"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Wednesday, December 28, 2011

Selera di Korean Gil Restoren, Penang


Assalamualaikum dan hi ;p

Anyeonghaeseyo chiguu ! (Salam kpd kwn dlm bahasa korea)


Semalam aku pergi Penang lagi.. yeah! oppss!! , maksud aku bahagian penang pulau. Jarak dari rumah aku nak pergi area Georgetown boleh dikatakan dalam 1 jam setengah  mcm tu la.(Ikut trafik) Dalam perancangan nak pergi pesta penang buat kali kedua bersama sepupu aku dan akhirnya semalam tercapai jugak. Terima kasih daun keladi buat mereka yang support transport,bowling dengan tiket pawagam ;p -much love-


Bertolak dari rumah sekitar pukul 1pm, dan dentinasi pertama adalah Sunshine Shopping Mall, dekat situ aku dan yang lain main bowling. 3x game.. dan too sad aku kalah dalam ketiga-tiga game tu  (main dengan senior kan) tp xpa.. yang penting aku dah tau teknik mcm mana nak baling bola bowling dgn betul dan kc dapat strike ;p  Ohh! strike? bukan semudah yang aku fikir.. kan?


~Bowling time~ time ni aku tahu aku dah xda harapan nak menang dan dia pon sama ;p . Be a loser sometime look cool wut.. ;p

 GSC dekat Queenbay Mall ,  tengok filem Satu Malam Kubur Berasap ;p . Mcm melalut dan merepek jea filem nih.. tp ok lah, aku boleh gelak mcm hantu gelak.. eks? 

Semua pakat penat main bowling , campoq plak dengan panas punggung sbb dok lama sangat dlm pawagam tu dan ditambah lagi dengan letih bergelak dgn adegan alif ba taa + sepohon kayu dalam filem SMKB. Tetiba perut mengadu yang dia dah kekurangan tenaga jadi dia pun sarankan pergi makan . .dan xsangka plak ada orang nak belanja makan makanan korea. wah! memang dah lama tunggu saat ni ;p



Aku pergi makan dekat Korean Gil Restoren, Penang. Berhampiran dengan USM penang. Abang aku cakap restoren ni agak baru jugak r.dia yang plan nak datang sini. siap pasang gps untuk cari Restoren ni ,jadi memang jumpa la kan. ;p 

Surat khabar yg diimport dari korea.. tulisan hangul la kan.. jadi aku memang buta la nak baca..aku layan gambaq jeala ;p

Haih.. baca baca.. bagi yang masih x yakin dengan makanan korea dekat restoren nie ;p . dan  untuk pengetahuan korang ,  pekerja dapur dia ada melayu bertudung.hurm, melayu Indonesia ke Malaysia aku xpasti la plak.. aku tengok mcm tu jea . wah, siap bagi tunjuk kat hampa alamat lagi.. meh la datang!

Menu utama restoren ni.. kalau tengok kdrama, variety show korea mesti familiar ah dengan nama-nama makanan nih ;p dan  yang paling best kali ni dapat makan terus ;p harga dia xmahal dan xmurah. ok-ok jea untuk kita-kita ni. ;D

Aku pilih makanan nih ---> Jajang  Ddukbogi (Soysauce rice) selalu tengok dalam kdrama ;p
~Bashiitaaa~

Ramyeon (Instand noodle seafood)

Wah, bashiitaaa ^^
Konklusinya,makanan korea banyak sayur dan mesti ada soysouce ;p dan sebab tu kulit diorang cantik? mungkin..btw, banyak lagi makanan korea yang aku nak rasa ! BBQ korean mcm best jea ;p . Nantilah. sekarang poket ciput lagi..


~Iklan~

~Iklan 2~

Bergambar dengan pemilik kedai restoren ni.. Orang Korea ;D Btw, orang korea memang kulit licin dan bersih derr.. cantik! kalah aku.. erk??? ;p 

Next Destination

Pesta Pinang , Sungai Nibong.
kali kedua aku pergi untuk tahun ni

Semalam ada konsert.. Artis-May  kalau xsilap. xminat jadi buat xtahu jeala.. kalaulah sofaz buat konsert akulah diantara yang duduk barisan paling depan tuh ;p nak harap super junior datang buat konsert dekat pesta penang? Itu namanya berangan bodoh tuh. xmungkin suju datang ;p

Semalam ada gusti ! ehhh! bukan.. apa tu? tomoi ek orang panggil?.. Tomoi kot.. erm.. begitulah.. ;p dan semalam waktu ni hujan turun renyai-renyai.. sebab tu gambar mcm ni.. ok 



# Ok, lepas ni aku dah xdapat pergi mana-mana dah.. 31/12  ni dah kena balik kolej ;'(. Arhhh! xsabar nak tunggu bulan 12 tahun depan. nak pergi Pesta Penang lagik! 




2 comments:

  1. bashitaaaa

    nak try jugak

    da penah makan kimchi

    pastu dgg makn ngn salad tu pon da

    ReplyDelete
  2. ewah mcm best ja..

    ramyeon tue apasal mcm maggi mak aku tlg masak..aiyakk..hee

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !