea kita nak guna. Ermm.. hospital ni memang bagus!.
- Pastu buat dressing untuk luka terbakar.. memang besar.. berlainan unt dressing yang biasa.. aku assist jea.. staf nurse yang buat semua tu cuma untuk bahagian balutan bandage aku ada buat separuh.. Staf nurse suruh aku praktikan apa yang aku belajar.. 'Aku belajar balutan bandange masa sem 1'. Ini 1st time jugek aku buat balutan bandage untuk pesakit sebenar.. so memang balutan xberapa kemas.. aku baru belajar.. lagi pun luka dia besar.. so memang gelabah sikit lerr. tapi tetap buat.. sebab kita mesti berani untuk belajar kan! betul atau salah kea belakang kira.. tapi kalau dah xyakin tu kalau melibatkan nyawa pesakit baik panggil senior untuk monitor kita.. so baru la bereh!.
- Aku terfikir.. setengah hari aku kelola pesakit yang pekak dan tuli ni. aku cuba menghayati perasaan pesakit ni.. macam mana dia hidup selama ni.. dari kecil hidup tanpa mendengar apa-apa dan xboleh bercakap.. mesti sunyi kan.. Apa e perasaan dia bila dia nampak kita boleh bergelak ketawa.. kita dapat berkomunikasi dengan baik..tapi dia tidak.. Hurm.. aku xdapat nak bayangkan.. aku sedih la bila tengok pesakit yang xberupaya untuk hidup normal macam manusia yang normal.. dia xminta begitu tapi dia dijadikan begitu.. memang Tuhan sudah memilih dia untuk menjadi insan teristimewa. Dia zero dari dosa bercakap bohong.. bersembang benda yang sia-sia,menipu dan lain-lain. Dia juga bebas dari dari mendengar perkara yang sia-sia. Telinga dia bersih dari perkataan yang xbaik.. yang belum tentu sahih dalam dunia ni.Ermm disebalik kelemahan dia banyak iktibar yang aku dapat dan banyak pahala yang dia perolehi..
- So..aku kiranya beruntung sebab menjadi insan yang terpilih yang menjaga dia.. menolong dia.. dan merawat dia.. aku dapat rasai keperitan dia walaupun sedikit tapi dah cukup unt membuatkan aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.. aku bersyukur dengan apa yang Tuhan berikan kepada aku..
- Aku tulis di kertas untuk berkomunikasi dengan dia. Nasib baik dengan dia boleh membaca.
- Huh.. siapa cakap bidang nursing bidang yang lekeh?.. bidang yang biasa jea.. 'setakat cucuk orang jea'.. setakat menolong doktor jea.. Ermm.. kalau korang belajar dalam bidang nursing dan bila dah masuk praktikal korang baru akan tahu dunia nursing yang sebenar.. Dunia yang penuh dengan drama perawatan dan kehidupan.. Drama yang serius!! Drama yang buat korang tersedar erti hidup yang sebenar.
- Apa yang aku tahu.. aku nak tolong orang yang memerlukan pertolongan..harap tuhan iringi keikhlasan hati aku ni..
- Pengalaman di unit burn memang xdapat nak dilupakan. walaupun hanya sehari tapi memang senario yang terjadi sentiasa berbekas dalam hati aku.Aku akan jadi student nurse yang lebih cemerlang,cekap dan proaktif.
No comments:
Post a Comment
Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo