"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Monday, August 20, 2012

Salam Aidilfitri 2012 , bukan pasal kahwin dah !


Assalamualaikum ,
Salam Aidilfitri,
Salam Raya ,
Salam Sejahtera,


Hi, hampa semua mesti muka hepi kan malam ni? hehe. mestilah kan. raya. mesti la semua hepi. kalau sedih pun xdalah sampai ke malam ? hari raya adalah hari untuk semua bergembira. hari dimana semua orang berkumpul , hari dimana orang mcm aku ni kutip duit raya walaupun xsedar diri yang diri tu dah 2o tahun. ala baru 20 tahun. btw, sebenarnya raya tahun ni aku xdapat duit raya sebanyak tahun2 lepas pun. T_T. bukan xramai yang datang rumah tadi ,ramai giler doh tapi sorang pun xkc duit raya kat aku. grrr.. xkan nak minta? aku pun tahu malu maaa. haha. maybe diorang ingat aku dah keja jadi misi kot. aiyoo.. hilang punca pendapat bulan ni. tapi xpeala. sebenarnya aku pun dah segan nak terima duit raya bila dah besar panjang ni . baru matang sikit.


Suasana pagi raya di kampung aku meriah mcm biasa. hari ni xpergi pun sembahyang raya atas sebab sebab tertentu. so keja aku pagi adalah jadi tauke duit raya untuk bebudak yang datang beraya kat rumah. haha. seronok jugak ;) . teringat masa aku kecik dulu.  beraya kat rumah orang yang kc duit banyak jea.kalau dapat duit 50 sen. lepas keluar dari rumah orang tu mesti kiteorang kutuk2 punyalah. lps tu tahun depan punya raya xpergi dah rumah dia sebab nak jimat masa, kononya la.. hahaha. bongok kan?. biasalah budak-budak. yang budak2 skang ni pulak pesyen xnak masuk rumah. datang beri salam sua tangan. pastu buat muka comel sambil cakap. akak nak duit raya ! haha. well. tranformasi.Seronok bila imbas balik kisah raya masa kecik dulu-dulu. bestt! setiap dari kita mesti ada kenangan kan. so simpan elok2 yea. ;) Nasib baik masa aku kecik dulu aku xda blog jea. kalau ada dah lama aku update kisah raya aku dulu. hahaha.


Sebelah petang , Aku keluar dari rumah. beraya ke rumah kekawan sekolah. mcm biasa. rutin semasa raya mesti kiteorang akan buat konvo bermotosikal ke rumah masing-masing. (2 tahun lagi dah ada kereta sendiri kot) tradisi tu ! seronok bila keluar ramai-ramai. hilang semua stress pasal kolej, assignment, research dan pengajar. rasa mcm otak ni kosong jea. xfikir dah pasal stress yang menghantui diri aku sebelum ni. Alhamdullilah. Kawan-kawan aku ni kisah diorang semakin hari semakin menarik. setiap kali jumpa mesti ada benda baru yang dikongsi ;) . Sekarang ni, dalam geng aku , dah 4 orang (include me) masuk bidang nurse under gov. huhu. sorang sem 1, sorang sem 2, aku dan hani sem 5. tapi semua belajar kat kolej lain-lain. well. lebih baik mcm ni kot. baru best bila buat reunion . bagi aku. mcm kelakar jea. bila fikir keempat-empat kami ni bakal jadi misi suatu hari nanti. 


Inilah kisah raya aku bersama mereka


Ketupat daun palas. aku balut sambil tengok apa celup raya di tv3 ^^

Merdeka raya

xsabar nak sambut merdeka sebenarnya !  aku teringin nak sambut merdeka dekat KL. Mesti meriah giler.  ;)

Kawan awk ke?

Bendera pun nak masuk dalam blog jugak -__-

Akma, arina,hani dan faten ;)

Aku dan mereka bersama di hari raya . xsemua yang ada ni. ada yang balik kg . so tinggal yang tegar-tegar jeala kat sini

Bersama mariam. yam ! ko kena datang beaya kat rumah aku nanti k! mesti datang -_-

Mee udang yang giler penuh dengan udang !. xnampak lagi yang dalam mangkuk tu. Btw, thank to kak na, shima. nanti-nanti panggil la lagi kalau buat makan-makan kat rumah eh.
Kenyang.


With hani. dia baru sampai malam raya semalam. letih! baru balik dari johor -_- btw, bila jumpa aku terus bersemnagat pulak. haha.. ;)

Xready !
Beraya lagi..

Xsoal kenapa aku pakai selaur jean masa raya ? baju yang aku pakai tu baju kebaya sebenarnya. tapi kainnya ketat giler. standard kebaya la kan. aku nak tunggang motor pun xlepas so aku tukar le pakai seluar jean . itu jea ;) .1 hal lagi , kalau aku pakai baju kebaya penuh . mesti pelik. sebab xbiasa  beraya dgn kebaya. huhu.


# Selalu kalau jumpa jea dengan semua kekawan aku ni , mesti akan keluar topik kahwin jea. tapi kali ni tidak yea ! semua fokus pada duit raya. haha. dasar !


Untuk pembaca  blog 'Ini Belog Korie'



SELAMAT  HARI RAYA 
MAAF ZAHIR BATIN

No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !