"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Thursday, August 16, 2012

Suasana di Pekan Rabu, Alor Setar dikala dekat raya


Assalamualaikum ,


Alhamdullilah. akhirnya aku dah sampai rumah petang tadi. balik kampung untuk meraikan hari raya yang tinggal 2 hari jea lagi. cuti aku start dari 17/8 -2/9/2012 . Agak panjang cuti raya kali ni sebab sambung dengan cuti pertengahan semester seminggu. so total cuti raya + midsem = 2 minggu. 


Tadi ada kelas. sepatutnya habis pukul 3.30pm tapi untuk hari ini kelas aku dibenarkan self directed study dekat dlm bilik selepas pukul 12.30pm.Perh memang best ! memang self study sungguh dalam bilik tadi. haha. padahal sibuk mengemas beg untuk balik. xkira dah. dia suruh studi ke apa. dlm kepala ingat nak berambus cepat jea dari kolej. grr..  xsabar dah nak balik. 

......

Entri ini adalah kesinambungan  untuk entri yang ini . Saja buat sebab gian nak update blog kat rumah. padahal xda idea nak menaip apa. so aku pun masukkan gambar masa aku pergi pekan rabu beberapa hari yang lepas. Inilah dia. xbanyak gambar aku. gambar sekitar bazar pekan rabu dan di bangunan pekan rabu sendiri. layan sudah eh. sebenarnya kalau ikutkan aku dah jemu nak jejalan sekitar pekan rabu tu tapi dah kolej aku agak dekat dengan bandaraya Alor Setar jadi memang kalau outing aku akan datang sekitar Pekan Rabu-City Plaza jeala. kalau hampa orang kedah hampa tahulah ;).


 Jom layan gambar

Keluar g sana naik bas jea. Masa ni tengah tunggu bas seh ;)

Inilah dia sekitar depan pekan rabu. penuh dengan keropok, kerepek bagai.  Makanan tradisional melayu mudah didapati dekat sini.

Jejalan. cuci mata. tapi xdalah cuti mata sangat kat sini . ramai makcik-makcik jea kat sini. adeh ;l

Serunding

Dekat Pekan rabu banyak stok jenis-jenis ikan masin, ikan kering, pekasam, belacan, budu dan yang seumpamanya.  Memang banyak barang mcm ni jea kat sini

Ini contoh ikan pekasam yang dijual kat sini. Aku beli ikan masin sepat . the famous one ! xpernah rasa? trylah. barulah rasa mcm diri tu melayu sikit ^_^ . lagi satu yang femes kat sini adalah kuah rojak mak bee ! perh menyerap sedap ;)

Ok, ini dah masuk bahagian bazar. sbelah tepi bangunan pekan rabu bazar dia xdalah sebesar bazar ramadan di stadium darul aman. just biasa-biasa jea.Aku xkesah. asalkan bazar tu ada jual nasi kerabu dan air bunga sudah cukup untuk aku ^__^

Tetiba teringin nak makan buah. so aku angkat satu

Agak sedap ^__^  . tapi aku lebih prefer nasi kerabu

Aku cuci gambar kat city-plaza.  kira-kira dalam 97 keping semuanya (4R). Saja buat stok ! i like.

terjumpa dvd album terbaru super junior masa jejalan dekat city-plaza. terus ambik dan beli on da spot. ;) . Aku beli gak malay epop untuk isu bulan ogos. dapat free gift sampul duit raya super junior . ^__^


# Aku doakan kekawan aku yang balik jauh tu, johor, kalantan, terengganu selamat sampai esok pagi eh ! dorang pakat bertolak naik bas malam ni. aku jea yang lepas sampai rumah awal sebab aku orang utaqa jea. ;) 


Best ! tadi dapat berbuka kat rumah. 1st time berbuka di rumah untuk ramadan tahun ni.  ^__^


1 comment:

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !