"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Tuesday, August 28, 2012

Trend majalah hiburan mengikut arus kematangan


Assalamualaikum ,


Kalau nak dibayangkan , aku ini dari kecik sampai sekarang boleh dikategorikan manusia ulat buku sebab aku suka beli majalah dan kumpul majalah. itu adalah hobi yang aku sendiri baru sedar ianya telah wujud sejak aku masih tadika lagi. dari zaman aku Tadika > Sekolah Rendah > Sekolah Menagah > Kolej mesti ada kesinambungan majalah yang aku akan beli dan buat koleksi. kalau ikutkan, majalah aku yang lama-lama semua mak nak bakar sebab semak sangat tapi aku sempat merayu dengan tangisan yg sayu supaya mak aku xjadi bakaq semua majalah tu. dan berjaya ! tapi akhirnya.pada tahun 2012 aku sendiri xtahu mana lah aku letak majalah tu semua dan yang tinggal hanyalah koleksi majalah 2,3 tahun yg lepas hingga sekarang ;) . baguskan aku?. dapat yang baru tinggal lama. bagai kacang lupakan kulit . hampeh .


Tadika > Sekolah Rendah


Masa ni aku adalah anak tunggal perempuan yang mempunyai 3 org abg . Ayah memang manjakan aku sbb aku jea anak perempuan yg dia ada dan aku memang sangat mengada dan selalu buat abg2 aku dengki kat aku ;) . Kalau aku nangis, merajuk ke apa, ayah selalu belikan majalah Doraemon atau Shinchan kat aku demi nak pujuk aku yg suka menangis ni ;) . dan start dari situ amalan membaca majalah dah jadi habit .



Bila dah naik sekolah rendah , aku dah pandai menabung untuk simpan duit. setiap bulan aku akan beli majalah Kawan dan Kuntum dan aku sering masuk peraduan dalam majalah ni tapi xpernah menang.(''_') .

Bila masuk darjah lima ayah aku perkenalkan aku majalah Dewan pelajar sebab dalam tu ada nota dan latihan UPSR -__- , kadang ayah yang belikan kat aku setiap bulan, tapi ada masanya dia terlupa nak beli jadi bila sampai time tu, aku la yang beli sendiri .


Sekolah Menengah

Keputusan UPSR aku agak cemerlang jadi aku duduk di sekolah berasrama masa ting.1. Masa nielah aku belajar berdikari bagai. hujung minggu keluar outing pasti aku akan pergi kedai buku dan beli majalah Bintang kecil sebab nak dapatkan poster korea dan nak tampal poster dekat loker dalam bilik asrama ;). lepas aku dapat tahu majalah Hype ! ada ruangan pasal hiburan korea terus aku stop beli majalah bintang kecil dan aku start beli dan kumpul majalah hype setiap bulan.selepas  dua tahun kumpul majalah hype ! aku start bosan dan aku mula mengumpul majalah Klik sehingga habis ting.3


Bermula tingkatan 4 , jiwa remaja semakin memberontak untuk mengenali apa erti remaja yang sebenar jadi aku pun langgan majalah Remaja setiap bulan dan xpernah miss walaupun satu isu . Tetiba wujud pulak majalah remaja yang terbaru iaitu majalah Yezz! , aku tertarik dan aku beli serta kumpul setiap bulan sehinggalah habis ting.5.


Masa tingkatan lima. kan dah dekat dengan SPM jadi aku turut langgan majalan Fokus spm , Dewan Siswa dan Dewan bahasa untuk lebih bersedia menghadapi SPM . mcm budak smart sgt dah tuh -__-



Lepas habis jea spm aku teruskan membeli majalah remaja dan yezz! sehinggalah aku terjumpa buku bacaan yang lebih berinfo jelas dan mantap seperti Infiniti, Mastika, Al-Islam dan banyak lagi. aku xbeli majalah ni semua sebab majalah ni abang aku dah langgan setiap bulan dan ada gak yang aku baca kat library awam berdekatan rumah aku. 

Kolej

Starting tahun 2010, aku masuk kolej nursing . belajar pasal kesihatan bagai. dari situ aku mula tertarik dengan majalah Rapi yang banyak info mengenai kesihatan dan tetiba tahun ni kalau xsilap majalah Malay epop diperkenalkan . aku apa lagi ,time tu jugak aku start beli majalah malay epop dari 1st isu sehingga tahun 2012 (sekarang) .memang xpernah miss dua majalah ni. 

         


Tahun 2012

Tahun dimana umur aku sudah genap ke 20-an . Aku semakin matang dan berlaku perubahan pada diri. yea aku sedar. aku dah malas nak fikir benda yang remeh dan malas nak peduli hal orang lain. keja aku keja aku. keja kau keja kau. Minat aku terhapap muzik hiburan korea (kpop) kian pudar . dah xseperti zaman dulu. aku hanya fokus pada drama korea jea kalau ada masa lapang dan untuk muzik korea aku dah malas nak ambik port kecuali hal mengenai super junior. ;) . ntahlah. maybe sebab tu basic starting y aku minat kpop. tapi aku tetap langgan majalan epop malay demi kepuasan diri sehingga sekarang walaupun aku xbaca dah !. 


Tahun 2012 jugak , Hijabers Malaysia diperkenalkan dengan keluaran majalah Hijabista untuk kali yang pertama. aku sangat-sangat tertarik sebenarnya pada isu pengenalan majalah hijabista tapi aku x beli sebab mcm mahal jea. tapi bila isu pertama keluar (cover depan Maria Elena) aku terus beli sebab aku minat sangat dekat sis Maria. so lepas tu, aku rasa rugi plak kalau aku xbeli keluaran seterusnya sebab memang best ! aku suka tengok fesyen tapi xpandai bergaya ;) . sekarang ni hijabista dah masuk isu yang ke-3 .so lepas ni majalah seterusnya yang aku akan terus kumpul adalah Hijabista !




#So disini aku mengaku yang aku memang suka membaca dan aku suka kumpul majalah tapi bukan buku text eh. sebab buku text tu bosan -__- .Sekali dapat buku text medical nursing, perh ! lagi semangat aku nak baca . tebal xpayah cakap.




1 comment:

  1. lepas ni mesti pengantin, etc
    pastu keluargaku
    anak2 kannnn????

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !