"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Monday, February 14, 2011

Kenapa Mesti Aku?

Tiada yang indah melainkan yang indah-indah belaka.
Aku seorang insan yang diberi nafas oleh tuhanku untuk hidup di muka bumi ini.
Kadang-kadang aku terfikir kenapa dia menghidupkan aku??
Kenapa mesti aku?
Kata-kata itu membuatkan aku terleka dengan dunia ciptaan aku sendiri
Pasti dia telah meletakan aku sebagai watak yang penting dalam dunia ini kalau tidak
kenapa aku harus berhidup sehingga sekarang?
Sesuatu yang masih menjadi rahsianya
dan aku insan yang xpernah sabar untuk mengetahui jalan-jalan kehidupan ku untuk hari yang berikutnya
Aku mengidamkan hari yang indah itu tiba
dan hari yang suram aku pohon dijauhkan dari aku.
Tp siapa aku untuk meminta sesuatu yang bukan kuasa aku?
Sesuatu yang bukan hak aku dan siapa aku untuk mempertikaikan segala suratan takdir
Itulah dia insan yang xpernah bersyukur dengan ketentuan hidup
Aku kadang-kadang terlupa siapa aku di dunia pinjaman ini
aku leka dan aku terpedaya dengan mainan kabur jiwaku sendiri
Dia memberikan aku anugerah yang tiada tandingannya
Dia memberi aku nafas dalam kehidupanku
Tiada siapa yang dapat menandingi kuasaNya
Aku bersyukur dengan segala pemberian yang dia anugerahkan kepadaku
dan aku tiada hak untuk mempertikaikan babak perjalanan hidupku yang lps dan yang akan datang
Kadang aku tersimpuh jauh
sehingga dia aku tinggalkan dengan mata hati
padahal badanku ini pernah bersumpah di depannya unt tunduk kepadanya pada suatu masa dahulu
aku malu sendiri
aku tahu aku berdosa terhadapnya
dan aku pohon kesilapan aku kali ini memberi parut yang mendalam bagiku
agar aku xterpesong lagi dan lagi....
aku pohon kepadamu... diberikan aku keyakinan dan kesabaran dalam
setiap babak dalam kehidupanku ini
sebab aku hanyalah insan yang diberi pinjaman permata nyawa yang berharga dariMU
supaya aku xterpesong dalam duniaMu

1 comment:

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !