"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Sunday, December 11, 2011

Prosecutor Princess : 검사 프린세스



Prosecutor Princess sebuah drama korea keluaran sbs .. drama yang paling latest aku tengok buat masa nie.. sebuah drama yang mengisahkan Ma Hye Ri seorang gadis yang telah berjaya menjadi pendakwa raya atas dorongan ibu dan bapanya.. dia sebenarnya seorang yang gila fashion dan kecantikkan .. Ma Hye Ri pernah belajar sebagai designer di sebuah kolej tapi terpaksa berhenti atas sebab  dia mendapat tentangan dari ayahnya yang mahu dia menjadi pendakwa raya.. jadi, sebagai anak yang hanya bergantung dari kekayaan keluarga dia terpaksa mengikut pentunjuk dari ayah.  Drama ni bermula apabila konflik berlaku selepas dia start berkerja sebagai pendakwa raya..




Watak Ma Hye Ri

daya ingatan yang kuat
bendul dan terlalu jujur
fashion holic, shoe holic
Terlalu ramah dan cakap xberhenti
fokus pada kerja 
Berani dan bertanggungjawab
yakin pada diri sendiri
Mudah percayakan orang




Ok, aku baru jea petang tadi habis tengok drama ni.. ambik masa dalam 2 hari untuk habiskan drama ni.. siang hingga ke lewat pagi aku layan drama ni dan akhirnya habis jugak! i want to congrat myself sebab aku dapat habiskan drama ni.. Overall drama ni sangat-sangat best! dan aku menyesal la pulak sebab aku dah lama simpan drama ni dalam lappy  tapi xtengok sebab aku ingatkan drama ni xbest  dan aku xkenal siapa pelakon dia.. bila cuti panjang.. terlampau boring baru rasa nak tengok drama ni.. perhh! nasib baik aku xbuang lagi drama ni dalam lappy.kalau x rugi besar..  




 Nak tahu apa yang buat aku terpikat dengan drama ni?.. 


  • Watak ma hye ri yang lurus bendul dan kelam kabut dan sangat gilakan fesyen buat aku nak ikut perjalanan drama ni.. 
  • Permulaan cerita ni.. dia bukanlah pendakwa raya yang baik sebab peragai dia yg liar dan pemakaiannya yang terlampau di waktu kerja buat semua senior-senior sekerja dia give up dengan dia..
  • Disepanjang dia menghadapi kesukaran dalam bekerja ,Seo In Woo (hero) sentiasa tolong dan backup dia dari belakang.. watak hero adalah seorang peguam yang baru balik dari US dan sanggup buat apa saja hanya unt hye ma ri. 
  • Hye ma ri xsuka dengan Seo In woo sebab dia dah jatuh hati dengan seniornya iaitu Prosecutor Joon.
  • Seo In woo dan ma hye ri berkawan baik dan Seo in woo banyak membantu ma hye ri unt memikat Prosecutor Joon.
  • Drama yang mengisahkan kehidupan prosecutor (pendakwa raya),penyiasatan, dan mcm mana nak kenali kes pembunuhan dan sabagainya.. 

Watak seo in woo dalam drama ni akan buat gadis-gadis yang menonton drama ni rasa sweet jea, sbb dia terlampau baik hingga sanggup korbankan segalanya hanya unt ma hye ri walaupun ma hye ri xsayangkan dia sebagai seorang kekasih. TAPI!  Seo in woo bukanlah apa yang yang kita sangka.. dia rupa-rupanya seorang lelaki yang mahu membalas dendam terhadap ayah ma hye ri(lebih kepada menuntut bela atas kematian ayahnya).. dia saja mendekati ma hye ri sebab dia nak perangkap ayah ma hye ri mengunakan trik yang dia rancang semasa di US.. cerita ni bertambah menarik bila Seo In woo terperangkap sendiri dalam trik yang dia buat apabila dia jatuh cinta dengan ma hye ri disebalik lakonan dia terhadap ma hye ri.


Apabila terbongkar segalanya(bukti) mengenai kes ayah ma hye ri adalah seorang pembunuh.. ma hye ri mendapat tekanan yang sangat kuat setelah dia adalah pendakwa raya yang bertanggungjawab dalam menyelidik kes pembunuhan yang dilakukan oleh ayahnya sendiri.. ok, bila masuk babak ni.. drama ni jadi sedih jea.. sebab ia mengisahkan sejarah hidup seo in woo dan ayah ma hye ri..


Seo in woo bertegas untuk membuka semula kes pembunuhan yang dilakukan oleh ayah ma hye ri yg berlaku pada 15 tahun yang lepas yg melibatkan ayah seo in woo.. sebagai pendakwa raya ma hye ri rasa tertekan sebab benda ni melibatkan ayah dia dan seo in woo(lelaki yang dia cintai) , dia xtahu dia nak menyebelahi siapa..


dan.. apa yang jadi lepas tu adalah perjalanan cerita yang untuk melengkapkan klimak dan ending drama tu sahaja.. dan yang pasti ending dia best! aku ingatkan diorang berpisah apabila seo in woo balik ke US tapi xsangka dia balik semula ke korea..  !! ah drama korea memang selalu mcm ni.. hehe.


Mae Hye Ri dan Seo in Woo akhirnya bersama jugak!


# buat hampa yang tengah dok cari drama korea yang best.. aku sangat sokong hampa tengok drama ni sebab drama ni best! sangat best! dan buat aku addict dengan lagu ni.. btw, aku nak kasi 4.6 bintang daripada 5 bintang ! sebab aku suka genre drama korea yang mcm ni!.



Cuba teka apa yang aku buat lepas habis tengok drama ni?.. hehe.. aku download semua ost drama ni.. hampa nak download jugak?.. klik link dekat bawah ni


dan kalau korang xnak tengok.. korang boleh baca penuh setiap episod dekat sini
Dramabean



P/s : Nak Prosecutor Princess 2 boleh x?

4 comments:

  1. citer die sedap..lame dh nengok ha.. ^^

    kami share minat same..kasut tumit tinggi..hihi

    ReplyDelete
  2. xtgk lg

    nga layan sungkungkwn scndal

    akn dtg cte ni la plak

    de tggu kt harddisk tu

    ReplyDelete
  3. fanatik betul akak dengan drama korea ni .

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !