"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Saturday, June 11, 2011

Review Filem KL GANGSTER

Sinopsis Filem KL Gangster
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang
masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya .Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antara orang kuatShark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untukmerealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculanMalek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakindingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka… segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”

Lakonan : Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak, Adi Putra, Sheera Iskandar, Shoffi Jikan, Zul Huzaimy, Wan Maimunah, Ridzuan Hashim, Corrie, dan ramai lagi. Kalau nak tahu selanjutnya, tunggu jelah movie ni dekat pawagam.
 ADEGAN-ADEGAN MENARIK






















TRAILER:


KOMEN PENONTON:
Sangat Mantap! Bley jadi filem terbaik 2011!. 90% babak-babak aksi adalah lakonan pelakon itu sendiri.. No stuntman here..Aiseyy.. lebih menfokuskan kepada aksi.. percintaan Nothing!.Jom pakat p tengok.. Aku xtengok lagi neh.. semua sumber ni melalui pencarian aku sendiri di google.. Kredit diberi kepada sumber asal.

2 comments:

  1. Aksi belasah2 dia mmg gempak walaupon cerita ni tak ada isi yang penting .

    Aksi dia mmg terbaekk.Yang tengok pon seriau tutup muka.Haha

    ReplyDelete
  2. yups
    memang menarik filem nih
    kira puas hati la bayar duit tiket
    abang long dil juga paling gangster
    hahahaha

    Review Filem KL Gangster

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !