"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Saturday, August 20, 2011

Segmen : Tak Nak Merokok bersama Pilihan Hati

Join segmen Pilihan hati

Slogan : Asap Rokok Pergi Jauh-Jauh !

Tahukah anda .. ?
 Anda jugak turut menjadi perokok sekiranya anda menghirup asap rokok yang dilepaskan..


Merokok secara pasif

Walaupun anda tidak merokok, anda masih boleh menyedut asap rokok daripada perokok. Ini dipanggil merokok secara pasif ('passive smoking').

Berbanding dengan asap aliran ('mainstream smoke'), asap aliran sisi yang keluar dari puntung rokok ('mainstream smoke')
Kepekatan bahan kimia beracun dalam asap rokok yang dikeluarkan lebih tinggi berbanding kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Ada yang berkata, tidak hisap rokok pun boleh dapat sakit. Tetapi, perkara yang mereka tidak ketahui adalah risiko yang menanti perokok pasif untuk mendapat penyakit disebabkan merokok lebih tinggi daripada perokok itu sendiri. 
Mengikut banyak penyelidikan, asap yang dihirup oleh perokok pasif mengandungi dua kali ganda nikotin, tiga kali ganda tar, lima kali ganda karbon monoksida dan 50 kali ganda kimia berbahaya berbanding yang disedut perokok aktif. 




by *BugS22
Tahu x.. walaupun city hunter memburu org jahat guna pistol tapi dia xmerokok ok! 






Tahu x..  masa korie praktikal di wad baru-baru ni.. ada seorang patient ni.. beliau ada masalah paru-paru.. tengok mcm sihat jea luaran tapi sebenarnya teruk di dalam.. setiap 3 jam kena beri neb combivent dekat dia untuk melancarkan pernafasan beliau.. pernafasan beliau xlancar.. oksigen yang diterima hanya 80-90% jea .. semuanya disebabkan kerosakkan paru-paru.. dia merupakan perokok tegar . Petang tu, tiba-tiba beliau collapse ( mcm nazak ) jadi semua doktor n staf nurse incharge turun.. termasuk korie.. korie student incharge. semua berusaha untuk pulihkan balik keadaan beliau demi menyelamatkan nyawa beliau.. at last after 2 jam mcm tu keadaan pulih balik.. then, dia dihantar ke ICU. 




Kenapa anda mesti merokok? walaupun anda dah tahu bahaya dan risikonya?.. nak kata xpandai xbaik pulak.. jadi anda bodohla yea.. ok.. Anda patut bersyukur sebab anda diberi kesihatan yang baik tapi anda x jaga dengan baik.. boleh x faham maksud bersyukur itu?.. tahu x berapa ramai yang nak jadi sihat mcm anda tapi xdapat.. kenapa mesti merokok jugak ! tahu x lebih baik anda bunuh diri dulu sebelum anda merokok sebab anda memang dah bersedia untuk mati kan.. nanti hidup akan datang xla menyusahkan orang untuk menjaga anda.. ok? 




Bila merokok anda nampak lebih macho dan hot la yea?.. kalau anda lelaki.. cuba tanya berapa ramai awek yang suka anda merokok ha?.. tolonglah faham hati awek wahai jejaka jejaka..jangan buat kami hirup asap rokok anda tu..bau rokok yang keluar dari mulut anda buat kami punya makeup nampak luntur tahu !. so fikir-fikirlah yea.. 



by ~clieto
Muka anda akan jadi kacak begini sekiranya anda tidak merokok.. orang yang sihat adalah orang yang kacak ! City hunter go go!



Video pendek ni ada mesej yang boleh korang ambik walaupun aku rasa mcm mempergunakan ayat suci Al-Quran. Just wanna share.








Nota Jjinbang : Dah tahu kalau dah start merokok susah nak berhenti buat jugak !.. so  stupidity!.


5 comments:

  1. musyuk! memang x elok merokok tp ramai member acik perokok ... tegar gak la! :(

    ReplyDelete
  2. tq korie..anda pilihan sy dlm segmen bro ben..=)

    http://pilhanhati.blogspot.com/2011/08/blog-pilihan-saya-ialah.html

    ReplyDelete
  3. depa yg hisap tu tau merokok tu bahaya tp still nak smoking.klu dah dpt sakit br nak menyesal tak guna..hehe btw syok dengaq lagu raya kt sini..:)

    ReplyDelete
  4. kalau lah sume org ada kesedaran mcm koriekan bagus..haaiisshhh

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !