"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Saturday, September 28, 2013

Senak Pilih ED

Hi blog..
tetiba aku ada ruang dan masa untuk menaip kan..
yes.. aku akan cari masa untuk menaip bila aku rasa something yg perlu diluahkan



Minggu Orientasi selama 3 minggu baru je habis tadi ,
orientasi sebagai staf nurse baru.
kenal-mengenali dengan freshie staf nurse yg berlainan kolej buat aku excited terlajak nak cari member baru.
tapi member lama stil lagi menjadi keutamaan .
itu mesti .



Hospital aku kerja ni terlajak excited menyambut kehadiran freshie staf nurse seramai 60 org ni
sampaikan , buat orientasi kejururawatan selama 3 minggu .
then , minggu depan (30/9/2013) aku da start keja di ED sebagai staf nurse terlatih, kena lagi kena orientasi , tapi orientasi ikut department lah . so aku kira bajet paling hebat , orientasi je dah kira 1 bulan . oh yeah! excitedddnya. -_-' padahal minggu orientasilah minggu paling bosan dalam dunia walaupun aku banyak dapat input berguna untuk berkerja nanti . bukan sebab apa tapi disebabkan kena dengar talk yg panjang lebar .. boleh bayang mcm kau sorang je yg tengah tengok wayang 3 jam berulang kali . begitulah rasanya . tapi overall aku layan je minggu orientasi ni sebab semua talk yg diberi tu  sangat penting untuk diguna semasa bekerja nanti. Jutaan terima kasih dekat semua Sister dan Matron yang mengetuai Kursus orientasi kejururawatan ini :) . Tanpa anda semua tiadalah kami freshie' di sini .




Ok , masa orientasi , aku kena isi borang untuk isi departmen mana yang aku nak pilih untuk bekerja nanti . aku sebenarnya dah decide masa aku still student lagi dan yang kena dengan jiwa brutal' aku ni. so pilihan aku xpernah berubah dari masa jadi student sehinggalah sudah qualified sbg. st. staf nurse terlatih . aku tetap nak department tu jugak . jadi , pilihan pertama aku adalah Emergency Department (ED)  . 2nd choice ward Paed (sebab aku minat budak2x dan terpengaruh dengan kdrama Good Doctor) setiap malam doa supaya Allah swt kabulkan permintaan aku , berharap sgt dpt ED sebab yang tentukan department ni ketua matron , aku hanya boleh mohon je tapi ketua matron yg akan tetapkan . dan.. alhamdullilah , semuanya dipermudahkan. dan semalam our KPJ umumkan penempatan department untuk kiteorang dan Syukur , nama aku dipilih dalam Emergency Department . fuhh ..seriusly lps tahu dpt ED aku rasa mcm nak jerit giler2 biar satu hospital dgr yg aku jerit sbb aku happy.. waaa. tp xbuat pun. memalukan . haii..




Pada masa yg sama , sebenarya aku agak berdebar dan takutla nak masuk kerja kat ED , bukan sebab xminat. minat tu memang extremely minat tapi still berdebar sebab 'I am freshie' . yeah.. u should know that .. tapi aku yakin yang aku boleh buat. semua kerja mula-mula susah dan xda kerja yang senang kat dunia ni kan.. but aku still rasa seram sejuk camgitu .. yeah.. kenapa ntah aku harap ada org faham aku . tapi diorang xkan rasa apa yg aku rasa. ED bukanlah satu tempat yg boleh dibawa main . semua permulaan rawatan bermula di ED  so aku kena sentiasa Alert dan standby untuk rawatan kecemasan.  Apa pun prinsip kerja aku adalah aku nak enjoy je kerja kat ED tu walaupun busy sampai kena double shift/triple shift asalkan xlanggar SOP . Insyaallah .Aku kena percaya kat diri sendiri.



Aku syukur aku dapat ED , memang itu yg aku nak .
aku akan sentiasa belajar dan rela diajar supaya aku terus berjaya


Korang doakan aku yea.

#Positively Nurse.





No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !