"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Tuesday, May 17, 2011

Jumpa Shaheizy Sam di City plaza!

  • Salam korang bagi yang cuti sahaja yea :p selamat menyambut hari wesak untuk korang yang menyambutnya ye!. Hari ni adalah cuti umum di Malaysia sempena hari wesak!.
  • Aku lepas jadi staff nurse nanti dah xda dah cuti-cuti ni semua.. setiap hari kerja dan cuti seminggu sekali jea kot.. perhhh! sedih aku.. so masa jadi student nurse ni jeala masa yang aku ada untuk enjoy cuti puas-puas!. 
  • Disebabkan aku cuti dan sudah merdeka dengan semua exam jd aku outing ke Alor Setar hari ni.. Ingat xnak keluar tapi disebabkan hyperbosan duduk mengadap komputer jek 24 jam kat bilik.. baik aku Outing!. bley usha couple-couple yang tengah buat aksi panaz di tempat umum..gatal!
look,aku,wong

  • Aku keluar dengan roomate,kak yan dan fatheen.. berempat tapi berjalan bercouple-couple. aku dengan kak yan.. hohohh.
  • Punya la semangat nak pergi.. pagi-pagi dah digerakkan oleh kak yan.. dia suruh bersiap.. cepat sungguh minah sorang ni.. so ikut jealaa.. aku bangun lewat pagi tadi.. pukul 9am baru aku bangun.. sebabnya semalam aku tido pukul 2.30am kalau xsilap.. tu pown tertidur punya pasal.. aku tengah online sebenarnya.. punya xsedar sehingga aku tertidur..
  • Destinasi outing kali ini adalah City plaza.. dah lama sangat xpergi sini.. hari tu pergi tesco dan sebelumny pergi Jitra Mall. Jejalan kat sini jeala.. sini bukan mcm kl tempat korang tu.. sini Alor Setar! tapi apa pun janji enjoy  :p. Aku dapat lari dari kebosanan sudah cukup..
  • Masa sampai kat CP.. Banyak kedai dalam cp xbuka lagi.. aku dgn kak yan gerak awall..so kiteorang berdua g jejalan dekat kedai yang berhampiran untuk tunggu kedai dalam cp buka sepenuhnya..
  • Aku carik baju untuk dipakai masa farewell 23/5/11 ni.. tema black and red..aku gerak sampai ke tingkat paling ats... masuk semua kedai baju.. butik-butik pakaian.. semuanya nampak menarik sangat tapi xda 1 pon yang aku rasa aku kena beli.
  • Sampai penat aku jejalan carik baju.. dan akhirnya jumpa jugak dan kak yan pon setuju jea aku beli.. so aku terus beli.. memang berbaloi harga dia..so nantikan aku pada hari farewell nanti! Farewell ni buat dekat Star City hotel! untuk raikan sem 6 sekarang yang dah nak out dari kolej! bestnyer diorang.. aku rasa mcm nak out jugak dari kolej ni!..xsabar kot.
epop!

Aku jumpa buku epop yang banyak di sebuah kedai dalam cp! memang meriah je majalah malay epop kat situ.. aku cakap kat sini bukan apa.. majalah epop selalu jumlahnya sedikt dan cepat habis.. tapi kat cp x.. jadi kalau korang xdpat carik majalah malay epop datang la cp yea :P.. Kea pesan kat aku ke.. aku beley jea beli tapi kena kasi fulus dulu la yeaa..
kim hyun joong
c.n blue
  • Dan masa belek buku epop tadi aku jumpa majalah cina! cover mmg top ler! kim hyun joong dan c.n blue! memang aku minat sangat tapi sayang buku tue dlm bahasa cina so aku xjadi beli.. hurmmm.kalau la dulu aku masuk sekolah cina kan best..
  • Banyak jugak duit aku habis td.. sebab aku banyak beli aksesori untuk selendang!.. Kalau aku outing benda yang aku xkan miss beli adalah selendang dan aksesorinya.. huhu.. aku suke sangat!. aku dalam proses nak banyakkan koleksi selendang aku.. 
  • Tapi ble keluar jea.. aku dah mula perasan yang girls sekarang memang majoritinya keluar pakai selendang! mana ada dah yang pakai tudung bawal!.. kalau ada pun boley kira dengan jari.. so sekrang mmg fenomene girl memakai selendang.. dekat pasaran pun dah banyak pattern selendang.. berlambak gilerr.. mana 1 nak pilih pon xtahu.. rambang mata! jangan sampai juling sudah... dan tudung express pontengah popular sekarang.. tapi aku xminat tudung express!
  • Bile pakai selendang.. aku akan rasa lebih berkeyakinan dan sempoi kot.. tudung bawal tu buat aku rasa mcm budak skema jea.. erhh! kalau la aku bley pergi kerja pakai selendang kan best! Hurmm.. Nurse mana bley pakai selendang kalau memakai baju uniform nurse yang seksi tu.. Gurrrrhh!.. xbestnya.
Inilah Shaheizy Sam
sekali lagi~lisa dan sam berlakon!

  • Ini ada gambar..yang tengah ditanyangkan di pawagam sekarang.. aku xtengok pon td.. juz snap gambar unt update belog jea.. gue gue.. dari aku tengok wayang.. baik aku beli dvd drama korea! lagi best!.. terbaik punya.. tool x?.. boleh tengok banyak kali plak tu.. tadi aku beli dvd Dream High! drama korea yang tengah femes dalam buku epop keluaran mei! siap jadi cover lagi tu.. xsabar nak tengok weii..
K lah korang.. nantikan update yang seterusnya.. sedapnya tidur masa hujan! ZzZzZzz

No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !