"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Saturday, December 3, 2011

Blackberry dan Kampung

Blackberry Torch 9800 
..........
 Henset cibai N82 ni dah cukup bagus untuk hang la weh.. awat la hang dok gatai nak p tukaq henset yang baru.. kalau setakat nak henset Samsung Corby aku kira bajet ok lagi tapi agak-agak r sekali pilih nak pakai henset Blackberry Torch 9800 . taste tinggi nak mampuih.. setinggi Menara Aloq Setaq nuh!.  duit pon xdak berlagak nak pakai nak pakai henset mahai.. konon nak ikut trend teknologi terkini la ..pantang nampak si joyah jambu tukar henset hang pun nak tukar henset.. derrr.. #


Setakat Blackberry tuh apa la yang ada sangat.. cuba hang pikiaq tengok..skang ni hang guna henset unt buat apa?.. setakat mesej,kamera,music,call, 3g jea.. semua tu dah ada dalam N82 so  buat pa nak beli yang baru.. membazir jea.. baik hang guna duit tu kasi kat mak ayah hang kaaa.. bawak depa makan dekat hotel 4.9 bintang kaaa.. kan lagi berbaloi dan mak ayah hang lagi bersyukur sebab dapat anak yang mcm hang.. hang xnak mcm tu ka?? ish ish ish.. jangan dok layan sangat nafsu zaman Blackberry dalam otak simpanan hang tu..semua tuh xboleh pakai tuh.. tudia lah.. aku suruh hang istifar banyak-banyak xnak.. dengaq lagu korea seharian mau pulak.. 



Apa la best sangat pasai Blackberry torch yang hang nak beli ni??.. ok! Mungkin hang berkenan dekat henset  ni sebab dengaq kata henset ni ada BIS. Jap! Bis?? menatang pa tuh? bisa enggak mu gomong apakah iya itu BIS?.. Ok! Bis adalah singkatan dari perkataan Blackberry Internet Service - So sehari/24 jam hang boleh online dan hanya bayar RM 1 sahaja.. Woo! hebatkah? yeah! bagi aku ini sangat hebat! tapi xguna jugak.. hang bukan orang yang selalu update status dalam fb dan kalau hang cakap hang selalu tweet twitter akaun hang jangan pembohong la.. twitter hang tu haram hang xpernah update.. jadi aku jamin xda guna jugak hang pakai blackberry  hanya untuk itu... tapi bukankah aku selalu online.. aku selalu surf internet.. cari bahan untuk hilangkan bosan dan aku juga blogger yang aktif jadi bila aku pakai henset bb ni aku ingat hidup aku akan jadi lebih berisi dan lagi mudah aku nak update blog. bukan begitu??..


Hello!! setakat nak post entri dalam blog bek hang guna laptop mini hang nie jea.. apa masalahnya.. lagi besaq dan mudah lagi nak taip panjang-panjang.. kalau hang guna blackberry untuk buat satu entri yang panjang lebaq mcm entri ni dalam blog jenuh hang nak laguk depan bb yang skrin dia sah2 kecik berbanding skrin lappy mini hang tuh.. contoh.. hang nak taip 'Aku cinta padamu wahai lelaki kacak sebelah pintu rumah belakang rumah makcik joyah' hang hanya mengambil masa lebih kurang 5  saat  untuk taip kalau hang menggunakan keypad lappy tapi cuba hang kira berapa banyak saat hang ambik kalau hang guna blackberry untuk taip ayat yang sama mcm tadi .. paling xnya masa lebih 10 saat dan xtermasuk lgi untuk semak balik ejaan betul ke tidak.. so sekarang nampak x?.. update blog dengan menggunakan lappy adalah pilihan yang bijak mcm iklan digi cakap.. walaupun blackberry boleh dibawa kemana sahaja berbanding lappy tapi xda maknanya kalau hang xdapat kepuasan untuk menaip entri sepanjang entri ini dan poskan ke dalam blog.. betul x?.. 


Jadi dengaqla cakap aku.. xpayah buang duit untuk beli menatang mahai mcm tu.. xda guna jugak untuk hang..  ingat.. hang tu student lagi..lainlah kalau hang tu barack obama.. so buat pa pakai benda canggih mcm tu.. xpayah la duk ikut sangat budak loaded dekat tempat hang belajaq tu padahai depa tu mangsa teknologi zaman sekarang jea.. kalau xda orang mcm depa mcm mana teknologi sekarang nak maju..mcm mana penjual henset nak kaya?.. mcm mana nama syarikat pembuat henfon tu nak lagi popular??.. mcm mana iphone 4 nak jadi iphone 5 kalau xda orang beli iphone 4 dan mcm mana nak ada ipad 3 kalau ipad 2 xlaku dekat kedai??.jadi, biarlah depa terus menjadi mangsa teknologi.. jangan hang plak terikut sekali.. ok? biaq p kat depa.. depa tue seronok kejap jea.. lepas tu bosan.. buat pa pakai henset mahai-mahai kalau pakai seluaq ketat p tandas awam buka seluaq nak kencing pastu henset jatuh dalam lubang jamban? cuba hang pikiaq tengok.. x guna jugak kan.. henset mahai tapi mentaliti tetap mcm henset nokia 33sekupang.. betui x?.. tui~ bunyi angry bird terbang~~

Aku bukan nak kata  pakai henset canggih xbagus cuba bagi orang-orang yang bersederhana tuh xpayah la membazir duit untuk kejar model henset terbaru di pasaran hanya untuk nampak up to date sesama kawan..kalau xmampu xpayah la pikiaq banyak pasal benda mcm ni.. just think positive terhadap persekitaran  teknologi sekarang sudah.. kalau ada rezeki dapat henset mahal bersyukurlah. Itu jea.



#Ini adalah pendapat aku sendiri mengenai henset Blackberry Torch 9800 yang aku inginkan..


Info mengenai Blackberry Torch 9800 sampai aku teringin sangat nak beli..

Keistimewaan Blackberry Torch 9800
Blackberry tercanggih masa kini
Kenapa aku nak Blackberry Torch 9800


# Blackberry Torch 9800 adalah smarthone yang sangat berbaloi untuk orang yang gilakan internet. facebook,twitter semuanya hanya di hujung jari jea.Blackberry internet Service (BIS) menyempurnakan kehidupan seorang kaki online

-____-



so how?



No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !