"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Sunday, July 24, 2011

Review Perlawanan Malaysia Vs Singapura 23 Julai 2011



Can 'Harimau Malaya’ Beat ‘Singa’ Tonight?
               

Malaysia 3 , Singapura 5



SINGAPURA – Malaysia terpaksa bekerja keras pada perlawanan timbal balik nanti setelah tewas 3-5 kepada Singapura dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia di Stadium Jalan Besar di sini malam ini.
Pasukan Harimau Malaya seakan-akan melangkah dengan gahnya apabila penyerang Mohd Safee Mohd Sali berjaya menjaringkan gol hanya dalam tempoh 24 saat selepas perlawanan bermula.
Namun pemain Singa Singapura, Aleksandar Duric menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti Malaysia pada minit ke-7 untuk Singapura menyamakan kedudukan 1-1.
Pasukan Malaysia cuba menyerang namun pertahanan Singapura dapat menangkis serangan demi serangan yang dilakukan oleh Harimau Malaya.
Bayangan penyerang Shi Jiayi sering mengucar-kacirkan pertahanan Harimau Malaya.
Singapura memperolehi satu lagi sepakan percuma pada minit ke-21 apabila ketua pasukannya Sharil Ishak dijatuhkan di luar kotak penalti Malaysia yang sepakannya disempurnakan oleh Qiu Li.
Mustafic Fahrudin menjaringkan gol ketiga Singapura pada minit ke-43, manakala Shi Jiayi menjaringkan gol keempat pada minit ke-45.
Malaysia terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila ketua pasukan Shafiq Rahim dilayangkan kad merah kerana mengasari Qiu Li pada minit ke-50.
Namun ia tidak menyekat semangat pemain Malaysia untuk terus menghasilkan gol apabila Abdul Hadi Yahaya dan Safee Sali masing-masing menjaringkan gol kedua dan ketiga pada minit ke-68 dan ke-69 bagi merapatkan jurang gol.
Namun Duric menghasilkan gol kelima Singapura pada minit ke-80 bagi memberikan kemenangan Singapura 5-3 ke atas Malaysia. – Bernama


Berikut merupakan Video Gol Youtube Malaysia vs Singapura perlawanan 23 Julai 2011Separuh Masa Pertama Result: Malaysia (1) - (4) SingapuraSeparuh Masa Kedua Result : Malaysia ( 3 ) - ( 5 ) Singapura

Perlawanan Separuh Masa Kedua





No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !