Dear diary,
Geram betul bila dengar budak-budak dekat kawasan flat depan kolej main mercun dan bunga api!! bukan nak ajak aku sekali derr..
Wah wah wah.. semua pakat sibuk nak kemas barang malam ni...aku dapat cuti 2 minggu untuk Hari Raya ni.. bermula 26/8/11-9/9/11
Esok hari last kerja.. dah excited sangat nak balik sampai dah malas nak buat kerja.. blur jea masa kat wad. otak dok melayang dekat Penang..
Mood raya sebenarnya biasa jea.. mood nak bercuti tu yang tinggi melambung.. cuba bayangkan. aku ni susah betul nak dapat balik rumah.. kalau ada perayaan besar mcm ni jea berpeluang balik rumah..bukan senang nak dapat cuti.. aku yang dok dalam utaqa pun susah nak balik.. yang dok pantai timur lagi lah xbalik terus.. so bila ada cuti perayaan mcm ni..Itu yang buat kiteorang kat sini hepi !
Malam ni malam terakhir terawih berjemaah di kolej.
Hari Jumaat ni.. aku maybe akan g shopping raya di Alor Setar.. Barang murah ! so jom pakat-pakat p sana ..
Nota Jjinbbang : Aku balik lambat.. Sepatutnya esok petang aku dah boleh balik sebab aku kerja pagi tapi ada masalah timbul so kena stay sehari.. jumaat baru gerak balik penang!
selamat balik kampung..kih kih kih..selamt hari raya..
ReplyDelete