"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Wednesday, April 27, 2011

Derr' Aku dah lama berbulu dengan engkau tapi aku sabar jea!

Bley x aku lari dari kolej guna kereta ni?.. Justin bieber kea tolong bawakkan.. sure.. semua orang mata jadi kelabu.. xperasan yang aku sudah lari dari kolej kalau J.Bieber yang jemput aku lari.. hua hua..
  • Selamat malam yea korang!.
  • Tahniah bagi korang yang baru menang besar dalam hidup korang.. teruskan perjuangan.. jangan bongkak pulak!.Ingat kite kat belakang selalu perhatikan korang-korang yang berjaya ni.. bagi yang menghadapi kekesalan hari ni janganlah biar hari mu dimamah kesedihan.. biarkan ia berlalu seperti angin membawa hujan di tepian pantai.. Usaha lagi.. Itu yang pasti.
  • Ermm.. tadi kat kelas xbelajar apa-apa tutorial.. aku kena turun pergi praktikal.. kena habiskan latihan praktikal hari ni jugak dekat skill lab.. prepare untuk menghadapi osce sumatif yang akan datang nanti. Penat derrr.. bukan penat dengan latihan yang diberi tapi penat dengan arahan yang diberi.. arahan yang berbeza diberi oleh orang yang berbeza buat aku sangat Penat berada di sini! Erhh.. aku malas nak cakap yang bukan-bukan..xsistematik langsung..kita yang terima arahan ni yang disalahkan.. aku memang sabar banyak hari ni.. 
  • Aku kena habiskan 4 stesyen hari ni.. 1st-ECG,2nd-Injection 1M,3rd-Buang drainage,Oralphyrygeal airway+pasang high flow mask. dan sepatutnya hari ni ada stesyen untuk latihan CPR tapi xda! sebabnya xcukup masa dan pengajar.. dah ramai pengajar junior dan senior yang turun untuk   conduct kami bagi setiap stesyen... Tapi disebabkan sem aku terlalu BIG iaitu seramai  106 orang..dan guna 1 skill lab jea.. memang  sesak sangat la skill lab tu. Bising lagi! Ah.. serabut derr.. camni la kalau nak belajar.. Alhamdulilah ler aku sempat habiskan semua keempat-empat stesyen tu.. ada kawan aku yang xsempat pun ada. kesian diorang... btw.. Ada hikmah die jugak kenapa minggu ni buat study week.. minggu depan masuk praktikal balik dekat wad.. sekurang-kurangnya kami sempat belajar dan berlatih semua prosedur yang maybe masuk osce di wad.. beza dia kalau buat di wad kita buat dekat pesakit yang real kalau di skill lab kita juz guna patung jea.. dan yang pasti patung kat skill xkc respon bila kita tanya dia untuk lakukan prosedur.. kita yang jawab soalan sendiri. huhu.. kalau kat wad memag real la tapi agak berisiko la kalau silap tapi ok jeaa.. sebab senior kan ada.. diorang bley back up.. Jangan buat kepala tau sorang-sorang jea.
  • Dua tiga hari ni.. aku kena tahan balik lambat jea.. mama L tahan keteorang.. ada jea benda dia suruh siapkan last-last minit.. naik geram aku.. kalau lajak 2-10 minit xpea lagi.. ni x.. lajak sampai 1 jam tu memang xbley tahan.. dah la bley keluar dari asrama waktu petang pukul 5-7PM jea.. kiteorang balik pukul 5. dia tahan kiteorang sampai pukul 6pm. sapa yang xpanas?Hot and spicy lagi kite sabar jea.. cuba pahami die.. cuba jangan bertekak dengan dia.. cuba pulihkan perasaan marah.. cuba think positif kerna apa pun dia buat dia tetap dia yang berkuasa keatas kiteorang.. so memang kena terima.. siapalah aku unt lawan dia??..Btw.. kena tahan 1 jam pon dah nak bising.. apa la! biasala tu? Ehhhh. situasi  aku lain..korang xkan paham
  • Memang betol la senior cakap sem dua dalam diploma in nursing under kkm memang hard!. so many strile prosedure yang kena belajar.. medikal dan surgikal. sampai kadang-kadang aku rasa mcm otak aku dah jadik bengong sebab asyik benda medikal jea. xmasuk surgikal lagi. 'mesti korang akan cakap macam ni..' Ala jadi misi apa la sangat nak belajar.. cucuk orang jea.. belajar sikit-sikit.. lain la kalau jadi doktor' Ermmm di sini aku nak putuskan dan tegaskan.. Nursing satu bidang yang profesional.. belajar cara penjagaan dan perawatan.. apa yang doktor belajar kebanyakkannya kita belajar.. paling tidak pun kita tolong assist doktor.. jadi seriap prosedure yang doktor belajar kita pun kena tahu cuba xdetail.. sebab itulah kalau nak jadi doktor kena belajar sekurang-kurangnya 5 tahun.. Nursing 3 tahun jea.. Bukan senang wei.. dalam hidup ni mana ada yang senang.. kena bersusah-susah dahulu dari mula.. nanti baru nampak kesenangan dia. so aku nasihatkan kepada diri aku.. jangan selalu mengeluh! mesti bersyukur.. Itu yang penting.
  • Ok done! that all unt report hari ni.. ada berita gembira hari ni.. wah wah wah.. nak tahu x.. sangat-sangat kea?..
  • Elaun aku dah masuk.. aku dah g serang ATM petang tadi.. dah lama xmanja-manja dengan ATM.. huhu.
  • so sekarang.. aku memang xsabar nak outing hari jumaat ni.. sabar jea ni.. aku nak cari barang..banyak barang yang dah nyawa-nyawa ikan wei.. so jumaat ni aku and the geng akan serang Alor Setar! ayukkkkK!!

No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !