"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Tuesday, March 26, 2013

Guna bomoh ketika exam


Sua suweeii ,


Sila nyatakan jenis shock yg dialami oleh Miss Korie? (2 markah)
jawapan :

korie tersangat shock dengan exam formatif (Profesional Practice) , soalan thyrotoxicosis kuar . soalan osteomyelitis kuar .. lupa nak baca topik tu ~ oh men -_-' nak mintak tolong bomoh bisikan jawapan pun xdapat , kuasa yang menjaga dewan exam sangat kuat walaupun sedikit lucah -_-' .


Hanya boleh yakin dengan jawapan yang diberikan untuk soalan Bronchial Asthma dan Congestive Cardiac Failure itupun jenuh korie mengasah pisau untuk mengeluarkan otak beku ni untuk tulis jawapan dengan masa yang diberi cukup-cukup sahaja .



Well , aku baru je habis jawab exam semi-final tadi . semalam dan hari ni . ada 3 paper .
1) Emergency in Nursing
2) Profesional development
3) Profesional Practices


Tadi last paper Profesional practice . memang killer paper subjek ni. combination antara medical dan surgical . jenuh aku mengarang jawapan esei selama 2 jam . Kesejukkan aircond dalam dewan peperiksaan sangat x memberi perangsang unt aku jawab exam. terpaksa tahan sejuk -_- ' .nak kencing pun takut sebab takut xsempat jawab soalan . grr, xpasal2 nanti aku dpt urine retension.


btw, overall aku juz nak cakap oklaa. aku menjawab semua soalan sampai nak terkeluar otak , nasib xda pintu je kat skull ni kalau x dah lama otak aku keluar semata-mata nak jawab soalan ni semua .kan# sebenarnya sebelum exam ni aku xsempat pun nak  studi semua buku nota dari sem2 -sem6 tu, aku hanya studi question&answer bagi setiap topik. so oklah , xdalah kelam kabut sangat nak buka semua nota yang bersepah lagi xterurus tu . teruk# . jangan tiru mcm saya k .


Sebelum nak masuk dewan peperiksaan tu aku kena jalani pemeriksaan imegresen dulu oleh pegawai peperiksaan , takut nanti ada yang bawak dadah secara haram  ,cd lucah bieber dgn selena gomez untuk diseludup dalam asrama berserta  bukti pengenalan diri bersama no matrix . emm ,  xkurang jugak yang membawa bomoh siam untuk dimasuk bersama untuk membantu menjawab soalan ketika exam.  tapi yang pasti semua ini xjadi dekat kolej aku ;) . haha. tp prosedur imegresen tu ada , berserta dengan ic dan no matrix. nak exam , identiti diri mestilah kena ada kan#




Ini adalah hasil question-answer +buku soalan bagi semua topik bagi sem2-sem6 . Itu xtermasuk lagi dengan nota dalam kuliah + buku rujukan medical surgical yang tebal mrngalahkan perut orang obesiti . kalau sertakan semua bahan rujukan untuk studi nascaya aku  rela kahwin lari dekat siam sebab stress .




Perangsang studi aku~ my mom pic , my schoolmate ,my college-mates n bendera malaysia ;) , konon bajet belajar dekat oversea~ puiihhhh!




Board yang penuh dgn kata-kata semangat untuk hadapi exam ! domokun always be with me k  tapi sebenarnya bukan penuh dgn kata2 semangat pun , realitinya korang kena tengok sendirilah dekat bilik aku. hahaha.




My 1st paper ! subjek yang paling aku gemari sepanjang sem !aku suka giler subjek ni tapi suka2 pun mengetar jugak nak jawab paper ni. haha. well biasalah .



Lepas habis jea paper terakhir aku rasa mcm nak menjerit je , tapi over sangat japg . so xjadilah nak jerit , jerit dalam blog jealah eh . huhu . aku rasa 2-3 hari ni otak aku penuh sangat dengan ilmu so nak ringankan sikit dengan  mengupdate blog ni . nak ringankan dengan kentut xsopan jadinya so aku buatlah apa yang patut .




Yang pasti aku dah menjawab semua soalan dengan memberi jawapan yang terbaik berdasarkan usaha aku . Yang penting sekarang tawakal kepada Allah swt je . moga aku lulus dengan baik . Insyaallah . Amin .  Perjuangan aku stil xberakhir lagi , aku still berbaki final exam (sumatif)  + final osce dan exam LJM (Lembaga Jururawat Malaysia) yang akan berakhir pada pertengahan bulan jun nanti .



Junior aku semua still lagi exam untuk esok, lusa dan tulat so just nak wish gudluck lah untk adik2 juniorku ;) . hahaha. nasib koranglah kena jawab banyak paper . aku dah merasai semua pengalaman tu . 


esok sambung berkerja di OT ! 
tengok ibu bersalin secara LSCS lagi ; )



Friday, March 22, 2013

Studi di dewan bersalin



.

....... :'(

malam-malam gini, perut meminta makanan pejal, manalah aku nak dapat?.
godek di kotak stok makanan, hanya ada stok manggi je .. haram xsedap , dah xda selera perut unt manggi~


sebenarnya xnak update pon ,tp yealah , writting in blog is da best treatment untuk hilang stress ,
yeah , aku stress sekarang .
stress dgn exam yg tinggal 3 hari je lagi ,
stress dgn member baik lagi ..
benda kecik mcm kuman pun dah xnak bercakap sepatah ..
aku pun satu , ego tinggi , dia ego lagi tinggi . so memang xda solutionlah kalau terus begini ,
arh, buat masa ni lantaklah dulu , aku malas nak fikir masalah2x personal ni
biarlah apa nak jadi ,
boleh x??




Minggu ni straight kerja office hour (8am-5pm) dekat OT,
Penat seys kerja divided
aku rela lagi kerja shif dekat emergency department @ medical ward ,
walaupun busy masa berjalan dgn cepat ,
kalau dekat OT lambat sangat masa berjalan .


yang best cuma boleh tengok ibu bersalin LSCS dekat MOT , err seram nak beranak pastu ;') .
operate masalah gynae,ortho,neuro,plastic,eye,ent yang major dkt OT  , best ngat ;) .
waaa, mula2x excited observe surgeon,para doktor dan paramedik lain sampai habis operate,
lama-lama , jadi bosan . satu pembedahan makan 2-3jam untuk disiapkan ,
arhh , letih @-@




Isnin minggu depan (25/3/13)
gaji pekerja awam masuk..
tapi aku xseronok!
sebab time tu exam formatif aku dah start ,
blurrrrp -_- '


doakan aku boleh buat dengan baik yea,
exam ni sangat penting untuk student semester akhir mcm aku ..
Amin .



Saturday, March 16, 2013

Selamat Tinggal Kuala Nerang


Assalamualaikum bhaa..
kamu mahu apa baa?
kamu cantek bhaa.. (nampak sgt menipunya)
belilah satu rantai ini sama aku . aku boleh kasi murah sama kamu..


(petikan dari jual-beli di expo kuala nerang-14/3/2013)


Hye , Alhamdullilah .
Aku telah menghabiskan praktikal aku di hospital kuala nerang selama 3 minggu . dari 16/2/2013-15/3/2013  (1 week semester break) . Ini adalah kali pertama aku posting hospital daerah ;) .  Entri-entri aku sebelum ini telah menjelaskan kisah aku sepanjang di sana so ini adalah entri kesimpulan.. pun boleh?~


Yeah, mcm yang aku cakap, di sana aku banyak belajar , banyak sangat input yang aku dapat . dan skill dan performance aku pun semakin meningkat . Semua staf kesihatan di sana banyak mengajar . even doktor pun beri assignment suruh kiteorang buat . MA kat sini xpayah cakaplah , kalau dekat A&E tu diorang mengajar kiteorang siap guna whiteboard lagi, mcm lecturer mengajar dalam kelas je, padahal tengah berkerja . huhu, well, diorang mengajar bila xda patients jea. kalau ada buatlah kerja masing-masing . staf kat sana memang sangat daebak! xrugi aku dapat posting sini .


Emm, ada seorang staf ni gayanya mcm ustaz . ingatkan dia nak mengajar kiteorang pasal perubatan , sekali dia mengajar keluar topik agama , hehe . kalau aku sama shif dgn dia aku akan pastikan aku bawa satu buku khas untuk catat intipati ceramah agama dia ;) . best ! kelakar pun ada gak bila fikir balik .er, aku ada tanya dia satu soalan .. soalan aku begini , En, xnak sambung ijazah ke? xkan sampai advanced diploma je?. dia reply aku .. ntahla, saya rasa macam dah xsempat jea. kiamat bila-bila jea akan jadi . aku?  ( ... ' terkedu) .
xtahu nak cakap apa , sentap -_-' . aku harap janganlah kiamat lagi , aku nak kerja.. nak kasi duit dekat mak ayah aku dulu boleh? .


Member satu shif di wad perempuan ;) , kerja dengan diorang memang happening
 kak shaq : selalu usik aku dengan mr.polis di lahad datu
pika : suka buat muka cute dia tu , otak dia boleh pakai oo ;)
shira : wikipedia semua jenis ubat , aku selalu nak fight pasal ubat dgn dia ni .
mashitah : suka mengusik aku , sama je dia ni dgn kak shaq . tapi dia ni kelakar gat!
Kecik :aku banyak dapat input psl kecantikkan dari dia
Lily : my domo-kun . kiteorang ada kimia ;)


Gabungan dengan geng wad sebelah . best2!  kiteorang kat sini dah macam 1 family besar . best sangat dgn diorang ;)

Malaysia sangat panas sekarang . begitu juga gambar ini . sanggup aku duduk tengah panas semata2 nak ambik gambar kat sini . benda yg aku pegang tu panas ya amat, sebab tu ah aku pgg gitu -_- ' pun boleh .

Praktikal kat hospital ni terbahagi kepada 3 tempat , 1st aku masuk wad lelaki , 2nd kecemasan dan trauma(A&E) dan 3rd wad perempuan . . group aku plg lama praktikal di (A&E) , iaitu selama 7 hari . sangat best! mcm-mcm kes ada . i have learn a lot ! cuma sayang xdapat kes yang kena pos-mortem ;'( . teringin sangat nak tengok pos-mortem .
pos-mortem : bedah mayat .

my best patnerlah masa bekerja !

Last day outing #

Hari last bekerja adalah hari khamis (14/3/13) , hari tu semua group 4&7 kerja shif pagi . so petang tu after salam-salam untuk kali terakhir dengan semua staf kat ospital kiteorang plan kuar g pekan kuala nerang beramai-ramai . ada expo yang sedang berlansung kat pekan kuala nerang dari 28/2/13-31/3/13 .


lepak di Myfc



My rumate yang terkejut beruk dengan chezzieee yang meleleh habis~ sedap !

sempat buat terapi ion untuk buang toksik dalam badan ;) . xsangka, even aku baru berumur 21, banyak giler toksik dalam  badan aku yang keluar masa buat ni .. terapi ni sangat bagus tau! trylah buat .

masa gembira aku dan mereka ! kenangan siot ;)



well, saja buat best ambik gambar kat sini ;) aku kan orang luar di sini. hahaha. pelancong la kononya .

Ni gambar masa awal-awal posting kat kuala nerang ;) .


Setiap permulaan pasti ada pengakhiran . so ini adalah cerita pengakhiran aku di kuala nerang bersama member JP 2/2010 (group 4&7) . staf nurse , jururawat masyarakat , ma , doktor semua banyak membantu . well , sampai sini je kot entri aku kali ni. yang baik itu datang dari Allah swt dan yang kurang tu datangnya dari aku sendiri .





#aku beli rantai yg org sabah tu jual, rumate aku pun beli sekali ;) , bukan terpedaya dengan ayat manis dia eh cuma aku sememangnya dah lama nak buat rantai berukir nama 'korie'



Thank sbb baca.



I LUV MY FRIENDS A LOT


Thursday, March 14, 2013

Bayi tercabut branula , salahkan staf nurse?




#baby ini dipasang branula (jarum unt iv) pada sebelah kaki kiri , branula dah dibalut dgn kemas . tapi bayi x dibedung/diselimut , so no wonderlah branula tu boleh tercabut sbb bayi mmg x duduk diam tmbah2 sakit sebab ada branula yg dipasang dekat kaki dia.


Terjumpa isu ini masa buka fb tadi , exclly aku baru balik keja pm shif dkt wad perempuan . buka fb ingat nak lepak-lepak bg hilangkan stress di tempat keja, sekali ada plak orang pos benda ni kt fb . well ,aku xperlu nak cakap banyak sebenarnya psl benda ni sebab aku dah jumpa somebody yang berkelayakkan  mengulas isu ini di blognya ..korang leh baca kt sini--> salah staf nurse kerajaan?


Emm, disebabkan dia adalah seorang baby , bila benda ni terjadi, kita boleh accept laa sebab dia xleh nak jerit kat staf nurse kata branula tercabut . tapi selalunya kalu baby sebesar ni di hospital kita akan bedung dia dengan kain supaya dia xdapat nak gerak dan x belasah branula yg dipasang dan dibalut dengan kemas sampai terkeluar mcm ni. so knapa boleh jadi mcm ni pun aku xpastilah . xda sapa yg leh jawab hal sebenar kecuali staf yg bertugas tu .so kita xpayah nak cakap banyak sebab kita xthu hal sebenar. nanti jadi fitnah jea .xbaik tau .


Korang leh tgok sendiri , ramai gile yang share post ni dekat fb , komen-komen kat situ pun majoriti mengutuk kerja staf nurse jea banyak. oh men~ xpasal-pasal , profesion kerja aku dikutuk segini rupa.  well, susahnyalah bila jd staf nurse ni, salah sikit mcm-mcm kena tanggung. even pt jatuh katil atas kesalahan sendiri pun staf nurse yg bertugas kena buat laporan insiden kejadian untuk menjawab dkt pihak atasan . itu xkira lagi risiko jangkitan penyakit berjangkit yang staf kesihatan kena hadapi sepanjang merawat pesakit yang berbagai penyakit .??


Sepanjang aku jadi student nurse, banyaklah jugak pengalaman yang aku kutip sekitar merawat pesakit dikala praktikal, well macam-macam kerenah yang aku jumpa . semua tu sgt mencabar kesabaran seorang manusia biasa , tp dah jadi misi so xboleh la nak bersabar mcm org biasa, tahap kesabaran kena jadi luar biasa, baru boleh jalan kalau x, dah lama aku berambus dari studi nursing aku ni~ tapi itulah, misi jea boleh bersabar , orang luar boleh bercakap ikut sedap mulut jea..kadang, misi sendiri pun hilang sabar .. so mcm tuelah .



Manusia xboleh lari buat silap..








Monday, March 11, 2013

Trial osce

...
semalam dan tadi aku baru lepas trial osce semester 6 .
soalan yang kuar untuk hari pertama, aku boleh kata 'okla'
soalan yang keluar hari kedua, aku nak kata 'mcm haram' boleh x?


soalan yang keluar memang soalan teras so suppose to be aku dah tahu la kan sebab dah pernah buat praktikal tapi kenapa isunya 'kering'? kenapa xbasah jea. haih. stressnya masa masuk stesyen tu tadi ..
aku xboleh ingat dengan baik cara prosedur kering mcm mana, so tadi memang aku xboleh buat . n aku dah buat repeat dah pun. well , benda ni memang memberi pengajaran kat aku untuk jawab soalan final osce bulan 5 nanti . ahh, berdebarnya.. sekarang lembaga peperiksaan kkm tersangatlah ketat dan semakin dipebaharui formatnya . setiap kali exam mesti ada perubahan terbaru . bila dah ubah sana sini , kiteorang as a student kena terimalah yea .nasib nasib .




ujian osce bukan satu ujian yang senang, sangat mudah untuk fail , kalau tinggal satu step asepsis , markah seterusnya tidak akan dikira sama sekali . so memang amat bahaya. kalau nak dibandingkan ujian teori dan ujian osce , dua-dua penting walaupun teori kau kena study bagai nak gila padahal masuk soalan 2 topik jea dalam exam. kalau osce , kau kena buat prosedur mengikut mengikut checklist buku yang diingat/dihafal/dipraktikkan. bukan 1 prosedur tau. 10 prosedur . 1 prosedur diberi masa 5 minit so dalam masa 5 minit tu memang berperang la kau . adrenaline , urine, feces , fletus semua nak keluar time tu . debar sangat . aku xjumpa lg org yg xberdebar sebelum jawab osce .well , osce is so challenging . kalau nak tahu try le masuk nursing .




Ape pun , trial tetap trial . trial osce hanya untuk melatih kita untuk ke final osce nanti so aku just anggap kesalahan yang aku buat membetulkan aku di final nanti . Insyaallah .susah jugak kalau xfail satu pun , sebab nanti over confidence.. apa pun bersederhana dalam semua perkara lagi baik . Allah swt pasti suka .





Friday, March 8, 2013

IAM4YOU



oh men~
Esok da nak balik kolej , malas sangat da ni. tp xpe. tinggal 3 bulan lagi . sabar itu indah kan~ emm kucing aku da beranak 4 kali selama tunggu aku nk hbis belajar ni.. -_-'


Esok maybe my bro yang anta balik kolej . mcm biasa. aku kan adik? msti la kena hantar kan?!




Lusa , hari ahad aku ada trial osce dekat kolej . oh men~ ada 10 stesyen ujian osce untuk dihadapi, kenapa 10 stesyen? sebab aku da final sem.  terpaksa hadapi lah yea.  sepanjang cuti seminggu ni aku ada cuba studi banyak-banyak tapi yang masuknya sikit-sikit walaupun usaha untuk studi tu sedikit jea. paham?. haha. well, aku xboleh nak lari dari sifat malas ketika hari cuti .



Yg aku rajin , baca surat khabar hari-hari tanpa meninggalkan ruang politik malaysia . berita sukan xminat kecuali berita psl harimau malaya . berita hiburan xminat kecuali tengok gambar artis perempuan yg cun-cun , yang lain boleh lah.. well , 1 malaysia tahu pasal pencerobohan di lahad datu baru-baru ni, so begitu jugak aku .setiap masa, setiap detik , setiap jam aku akan mengikuti berita pasal lahad datu . emm, aku berminat sgt untuk tahu dan lebih tahu dari orang lain sebab isu ini sgt serius dan aku sangat cintakan MALAYSIA ! I AM4U ! .
Aku suka sangat dengan semua lagu yang berunsur patriotik yg diiklan dalam tv sekarang.
best sangat !



 The 1M4U theme song was composed and produced by Limkokwing University's 1Malaysia Music Academy

Sebenarnya , dulu masa sekolah aku pernah berhasrat nak masuk limkokwing university tapi xda rezeki kot , klu aku masuk sana 4 sure aku akan join benda2 mcm video neh ;) .


dan satu lagi yang sangat best !

 dan kalau korang selalu tengok tv3 , ada 1 lagi lagu yang terbaru . xdapat nak cari kat youtube ;'(


Selain tu , xtvt kat rumah . ngadap muka mak dan ayah sambil mensyukuri dengan nikmat yang msih diberi . Alhamdullilah.sebelah petang kuar rongeng dengan member baik . jalan-jalan .xda arah pun kadang tu , saja nak ambik angin agaknya . dalam hidup ni kita kena sentiasa berbuat baik dan berfikiran positif , walaupun , kadang aku menyampah dengan orang tu , dengan orang ni, tapi aku kena tahan diri supaya kawal emosi sebab kat dunia ni xda sorang manusia pun yg sempurna. so hadapilah dengan penuh sabar dan tawaduk dekat Allah swt . pasti ada jalannya .


Berita Gajet Terkini!
Emm ,
bateri henset aku baru-baru ni mengandung 4 bulan , xtahulah bilanya dia but seks dengan bateri lain , aku tengok-tengok dah kembung gitu ,nampak sangat tu dasar anak haram . so sekarang ni aku xthu nak buat mcm mana dengan bateri jalang aku tu.. ingat nak gugurkan jea tapi rasa bersalah so masih kiv sampai sekarang .. buat masa ni sabar jeala sementara elaun aku xmasuk lagi, nt da masuk tahulah aku nak buat apa..


that all.

doakan aku bole buat trial osce dengan baik yeaa ;)



Thank sangat!.

Wednesday, March 6, 2013

Malaysia dan Lahad Datu


....


Sedih dengan berita kematian 8 orang wira malaya yang terkorban dalam misi menyelamatkan sabah dari penceroboh yang mengaku diri mereka adalah Angkatan Tentera Kesultanan Sulu  . Apa yang mampu kita buat hanya berdoa kepada Allah SWT supaya memberi jalan penyelesaian untuk krisis pencerobohan ini . Tidak ada lagi mana-mana pihak yang sanggup  kehilangan orang tersayang .



Mari kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah untuk mereka yang terkorban nyawa demi keselamatan Malaysia .



Nasib baik minggu ni aku cuti for semester-break , boleh la rehat-rehat di rumah sambil follow berita semasa mengenai pencerobohan haram di lahad datu, sabah , hari-hari mengadap Tv3& Astro awani sebab nak tahu berita semasa kat sana , ditambah lagi dengan berita semasa dari surat khabar  yang tidak putus-putus memberi info semasa di lahad datu .



Kita hanya boleh serahkan kes ini totally kepada TUDM ,ATM dan Kerajaan Malaysia untuk mengawal dan menghapuskan penceroboh-penceroboh haram yang tidak mahu seinci pun berganjak dari sabah walaupun nyawa mereka terancam . ntahle, kadang aku xfaham dengan manusia yang xsayangkan nyawa sendiri , sampai bila korang nak berkubu di tempat penyembuyian tu , memang dah kena kepung pun , xreti-reti nak menyerah diri ke?. kita dah berikan banyak masa untuk berunding secara baik tapi korang xnak ,korang main kasar, dahtu , siap main kotor lagi dengan anggota polis kita . 8 orang anggota kita gugur dan sebilangan besar anggota mereka turut gugur dalam misi . dah tu , tetiba buat protes dekat pejabat pewakilan Malaysia di Filipina untuk hentikan misi ini dengan baik dan berhati perut ,siap bakar bendera yang ada gambar PM kita dan PM Filipina lagi . xcukup hati perutkah kitoerang memberi masa untuk korang menyerah diri sebelum ops daulat dilakukan . dan sehingga sekarang mereka masih berdegil . Itu menunjukkan bertapa patuhnya mereka kepada arahan ketua mereka.. mereka sanggup mati demi memperjuangkan hak Kesultanan Sulu terhadap Sabah yang sudah basi ditinggal zaman .



Pheww , itu xmasuk lagi bab politik sekarang . bila nyawa manusia dijadikan sandiwara politik . erh , tahulah sekarang busy nak sambut PRU13 tapi xpayahla pentingkan parti sendiri sampai sanggup mengetepikan apa yang lebih penting untuk keamanan Malaysia sekarang . Boleh x sekarang ni kita hanya fokus pada seorang pemimpin negara jea. pemimpin yang berjiwa rakyat , xperlu nak bergaduh sana sini , xpayah nak keluarkan statement apa-apa kalau xnak bertanggungjawab dengan kata-kata sendiri !. dikala negeri Sabah begini , Malaysia hanya perlukan kerjasama dari semua pihak tanpa batasan politik . Kita perlu sepakat demi negara tercinta . Ayuh bersatu hati ! Keamanan sabah bukan untuk kepentingan politik , ia adalah kepentingan sebuah negara yang bernama Malaysia .



Banyak lagi negara yang menuntuk hak mereka terhadap beberapa negeri sempadan di dunia tapi boleh je mereka berbincang dengan baik , xperlu nak ceroboh dan tembak menembak bagai untuk tuntut hak. itu tidak profesional . setiap negara ada undang-undang sendiri . adakah ini undang-undang yang dicipta sendiri oleh anda? ia sudah menjerat nyawa anda sendiri . fikirkanlah




Walaupun bukan aku yang berada di sana
bukan aku yang kehilangan orang tersayang,
bukan aku yang terlibat dalam misi perjuangan hak ,
tapi , Sabah adalah sebahagian dari Malaysia .
dan aku adalah anak Malaysia.
Sabah hak Malaysia ,
hak kami adalah hak kami,
Tidak ada hak untuk mempertikaikan,
Semuanya dah tersurat,
Itu adalah semangat patriolisme kami !


Korie @ 6/3/2013



Sunday, March 3, 2013

Ular-laaaa , happy chinese new year !


Salam ;D ,


Mungkin da terlambat nak wish happy chinese new year buat masa sekarang . tp xsalah kan kalau aku still nak wish selamat tahun baru cina . maap , xdapat nak update blog dalam masa terdekat ni sebab u know me . byk komitmen gitu -_- '. kononlah [!]



so , dihari kelapangan yang aku ada hari ni , aku nak ucapkan selamat tahun baru cina buat semua warga cina di luar sana terutama buat member2 yang perasan kulit mcm cina kat luar sana ;P .unt lu yang dapat byk angpau , wak mali sikit r kat guaaa.. gua banyak miskin wo sekalang .. hari2x gua makan luar masa praktikal , so memang cepat le habis duit guaa . banyak sedihhh woo ;'(



Pada 24/2/2013 yang lalu , kolej gua ada buat chinese new year celebration di kolej gua yang terchenta . Buat pengetahuan, gua sekarang kan tengah posting luar dari kolej so disebabkan ada majlis seperti ini so gua kena balik kolej sehari untuk memeriahkan lagi majlis sambutan ni . so apa lagi , dah kena balik kolej , balik jeala ;) . keesokkan harinya gua kembali ke tempat posting gua iaitu hosp. k.n.



So mcm biasalah , gua kalau ada majlis apa-apa di kolej memang gua akan jadi orang paling busy snap gambar . konon mcm photographer upahan kolej tapi sebenarnya ambik gambar untuk simpanan diri sendiri jea.. huhu, semua orang kat kolej dah faham dengan gua so xpeliklah sebab gua memang kaki bergambar , cuma gua xda kamera DSLR yang mahal tu je untuk tunjuk kat semua orang , gua cuma guna kamera digital olympus yang mampu dimiliki . tp xkesalah , xguna ada DSLR kalau xreti ambik gambar yang cantik -__-' . gua pun dalam proses belajar .



so jom layan gambar

Gua ingat nak pakai cheong-sam , tapi xjadi sebab gua rasa gua lagi cantik pakai baju kurung ~ ayu giteew~ xgitu korang? . oh men!

Gua suka bergambar dengan member-member gua ;) , member-member gua sangat bermakna buat gua .
Sekarang kan zaman fesyen peplum , so xketinggalan la yea bergambar dgn si gadis peplum . gua ada hati juga nak pakai peplum merah gua pada hari tu tapi xjadi sebab gua xreti la nak bergaya di majlis rasmi kolej . gua segan. muahahhahaha . kalau gua keluar outing dengan member, gua xkisah , memang fashionista sokmo
Bersama mereka yang ayu sekali , Indah khabar bersama rupa . Satu hari nanti gua pun nak pakai mcm ni jugaklah . sejuk perut ibu mengandung bila tengok anak dia pakai mcm gini.. aminnn.

Nak promot baju dioang je sebenarnya ..  gadis melayu
Member gua yang gua xkan lupa ;)

Ini member gua yang berbangsa cina . mereka sangat cantik bersama cheong-sam . gua rasa tercabar sangat ! haha

Persembahan 1 Malaysia #1

Gua ingat junior gua tengah buat apa la dekat dataran ni haa. rupenya tengah dok asyik menari tarian bollywood, patutlah rancak gila ;) , sampai nak meniarap haaa..

Tarian 1 Malaysia #2

Karoke bersama dengan para penari .dorang sangat owsome , sampai gua pun rasa nak menari dengan diorang sekali . ini semua dipersembahkan oleh junior-junior gua di kolej . diorang sangat berbakat .

Tarian 1 Malaysia #3
Pertunjukkan fesyen 1 Malaysia .Di sini gua terkesima sebentar sebab xsangka ada junior melayu gua yg terlampau seksi . Culture shock ke apa? mls nak cakap apa.

Combination student basic dan pos-basik menyayikan lagi chinese new year .

Singa dijemput khas ke majlis untuk majlis pembukaan yang gempak . Ini kali kedua singa datang ke kolej sempena chinese new year . best la jugak tengok singa ni buat persembahan dengan buah limau . epic je !

Singa yang dikawal oleh Tok Gurunya .. gua teringin nak pegang bulu singa ni tapi geli doh ! haha, rasa mcm singa betul . hoho. melaupau .

Yinsang Time~ makanan wajib ada dalam CNY . tapi gua xpenah rasa . rasa apa eh? huhu

Tetiba gua fikir , singa ke naga ni? gua pun bingung~

Persembahan hebat dari the-singa~  mesti orang dalam patung singa tu penat giler bapak kan . lama kot dia menari . hoho .



Itulah dia sambutan tahun baru cina dari kolej gua . kolej gua memang suka sangat buat perayaan besar-besar mcm ni . Untuk CNY yang akn datang xdapatlah gua nak merasa perayaan mcm ni lagi . gua dah nak habis belajar bulan 6 ni , so semua ni akan jadi kenangan terindah buat gua ;) . so sampai sini jeala kot . gua tengah cuti mid-sem sekarang ni . cuti gua start dari 3/3/2013-9/3/2013 . seminggu aje .Gua nak guna masa cuti ni dengan berehat sepenuhnya . huhu .


#maaf PSY tidak dipanggil semasa majlis ini yea so xdalah oppa gangnam style  kat sini , hanya ada singa gangnam style sahaja ;)


K. Bye !



 



Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !