"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Thursday, October 13, 2011

Trauma Dengan Darah !

Salam,

Seperti yang termaktub.. aku memang dah ikat perjanjian dengan kerajaan selama 3 tahun  untuk Diploma in Nursing.. dan selepas graduate aku wajib berkerja atas naungan kerajaan selama beberapa tahun.. 

  • Ok.. Sekarang baru tahun kedua.. masih ada lagi setahun setengah lagi untuk belajar.. hidup aku sebagai student nurse dan dunia kerja yang akan datang adalah berkaitan dengan penyakit dan bermain dengan darah manusia.. blood! Yea! aku nak cakap pasal darah.. 

  • Sebenarnya.. aku trauma dengan darah.. seriusly.. kisahnya begini , masa aku praktikal sem 1 di wad. berlaku satu kejadian yang aku xkan lupa.. xkan .. xkan.. sampai sekarang.. benda tu masih bermain di dalam fikiran.. masih menganggu emosi tapi syukurlah aku dapat tangani perasaan itu setakat ini... Insyaallah. Trauma aku xdalah boleh menjejaskan kerja aku di wad yang berkaitan dengan darah cuma perasaan trauma itu akan datang bila kejadian yang sama berulang pada orang lain serta berlaku di depan mata aku... buat aku refresh balik apa yang berlaku pada waktu lepas.. aku akan hadapi trauma tersebut.. benda tu akan datang dan menyerang emosi aku lagi.. aku penat sebenarnya nak layan trauma dan perasaan ini dan sekarang aku cuba untuk tenangkan diri. Hanya Allah SWT jea tahu mcm mana perasaan aku sekarang. Syukurlah aku ada Allah SWT yang sentiasa ada dengan aku.

  • Tetiba aku cakap pasal ni.. sebabnya adalah.. tadi..  aku kerja shif petang hari ni (praktikal)  kira baru jea balik pukul 9.10pm tadi..  Kejadian berlaku kira-kira dalam pukul 5pm. Darah dari branula patient memancut keluar.. waktu tu junior aku yang tengah dok buat.. dia nak pasang tubing iv drip..jadi kena la buka stopper yang dipasang pada branula pt.. bila buka jea terus memancut.. grrr.. junior aku ni gelabah la.. dia terus panggil aku dan kawan aku untuk tolong dia.. aku pun cepat-cepat pergi kat dia.. tengok-tengok.. nah! darah keluar dari branula pt.. banyak jugak.. aku terus capai tisu yang ada kat situ dan tutup di bahagian branula dan kawan aku yg lagi sorang cepat-cepat pasang stopper balik untuk hentikan darah terus keluar .. masa tu.. trauma aku mula menyerang.. grrr.. emosi kurang stabil.. kisah lama berdarah kembali di ingatan.. aku cuba buat bodo jeaa.. Tangan aku terkena darah pesakit tersebut.. sikit jea.. aku terus capai alkohol dan lap jejemari aku ni.. xsempat pakai glove sebab waktu tu dah urgent .

  • Lepas branula dan drip patient tersebut stabil.. kiteorang pun check diagnosis patient yang tadi tu dekat tiket data patient.. dia diagnos penyakit demam denggi.. no wonder la darah dia cepat memancut.. but dalam masa yang sama.. aku risau.. darah dia terkena dekat tangan aku tadi derr! walaupun sikit tapi kena juga.. nasib baik tangan aku xda luka tadi.. dan nasib baik jugak aku cepat-cepat sapu alkohol dekat tangan aku tadi lepas kena darah.. kalau x.. xmustahil aku boleh kena demam denggi..  but now, perasaan risau still ada.. biasalah kan..    pepun terjadi aku berserah jea.. niat aku hanya satu.. aku ikhlas nak tolong pesakit tersebut..itu baru terkena darah pesakit demam denggi.. kalau kena darah patient RVD,HIV,HEP B,C .. memang trauma tahap killer laaa.. aku minta dijauhkan sangat! Insyallah.

  • Kemalangan macam ni mudah sekali nak berlaku keatas staf di hospital.. tambah-tambah di wad-wad kecemasan.. oh! sebenarnya aku sangat xsuka dengan kerja yang memerbahaya seperti ini.. mcm-mcm boleh kena.. Infeksi mudah jea dapat kalau kita xpandai nak protect diri sendiri.. itu xmasuk lagi bab tercucuk jarum bagai..terdedah dengan penyakit berjangkit... sangat bahaya.. semuanya bermain dengan nyawa sendiri.. yea! kerja aku ni memang betul-betul perlu kesabaran dan keikhlasan dalam hati.. kalau x memang xlayak nak bertahan lagi.. baik berhenti terus.. kadang-kadang aku rasa nak give up jea dari jadi nurse walaupun aku masih student dan aku tahu bila aku dah jadi staf nurse perasaan stress pula akan datang ... penat jea,, tapi Alhamdullilah aku masih ada akal untuk mengawal emosi yang x matang itu.

  • Aku xbermaksud kerja sebagai jururawat merbahaya dan berisiko.. dan aku xbermaksud kerja ini hanya buat aku jadi stress.. dan apa yang aku cakap ni xbermaksud yang aku xsuka akan kerja sebagai nurse cuma aku masih belum dewasa untuk menghadapi situasi kerja yang macam ini..  aku perlukan sedikit masa untuk matang dalam memahami perkara sebegini..  aku harap aku berjaya hingga ke akhir.. doakan aku yea.

Nakal itu wajib!


 Ya Allah.. Kau berilah aku kekuatan dan ketabahan dalam setiap dugaan yang Kau berikan ini .Ya Allah .. Kau berilah hambamu ini tubuh badan yang sihat dan jauhi dari serangan penyakit merbahaya dan Kau berkatilah setiap ilmu yang kau berikan kepada kami. Amin

Nota Jjinbbang : Perlukan Vitamin C untuk tingkatkan immuniti badan.


3 comments:

  1. itulah cabaran seorang jururawat kan... kena bersdeia menghadapi darah dan kematian segala tu.. euuww, saya pun bole muntah agaknya kalau tgok.. hihi

    ReplyDelete
  2. fuh. nasib baik i doctor tak kene tgok sgt darah2 ni. ;p

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !