"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Sunday, February 27, 2011

LIFE: Sahabat Ibarat CHEESE!

  • Salam korang.. sihat kew? harap semuanya sihat aje. Jangan biarkan hari mendung anda ditaburi dengan hujan panas. Biar luar nampak mendung tapi ada buahnya still segar di dalam. Hanya kita-kita jea yang rasa.
  • Hum. 1 benda yang aku nak tanya korang.. setiap hari ada je persoalan yang bermain dalam hidup aku.. buat aku nak share dengan semua orang. Persoalan yang membuatkan aku lebih matang dalam kehidupan sekarang.Dalam kehidupan kita mesti ada persahabatan kan? mesti ada kawan yang rapat dan mesti ada musuh.. tapi aku xpernah cari musuh melainkan dia yang nak bermusuh dengan aku.. kenapa lak?? lain la kalau aku buat salah dahulu.. aku xpernah pun pegang pistol.. xpernah pon rompak rumah tangga orang.. xpernah pun balas lelaki orang dan xpernah pun menyakiti orang yang tengah baca entri ni.. sbb aku xknl!. huhu. hai! selamat berkenalan yea. aku budak baik tp nakal banyak..hope jgn memusuhi aku (unt sesiapa yang tengah baca entri ni.. jgn tersentap plak).
  • Hum kenapa bila terjalinnya satu persahabatan yang seumpama merpati sejoli.. tetiba datang pulak ribut yang melanda.. merosakkan tali persahabatan tu.. kenapa mesti ada.. aku xminta.. dia xminta.. adakah kita mangsa keadaan? tapi kenapa aku dan dia mesti bermasam muka? kenapa bila jumpa xpandang satu sama lain? padahal pada masa yang sama hati kita tetap masih mengharapkan keadaan pulih seperti biasa tp ada benda yang menghalang kita unt berbaik..
  • Kita cuba untuk berdamai tapi pedamaian yang kita buat ditokak tambah dari pihak lain.. orang kiri bisik ini.. orang kanan bisik itu.. aku dan kau jadi lebih dingin dalam sedar xsedar.. kita membenci antara satu sama lain.. aku pernah bercakap dengan diri aku yang aku menyesal dapat kawan mcm kau tp dalam masa yang sebenarnya hati aku menangis kerana aku dan kau xdapat erat seperti dulu.. aku tahu peragai kau bagaimana dan kau tahu aku macam mana.. kita selalu chill bersama tapi. sekarang kita dah bawa haluan masing-masing.. kenapa kita mesti berjauhan dan bermusuhan antara satu sama lain?  kau rasa x apa yang aku rasa.. aku rasa perselisihan kita ni benda yang remeh jea.. kita boleh selesaikan masalah ni kalau kau dan aku xEGO!.Itu jea masalah kita sebenarnya.. kita jadi hamba pada keegoaan kita.. kita sedar tapi kita tetap teruskan jugak sebab kita xnak kalah dengan diri kita sendiri.. 
  • Sehingga la.. kau dan aku bawa haluan masing-masing.. walaupun berjauhan kau tetap di hati aku.. walaupun kau pernah percikan tompokan hitam dalam persahabatan tapi in deep of my heart aku still sayang kau sebagai kawan aku tapi aku xboleh dah nak tunjuk dekat kau sekarang sebab luaran kita dah berlainan.. aku pasti kau pun sama dengan aku tapi kita berdua xdapat nak ungkaikan masalah kita yang sebenarnya.. Itu apa yang aku rasa.. Juz puncanya sebab kita salah faham datu ketika dahulu.. Itu jea.. disebabkan itu terputusnya tali persahabatan yang terjalin.. maybe boleh disambung semula kalau izinkan masa..
  • Setiap persahabatan itu terjalin disebabkan kita memang ditakdirkan untuk bersahabat bersama tapi keadaan kita yang xstabil menyebabkan kita lupa apa prinsip persahabatan yang sebenar. jujur, ikhlas, dan semua tu memainkan peranan penting dalam kehidupan bersahabat.. kalau terjadinya perselisihan antara dua pihak.. sebelah pihak mesti kena mengalah walaupun mangalah itu satu benda yang pahit kalau kita nak selamatkan persahabatan tersebut. Sebenarnya mengalah xsemestinya kita tunduk terhadap kata-kata dia tapi kita memberi dia jalan untuk fikir apa yang sebenarnya dia buat.. dia akan tersedar dengan sendirinya..masa akan membetulkan keadaan.. Tuhan akan tolong kita sebab Tuhan itu Adil terhadap semua umatnya.

No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !