"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Sunday, January 10, 2010

Tarikh Peperiksaan Awam 2010 - (UPSR, PMR, SPM & STAM)

Credit: sm teknik Dungun
Feel free to repost, but please leave the full credits intact. Thanks!

shared by:gossipstudents


KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Kementerian Pelajaran pada Khamis mengumumkan 21 hingga 23 Sept tahun depan sebagai tarikh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), manakala 5 hingga 12 Okt tahun depan sebagai tarikh peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan di sini berkata Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berlangsung pada 22 Nov hingga 16 Dis tahun depan dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada 22 dan 23 Jun tahun depan.

Katanya peperiksaan lisan Sijil Tinggi Pelajaran Agama Malaysia (STAM) akan diadakan pada 12 hingga 23 Julai, manakala peperiksaan bertulis pada 18 hingga 27 Okt tahun depan.

"Tarikh tersebut mengambil kira keperluan cuti bagi perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Puasa, Hari Malaysia, Deepavali, Hari Raya Haji dan Awal Muharam sepanjang tempoh peperiksaan," katanya.

Sementara itu, pada sidang media selepas majlis penyampaian hadiah Manifestasi Perdana Seni Khat 2009M/1430H di sini, Alimuddin berkata pihaknya telahpun membuat persediaan bagi mengekang penularan Influenza A (H1N1) di kalangan pelajar apabila sesi baru persekolahan bermula Isnin depan.

"Sebagaimana yang dimaklumkan akan ada gelombang kedua, jadi sebagaimana yang berlaku pertengahan tahun ini, kementerian telahpun membuat persediaan sangat rapi dan telah bersedia lebih awal supaya wabak ini tidak akan berlaku lagi pada tahun 2010.

"Termometer dan juga pembersih tangan memang sudah ada di sekolah, jadi pihak sekolah perlu memantau pelajar-pelajar yang disyaki demam atau selesema dengan menggunakan termometer yang telah dibekalkan," katanya.

Alimuddin berkata pada hari pertama persekolahan, pegawai di kementerian serta Jabatan Pelajaran Negeri khususnya yang diketuai oleh jemaah nazir sekolah dan pegawai jaminan kualiti pada kebiasaannya akan turun ke sekolah-sekolah untuk membuat pemantauan.

"Melalui pemantauan itu kita akan mendapatkan maklumat tentang persediaan yang telah dilaksanakan dan mungkin ini sebagai satu langkah keselamatan kita bagi memastikan pelajar-pelajar tidak demam atau mendapat sebarang masalah semasa berada di sekolah," katanya.

Manifestasi Perdana Seni Khat 2009M/1430H, pertandingan seni khat peringkat kebangsaan yang berlangsung pada 31 Okt lepas merupakan program anjuran Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) dengan kerjasama Kumpulan Utusan, Astro Oasis dan Radio IKIM.

Seramai 30 pemenang dalam tiga kategori diumumkan hari ini yang membawa pulang hadiah wang tunai serta sijil penyertaan.

-- BERNAMA

KESIMPULAN
Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan yang berkenaan;

UPSR 2010 – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
Ujian Bertulis >> 21 – 23 September 2010

PMR 2010 – Penilaian Menengah Rendah
Ujian Bertulis >> 5 – 12 Oktober 2010

SPM 2010 – Sijil Pelajaran Malaysia
Amali >> belum diumumkan
Ulangan >> 22 – 23 Jun 2010
Ujian Bertulis >> 22 November – 16 Disember 2010

STAM 2010 – Sijil Tinggi Agama Malaysia
Ujian Lisan >> 12 – 23 Julai 2010
Ujian Bertulis >> 18 – 27 Oktober 2010

STPM – Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Ujian Lisan >> September 2010
Ujian Bertulis >> November – Disember 2010

Sila hubungi talian berikut untuk mendapatkan maklumat terkini;

UPSR : 03 – 8884 3382
PMR : 03 – 8884 3394
SPM : 03 – 8884 3330
STAM : 03 – 8884 3340

No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !