"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Sunday, February 19, 2012

Praktikal #4 : Nama ubat bukan mcm nama lagu jiwang,seriusly !


Assalamualaikum,
kalau jawab suka, kalau xjawab dosa tau ;)



Balik je kerja pukul 9.10pm tadi.. kelam kabut cop bilik mandi sebab semua yg kerja petang akan balik pada waktu yang sama dan pukul 9.45pm kiteorang dah kena turun bawah untuk rollcall. jadi kiranya 1st come 1st serve yo ! nak mandi lama-lama pun xdapat.. setakat melalak dlm bilik air takat pertengahan lagu jea, habis c/o habis la mandi .. yealah !kena mandi secepat mungkin sebab masih ramai yg menunggu unt masuk bilik mandi.. hurm, mcm ni lah rasanya duduk asrama.. ;p kena cepat sebab kena turun rollcall.. arhh! seriusly aku benci rolecall setiap malam! tapi. apa aku mampu boleh buat?.. benci dlm diam jeala. 



Praktikal :pm shift

Hari ni aku jaga cubicle belakang.. ore kelate sebut 'belake' kiranya aku jaga side pesakit bahagian belakang la.. selalunya pt di side belakang adalah diantara golongan pt yg high risk.. maksudnya kat sini.. pt yang kritikal.. ada ventilator dan drip ubat sambung menyambung dekat pt. memang penuh ah kalau tengok.. penuh dengan wayar.. kalau student jp nak buat prosedur pun mcm susah sikit tapi so far ok lah. pengalaman mematangkan aku.. practice make skill yo ! kadang2 terkinja-kinja jugak doh.. biasalah. tahun kedua baru ;9



Tadi, masa waktu melawat.. ramai gile pelawat yg masuk wad untuk melawat pesakit.. serabut kot aku.. serabut giler.. seriusly.. dengan budak-budak berlari sana sini.. adik xtahu ke yg dlm wad xboleh berlari? kang terjatuh terkena jarum sesat ke.. besi ke.. sapa salah? adik jugak .. lepas tu nangis sampai satu wad dengar.. lepas tu kena halau dengan security.. nangis la kat luar sorang2 k! harap je comey tapi xdengar kata ! ..Haiya, memang selalu bikin gua panas kalau ini macam..yg sn plak, dalam masa waktu melawat ni lah sibuk nak kasi ubat dekat pt. tarik troli ubat ke sana kemari.. adoiyai.. nak xnak kena lah tolong sn kasi ubat jugak ;]



Aku kena tanya tadi dengan sn yg incharge bahagian obat. dia tanya 'apakah ubat OHA'? oh maigodd. seriusly aku xtahu ..jadi aku diam jea.. diam maksudnya 'mungkin xtahu' jadi dia pun bagitau ah aku nama2 ubat OHA tu, semua ada 3 jenis.. dia sebut ketiga2 nama ubat tu dan suruh aku ambik dalam bilik ubat.. dia just bagitau sekali jea kot.. paham2 jeala nama ubat dah la pelik dan terbelit lindah nak sebut ..aku nak suruh dia ulang nama ubat rasa malas plak sebab sn tu mcm garang dan mcm susah nak mesra jea.. jadi aku pun terus ke bilik ubat tanpa pastikan nama ubat dan dos yg perlu diberi..  yang aku tahu OHA tu stand for O=Oral H=Hypoglycemic  A=agents .. nama ubat aku xhingat .. dan alhamdulilah dekat bilik ubat tu ada sn lain dan aku minta tolong sn tu tunjukkan ubat untuk 'OHA'..   nasib baik.. hurm, jenuh la nak ingat semua nama ubat.. fuhh, penat.. nak jadi doktor xlayak.. nak jadi nurse pun masih terkinja-kinja lagi.. erm, boleh ke aku jadi sn suatu hari nanti?.. aku masih xbersedia doh ! seriusly!. 



#Btw, untuk kes yg mcm aku tadi.. masalah aku adalah aku masih kurang skill dengan pemberian ubat untuk pesakit .. aku masih xtahu byk lagi jenis ubat dan fungsinya dan aku kena selalu bertanya dengan senior dan sn di wad.. mungkin itu dapat membantu ;)



Gudnite blog! luv my diary ! hanya kau saja yg mendengar luahan hatiku ;)
semua orang sibuk dengan gewe masing2.. aku? inilah gewe aku kot

No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !