"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Monday, August 8, 2011

8 Ramadhan : Penat La Pergi Teraweh


Alaa.. Imam teraweh malam ni baca surah panjang la plak.. adoiyaii.. mata aku dah berat dah ni.. badan dah lembik malas jea.. bila nak habis ni.. grrr..tolong la cepat habis..


  • Ok.. salam semua.. pernah x hati korang berkata begitu? semasa korang tengah sembahyang teraweh ?. hurmm ada kan.. ha.. ha.. ha.. jangan tipu.. Tuhan tahu semuanya.. btw.. aku rasa bisikan tu perkara yang normal berlaku dekat semua orang kecuali yang betul-betul khusyuk.. siapa yang khusyuk tu Alhamdullilah.



  • Aku? selalu gak hati berbisik mcm tu bila sembahyang teraweh.. tapi aku cuba khusyukkan balik lepas terleka dengan kata hati sesaat.. =_= dugaan-dugaan.. Teraweh di kolej semakin hari pengikutnya berkurang.. dulu masa mula-mula dulu penuh sof perempuan sampai xcukup tikar di belakang.. tapi sekarang tinggal beberapa baris jea.. mana ek yang lain?..ponteng kea.. hurm.. jangan berfikiran sempit .. senior aku dah ramai masuk klinikal.. posting sana dan sini.. shif malam lagi so sebab tu jemaah semakin berkurang..  tinggal junior-junior dan beberapa senior yang kipas susah jatuh iman.. 



  • Xlama lagi jemaah teraweh akan semakin berkurang.. sem aku akan start masuk klinikal hari sabtu ni.. so xdapat la nak menghadiri teraweh.. grrr =_= sedih sedih.. rugi weys kalau xpergi teraweh.. korang yang ada free time baik korang penuhkan sof di surau dan masjid berdekatan untuk lakukan teraweh.. xrugi pun.. untung lagi adalah.. Insyaalah.. berkat lagi  bulan ramadhan korang..



Ingat! Ibadat sunat dapat menutup perkara wajib yang kurang


  • Kadang-kadang aku sendiri malas nak pergi teraweh... bayangkan r.. habis berbuka dah pukul 8pm.. nak rehat perut lagi.. solat maghrib lagi.. pastu kena bergegas g teraweh.. rasa mcm kalut jea.. tapi semua tu sebenarnya mcm mana pun kehendak kita jugak.. kalau nak pergi.. mcm mana pun halangannya tetap akan pergi kan.. So alhamdullilah aku dapat kawal diri aku yang ada hati nak ponteng teraweh.. aku pegang satu kata ni.. kata-kata ni yang buat aku bangun dari sikap malas =_= 


'Anggaplah ini adalah ramadhan terakhir dalam hidup aku' so aku xkan sia-siakan masa dan nyawa yang Allah swt pinjamkan kepada aku ni.. aku akan kerjakan ibadat kepada Allah swt selagi nyawa ditanggung badan.Insyaallah.



Keadaan kolej aku sebelum berbuka


  • Sebenarnya.. bila aku masuk bidang nursing.. belajar topik-topik perubatan.. medikal  mahupun surgikal.. buat aku menghargai kesihatan diri sendiri.. bersyukur dengan apa yang ada.. dan sangat sayang dengan diri sendiri.. Bila-bila jea Tuhan boleh jatuhkan kita sakit.. KuasaNya merangkumi seluruhnya tentang kita.. Siapa kita nak melawanNya..


Nota Jjinbbang : Lepas habis teraweh aku melantak lagi dengan nasi lemak.. wakakaka^^


5 comments:

  1. baus pergi terawih..tp tak mau dengaq lg bab pak iman baca surah panjang tu.haha..

    ReplyDelete
  2. hehehe.. saya setuju dengan pendapat Korie.. kebetulan saya baru nak buat entri pasal imam yang suka baca surah panjang dalam solat ni.. malam nanti lah baru publish.. jangan lupa terjah juga tau.. ehehe

    p/s:---> dulu saya ingatkan blog KORIE ni seorang lelaki... hihiihi. jangan mare yaa.. selamat mengerjakan ibadah puasa..

    ReplyDelete
  3. terawih pilih surau yg baca cepat.. heheh

    ReplyDelete
  4. semoga amal kita diterimaNya dan kita termasuk ke dlm golongan yg diredhaiNya. Amin

    ReplyDelete
  5. @Gen2Merah yeke. hurm rmai yg anggap korie ni llaki sbenarnya.. btw. kita prempuan k ^^

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !