"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Friday, August 26, 2011

26 Ramadhan : Wajah Sekitar Parit Buntar,Perak !

Salam Ramadhan para blogger,


Alhamdullilah aku dah sampai rumah pagi tadi.. seawal 11 am aku sampai  rumah.. Thank to my bro !.. Walaupun kerja malam dia tetap berusaha untuk mengambil adiknya di Kolej pagi tadi..  


Sebelum sampai Nibong Tebal.. kiteorang lalu dekat Parit Buntar.. dekat dengan Smk Permatang Tok Mahat.. depan sikit ada pasar hari 'burma'.. sepanjang jalan penuh dengan deretan orang ramai yang membeli di pasar tersebut.. grrr.. dasyat jugak.. aku yang xda niat nak shopping kat situ turut serta.. banyak giler tudung,baju raya yang dijual dekat situ.. semua harga borong.. dasyat ! Murah.. patutlah ramai orang..


Lihatlah! berlonggok tudung.. kat dalam tu sesak dengan orang yang memilih tudung..  kau x nak ke?

Gambar yang sempat diambil.






Pada sebelah petang aku pergi merongeng dengan sepupu aku.. naik moto.. lama kot xnaik moto.. nikmatnya dapat naik motor berbanding kereta sebab jalan jem giler.. so bila naik moto bley celah menyelah dan potong memotong.. =_=
Gerak ke Pasar Malam Parit Buntar di Pekan Lama.. (setiap hari jumaat)
Ini adalah jam loceng.. Mercu tanda Parit Buntar ! tapak pasar malam di hadapan jam ini.


Pasar Malam ni standard pasar malam tempat lain r.. besar jugak.. agak-agak kalau penat xdapat nak pusing sampai habis tapak pasar malam..  dekat Pasar Malam ni makanan yang paling best dan top adalah -->

Banyak sedap ! RM 3 sangat berbaloi.. aku kalau datang sini benda ni la yang aku cari 1st!


Lama gak aku tunggu order tadi.. ramai sangat yang membeli murtabak ni..


Jangan risau.. Telur yang digunakan telah dibasuh... dijamin.. ok.. memang ini adalah murtabak yang terbaik setakat yang pernah aku jumpa.. best !


Lepas habis jalan di Pasar Malam,aku dengan Cik Supupu gerak ke pekan baru plak.. perh! sesak.. berhimpit sesama kenderaan.. aku yang tunggang motosikal ni dengan lagaknya tunggang slamber je depan diorang yang tersangkut.. wakaka.. siapa suruh naik kereta masa-masa mcm ni.. kan dah tersangkut tengah jalan..

Selain tu, Sepanjang bulan ramadan ni.. di belakang hentian bas Parit Buntar ada buat expo.. Jual barangan untuk raya.. harga? bolehla.. tadi aku sempat g.. Ingat nak cari jersi bola Malaysia yang paling latest tu.. kuning cair bukan kuning berbelang hitam tu.. yg tu aku dah ada...xda plak..


Btw, Parit Buntar adalah daerah negeri Perak (Utara) ,bersempadan dengan Nibong Tebal (Penang) memang dekat sangat.. aku kerap g PB sebab barang dekat situ memang murah..



Nota Jjinbbang : Tadi kat rumah aku berjaya buat biskut coklat .. Ingat kau sorang je pandai buat biskut?.. aku pun boleh la.. huhu..

3 comments:

  1. wahh meriahnya memang sesak pun hehe

    ReplyDelete
  2. seronoknya balik kpg. habeh satu kampung di round nya....

    selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !